Kisah Sebenar Pertemuan Dingin Ronaldo dan Bruno Di Kem Portugal

ronaldo bruno

Akhirnya telah terungkai kisah sebenar apa yang terjadi diantara Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes dalam pertemuan penuh dingin ketika sampai ke kem Portugal untuk persediaan akhir ke Piala Dunia.

Bruno Fernandes kelihatan seperti memulaukan Cristiano Ronaldo dengan sikap acuh tak acuh ketika Ronaldo menghulurkan tangan untuk berjaya salam yang mewujudkan suasana kekok lagi janggal.

Lantaran itu dapatan dari video yang dimuat naik pasukan Portugal sendiri telah menjadi mainan media seluruh dunia mengikut persepsi masing-masing termasuklah The Sukan.

Ramai berpendapat bahawa, Bruno Fernandes marah dengan Cristiano Ronaldo kerana wawancaranya bersama Piers Morgan sebelum liga berhenti rehat.

Cristiano Ronaldo sudah tiba lebih awal dan sudah berada dalam bilik persalinan, kemudian Bruno Fernandes tiba dan memasuki bilik persalinan itu.

Bruno Fernandes tiba dan memegang lengan Ronaldo sambil berjalan melepasinya untuk meletakkan begnya di dalam loker di sebelahnya sebelum cuba berpaling untuk menghadap seluruh bilik persalinan.

Ronaldo telah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Bruno Fernandes, Ronaldo terpaku ketika menghulurkan tangan seperti tidak disedari Fernandes yang kemudiannya menyambut tangan Ronaldo.

Tanggapan negatif mula hadir yang menyatakan Ronaldo di palau Fernandes dan Ronaldo pula kelihatan sedikit terkesima. Mungkin langsung tiada apa yang terjadi antara mereka.

Joao Maria dan Bruno Leraikan Kekusutan

Segala tanda tanya mengenai insiden itu akhirnya terlerai juga kurang 24 jam selepas video penuh dingin, janggal dan kekok itu ditafsir dalam pelbagai sudut termasuklah sudut capah.

Joao Mario tampil menjelaskan tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Menurut Joao Mario, tiada sebarang isu janggal di antara kedua dua pemain.

Sebaliknya mereka berdua sempat bergurau sendaloka ketika bertemu. Joao Mario berkata:

โ€œCristiano bertanya kepada Bruno Fernandes, kenapa dia tiba lewat sangat, dia datang menaiki bot ke apa?โ€

Bruno Fernandes merupakan antara pemain yang lewat melapor diri ke kem Piala Dunia Portugal di mana Ronaldo pula ketua pasukan dan Bruno pasti cuak untuk memberi alasan kepada kapten kenapa dia lambat.

Usai sampai ketika bertemu Ronaldo terus kena menganjing sebab lewat.

Bruno Fernandes ternyata โ€˜kecewaโ€™ dengan Joao Mario yang telah meleraikan kekusutan dan dianggap telah melakukan sesuatu perbuatan yang digelar โ€˜killjoyโ€™

Bruno Fernandes telah menulis dengan nada bergurau:

โ€œItula kau, merosakkan muka depan surat khabar ๐Ÿคฆโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ˜‚โ€

Rupa-rupanya Bruno Fernandes dan kem Portugal hanya menjadikan berita itu satu jenaka sahaja dan membiarkan media memainkan isu itu mengikut pandangan mereka dan Mario tampil menutup kisah ini.

Joao Mario juga menjelaskan bahawa kem Portugal sudah biasa dengan fokus media yang diberikan kepada Ronaldo sejak dahulu lagi.

โ€œBagi kami ia adalah sama, tajuk berita sentiasa mengenai dia jadi bagi kami ia agak sama,โ€ Jelas pemain tengah Benfica itu.

โ€œJadi saya tidak nampak masalah dengan masa kerana semua orang sentiasa bercakap tentang Cristiano Ronaldo jadi ia tidak mengapa untuk kami.โ€

Fernando Santos telah memanggil 26 pemain untuk fasa penentu Piala Dunia di mana Portugal berada dalam Kumpulan H, bersama Ghana, Uruguay dan Korea Selatan.

Penjaga Gol:

Diogo Costa (Porto)
Rui Patricio (Roma)
Jose Sa (Wolverhampton Wanderers)

Pertahanan:

Joao Cancelo (Manchester City)
Diogo Dalot (Manchester United)
Pepe (Porto), Ruben Dias (Manchester City)
Danilo Pereira (Paris Saint-Germain)
Antonio Silva (Benfica)
Nuno Mendes (Paris Saint-Germain)
Raphaรซl Guerreiro (Borussia Dortmund)

Tengah:

William Carvalho (Real Betis)
Ruben Neves (Wolverhampton Wanderers)
Joรฃo Palhinha (Fulham)
Bruno Fernandes (Manchester United)
Vitinha (Paris Saint-Germain)
Otavio (Porto)
Matheus Nunes (Wolverhampton Wanderers)
Bernardo Silva (Manchester City)
Joao Mario (Benfica)

Penyerang:

Cristiano Ronaldo (Manchester United)
Joao Felix (Atletico Madrid)
Rafael Leao (AC Milan)
Ricardo Horta (Braga)
Andre Silva (Red Bull Leipzig)
Goncalo Ramos (Benfica)

Untuk saingan Piala Dunia 2022, Portugal berada dalam kumpulan H bersama Ghana, Uruguay dan Korea Selatan dan dilihat tiada masalah untuk ke pusingan seterusnya dengan kualiti skuad mereka miliki.

BACA:ย  Peminat Teruja Melihat Potongan Badan Ronaldo Di Usia 37 Tahun