Shaqiri Laung Amaran Terhadap Manchester City, Liverpool Akan Berjuang Sehingga Penamat

Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri melaungkan amaran terhadap juara bertahan, Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini sambil berkata Liverpool akan berjuang sehingga garisan penamat.

Pemain antarabangsa Switzerland itu percaya Liverpool mempunyai skuad yang mampu memberi cabaran kepada The Citizens sehingga penghujung kempen Liga Perdana Inggeris musim ini berdasarkan prestasi semasa yang ditunjukkan Liverpool.

Shaqiri ada mesej terhadap Manchester City. Liverpool akan berjuang sehingga penghujung. Jangan pancut di tengah jalan sudah

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, Liverpool meneruskan tekanan terhadap Manchester City selepas berjaya membenam Watford 3-0 di gelanggang lawan. Ia merupakan kemenangan ke-10 dari 13 perlawanan liga musim ini dan mereka masih belum mengalami sebarang kekalahan setakat ini.

Anak buah Jurgen Klopp kini berada di tempat kedua dalam carta liga, hanya dua mata di belakang pendahulu yang juga juara bertahan, Manchester City. The Citizens seperti tidak terkesan dengan tekanan yang diberikan Liverpool jika melihat kepada persembahan mereka ketika membelasah West Ham 4-0 di hadapan penyokong sendiri.

Manakala Liverpool dipaksa berjuang habis-habisan oleh pemain Watford sebelum dapat membawa pulang 3 mata berharga dari Vicerage Road.

Shaqiri antara pemain paling menyerlah untuk Liverpool ketika ini. Firmino tenggelam terus

Berdasarkan prestasi semasa, Manchester City dan Liverpool dianggap pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. Liverpool juga berjaya mencatatkan rekod baru dalam sejarah kelab tersebut apabila hanya melepaskan 5 gol dari 13 perlawanan awal.

Selepas membantu Liverpool meraih kemenangan ke atas Watford, Shaqiri dalam mood yang bersemangat telah memberikan temu ramah kepada wartawan. Dan beliau mempunyai mesej istimewa terhadap pendahulu liga, Manchester City.

“Kami akan terus berjuang sehingga penamat. Kami tidak perlu melihat kepada Manchester City. Kami cuma perlu fokus terhadap persembahan kami sendiri dan cuba memberikan persembahan sebaik yang mungkin setiap kali berada di atas padang. Perkara paling penting adalah kami terus meraih kemenangan.”

“Setiap perlawanan mempunyai sejarah tersendiri dan kami perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Kami tidak boleh melihat dimana kami akan berada pada penghujung musim nanti.”

Hati-hati Manchester City. Pasukan Next Year Is Our Year sudah kasi warning mahu langgar

Shaqiri merupakan antara pemain yang berjaya menambat hati Klopp sejak kebelakangan ini berikutan prestasi jitu yang dipamerkan beliau. Beliau berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool dalam dua perlawanan liga terakhir mereka.

Dalam aksi antarabangsa sebelum ini, beliau memainkan peranan penting dalam membantu Switzerland layak ke pusingan separuh akhir kejohanan UEFA Nations League.

“Saya berasa bagus, cergas, dan itu perkara paling mustahak bagi saya. Saya rasa anda juga boleh nampak prestasi saya di atas padang. Saya berjaya menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan ini.”

BACA:  Mohamed Salah Memiliki Bonus Tambahan Yang Sungguh Dasyat Dalam Kontraknya