Real Madrid Terdesak Mahu Menandatangani Nadi Penting Liverpool

Real Madrid dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold yang dianggap pemain kesayangan Jurgen Klopp.

Alexander Arnold dianggap antara pemain right back terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dan beliau juga merupakan antara nadi penting untuk skuad Liverpool dibawah kendalian Jurgen Klopp.

Anak jati Liverpool itu mula masuk ke skuad utama pada tahun 2016 yang lalu dan beliau telah berjaya membantu The Reds memenangi gelaran Champions League dan Premier League.

Jelas sekali mana-mana pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya, mereka perlu menyediakan dana yang sangat besar.

El Nacional melaporkan yang Real Madrid bersedia untuk menghantar bidaan dan akan berusaha untuk mendapatkan khidmat pemain full-back itu.

‘Los Blancos’ sedar yang Dani Carvajal berkemungkinan tidak akan kekal bersama kelab memandangkan masalah kecederaan sentiasa menghantui beliau.

Lucas Vasquez mengisi kekosongan di posisi tersebut ketika Carvajal tidak boleh bermain, dengan Carlo Ancelloti sedar beliau perlukan pemain terbaik untuk ada di posisi tersebut.

Alexander Arnold turut bermain di posisi midfield untuk skuad kebangsaan England pada awal bulan lalu, namun sepertinya posisi beliau di peringkat kelab tidak akan berubah.

Liverpool memulakan kempen saingan liga musim ini dengan sangat cemerlang dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan pertama dalam carta liga.

Liverpool berjaya mengatasi Manchester City, Chelsea dan setan merah dengan kelebihan satu mata selepas aksi terikat 3-3 bertemu Brentford awal pagi tadi.

Menjelang aksi bertemu Brentford, Jurgen Klopp sudah menyedari cabaran yang bakal anak-anak buah beliau hadapi dengan beliau menyatakan bahawa:

“Saya sangat berminat dengan projek seperti ini, jika kamu mahu. Mereka ada cara yang sangat istimewa dalam merekrut pemain, mereka berani dengan apa saja yang mereka lakukan.”

“Mereka ada laluan yang sukar untuk dihadapi, mencabar kedudukan Championship dan mahu naik ke saingan Premier League.”

“Bila berada di kedudukan teratas, mereka perlu beraksi di play-off, dan mereka berjaya. Itu sudah cukup menunjukkan kekuatan karakter mereka, itulah pandangan saya.”

“Sejujurnya, sekarang, mereka merupakan sebuah pasukan yang sangat berani. Usaha mereka dengan bola, cara mereka bermain dan menekan semuanya sangat bagus. Jadi ia tentunya bakal jadi perlawanan yang sukar.”

“Intensiti tinggi, menekan dengan gila, ada pemain yang mampu melakukan build up tapi jika pasukan lawan menekan, mereka tak segan untuk tambah tekanan lebih tinggi. Dalam semua posisi, mereka ada pemain yang menakjubkan.”

“Di posisi back three kemungkinan antara yang paling tinggi di Eropah, semua tiga mereka merupakan pemain yang menakjubkan. Semua hal seperti ini sangat hebat.”

“Jadi ya, ia cabaran. Mereka ada di stadium baru jadi mereka turut menikmati hal itu.”

“Ia merupakan satu hal yang sangat menakjubkan dan saya sangat menghormati itu, tapi sudah tentu kami ke sana atas alasan berbeza, bukan untuk beritahu mereka tentang betapa kami menghormati dan kagum dengan usaha mereka.”

“Tidak, kami mahu mendapatkan mata tapi kami sedar ia satu cabaran yang sukar.”

Ternyata dakwaan Klopp sangat tepat dengan Brentford telah memberikan cabaran yang sungguh luar biasa sepanjang perlawanan tersebut.

Tidak dinafikan aksi pertemuan Brentford bertemu Liverpool bolehlah dianggap antara aksi terhebat sepanjang musim ini, dengan perlawanan tersebut berkesudahan seri 3-3.

Mujur saja Chelsea dan Manchester United turut keciciran mata maka kedudukan Liverpool di puncak saingan liga tidak begitu terjejas.

Sumber: SPORTbible

BACA:  UEFA Sahkan Jumlah Pasukan Yang Layak Untuk Beraksi Di Liga Juara -Juara Bagi Kelab Liga Perdana Inggeris