Resapan Semangat Samurai Bantu Jepun Cipta Kebangkitan Sensasi Musnahkan Kejuruteraan Jerman

Resapan semangat samurai yang tidak mengenal erti kalah telah membantu Jepun mencipta kebangkitan sensasi untuk memusnahkan kejuruteraan Jerman yang merupakan juara dunia 2014.

Jepun telah mencipta kebangkitan penuh sensasi di Piala Dunia 2022 apabila berjaya mengejutkan gergasi Eropah Jerman, mengikut jejak Arab Saudi yang mengejutkan Argentina.

Satu lagi aksi kebangkitan luar biasa yang bakal menjadi antara detik menarik dalam sejarah Piala Dunia yang telah dicipta oleh pasukan dari Asia.

Perlawanan di antara Jerman dan Jepun menjadi perlawanan pembuka tirai bagi kumpulan E yang turut dihuni Costa Rica dan satu lagi gergasi Eropah, Sepanyol.

Isu FIFA tidak membenarkan pasukan bertanding memakai lilitan pelangi menjadi isu kebangsaan di Jerman dan mendapat perhatian naib canselor Jerman Robert Habeck dan Menteri dalam negeri Jerman, Nancy Faeser.

Pendirian FIFA dalam isu lilitan pelangi yang dilarang bagi menghormati Qatar telah dianggap sebagai satu kesilapan besar dan telah menekan persatuan bola sepak Jerman (DFB).

Pasar Raya terbesar di Jerman, Rewe telah menamatkan kempen pengiklanan dengan DFB kerana isu yang sama.

Sementara itu Jepun yang menggalas harapan wakil dari benua Asia tenang sahaja tidak terganggu dengan isu kerana mereka sememangnya terkenal dengan adab dan sopan santun.

Jadi tiada masalah untuk Jepun menghormati pendirian Qatar selaku tuan rumah.

Sebagai tindak balas kepada larangan FIFA itu, pemain Jerman telah membuat bantahan dengan menutup mulut ketika sesi penggambaran pasukan sebelum perlawanan.

Jerman selaku pasukan pilihan tiada masalah untuk menguasai perlwanan usai sepak mula dengan terus memberik tekanan demi tekanan kepada Jepun.

Ilkay Gundogan kehilangan bola mudah dipotong Daichi Kamada dan Jepun terus melakukan satu serangan bola pantas, bola dihantar kepada Daizen Maeda.

Hanya berdepan Manuel Neuer dalam situasi satu lawan satu Daizen Maeda membuat satu tolakan mudah untuk meletakkan Jepun dihadapan.

Pengadil membatalkan jaringan Daizen Maeda yang jelas berada dalam kedudukan offside, memberi kelegaan kepada Gundogan yang kehilangan bola.

Jelas permainan menjadi milik Jerman yang menguasai 3/4 perlawanan di mana Jepun hanya mampu berkampung di kawasan sendiri.

Pada minit ke-16, Anthony Rudiger hampir meletakkan Jerman di hadapan namun sundulannya sedikit tersasar untuk sepakan gol.

Jerman datang lagi empat minit kemudian melalui satu rembatan padu Joshua Kimmich yang berjaya dinafikan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Permainan terlalu bersahaja Jerman yang mungkin memandang rendah Jepun hampir terhukum lagi dengan serangan balas pantas hasil dari kehilangan bola mudah.

Percubaan bertali arus terus dilancarkan oleh Jerman tanpa belas.

Jerman akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan melalui sepakan penalti yang telah disempurnakan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-33.

Penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda, telah menjatuhkan David Raum dua kali berturut-turut, kali pertama kelihatan seperti David Raum bersimulasi namun yang kedua jelas ada sentuhan ketika bola sudah tiada.

Bertubi-tubi serangan Jerman untuk menggandakan kedudukan dan di penghujung perlawanan berjaya menjaringkan gol kedua.

Gol berpunca dari percubaan Josuha Kimmich yang berjaya diselamatkan Shuichi Gonda dan bola muntah disambar terus Kai Havertz.

Namun pengadil menghentikan perlawanan kerana VAR mencari kecurangan jaringan tersebut sebelum dibatalkan kerana offside.

Jerman meneruskan rentak garang mereka untuk baki 45 minit kedua bagi memastikan kemenangan selesa dan tiga mata pertama menjadi imbuhan dari perlawanan ini.

Jamal Musiala telah mempamerkan aksi solo memukau melepasi kepungan tiga pemain Jepun tetapi rembatannya jauh melangkaui palang.

Minit ke-60 Gundogan hampir menggandakan kedudukan dengan rembatan jauh yang dinafikan tiang walaupun semua sudah tertewas.

Jepun membalas dengan satu serangan balas pantas yang tidak menepati sasaran.

Jepun dilihat semakin bertaring dan cuba mahu mendapatkan mata mengasak Jerman tapi dinafikan sentuhan penyudah.

Jerman terus membalas secara brutal dengan empat percubaan berturut dalam satu serangan memaksa penjaga gol Jepun bekerja menghadang dan menepis.

Jepun tidak goyang membalas kembali tapi Neuer masih kebal dan berkelas dunia. Tindakan susulan pula ke gawang terbuka ke laut.

Pada minit ke-60, jelas Jepun menukar mode mereka kepada mode menyerang dan pada minit ke-75 Ritsu Doan berjaya menyamakan kedudukan.

Hanya empat minit diperlukan Ritsu Doan berada di padang untuk memberi impak. Semangat Samurai terus meningkat, Jerman terus ditekan.

Pada minit ke-83 seorang lagi pemain gantian yang masuk pada minit ke-57, Takuma Asano membawa perubahan untuk Jepun bangkit berada di depan.

Satu kebangkitan sensasi telah dicetuskan oleh Jepun dengan dua gol terhasil dalam tempoh 8 minit sahaja untuk meraih tiga mata berharga.

BACA:ย  Piala Dunia 2022: Maghribi 0-0 Croatia