Ronaldo Ketepikan Cristiano Ronaldo Dari Lima Pemain Terbaik Pilihannya

Ronaldo Brazil tidak langsung menamakan Cristiano Ronaldo sebagai salah seorang dari lima pemain paling beliau gemari sekarang.

Ronaldo Nazario telah ditanya tentang lima pemain yang beliau paling gemar untuk menonton aksinya, dan beliau telah menamakan Lionel Messi sebagai pemain paling digemari dan tidak sama sekali menyebut nama Cristiano Ronaldo.

“Messi, sudah tentu, dia adalah nombor satu, ianya adalah bakat yang kita belum tentu boleh lihat dalam tempoh 20 ke 30 tahun ke depan.”

Jelas Ronaldo Nazario.

Bekas penyerang pasukan Real Madrid dan Barcelona itu turut memilih bintang Liverpool, Mohamed Salah, Bintang Real Madrid Eden Hazard, Pemain kebangsaan Brazil, Neymar dan bintang muda Perancis, Kylian Mbappe.

“Saya juga suka menyaksikan aksi dari Mo Salah, Hazard, Neymar dan Mbappe. Mereka semua berbakat dan saya terhibur menonton aksi dari mereka.”

Penyerang sensasi Perancis itu sebelum ini kerap dijadikan perbandingan dengan Ronaldo. Namun R9 sendiri tidak suka untuk membandingkan dua pemain dari generasi yang berbeza.

“Saya dah dengar ramai pemain yang dikatakan sama seperti saya, Mbappe sendiri dia mempunyai kelajuan yang luar biasa, penyudahnya juga bagus, dia mempunyai gerakan yang hebat, tambahan lagi kehandalan dia adalah kedua-dua kakinya hidup, dia memang bakat yang sungguh menakjubkan.”

“Iya saya akui kami mempunyai banyak persamaan, tetapi saya tidak pernah suka perbandingan, terutama sekali antara pemain yang datang dari generasi berbeza, kerana situasinya berbeza.”

Gary Lineker memberitahu BBC bahawa perbandingan antara Messi dan Ronaldo sangat tidak adil, ini kerana bintang Barcelona itu sudah sangat jauh dihadapan.

“Saya juga merupakan peminat sejati Ronaldo, tetapi sekiranya kamu berbicara tentang pemain terbaik sepanjang zaman, ia sepatutnya tiada perdebatan tentang hal itu, ia semestinya Messi”

“Tetapi itu cuma pandangan saya, tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya.”

Jelas bekas penyerang pasukan Barcelona itu.

“Sesetengah orang menganggap Messi hanya berjaya ketika beraksi bersama Barcelona sementara Ronaldo berjaya memenangi pelbagai Piala bersama banyak kelab dan beliau juga terbukti hebat apabila beraksi di negara mana sekalipun. Tetapi bagi saya kenyataan itu sangat pelik.”

“Messi jelas sekali pernah beraksi bersama pemain terbaik ketika kariernya disana, tetapi sebenarnya sesiapa sahaja yang bermain bersamanya, dia tetap mempamerkan aksi yang hebat.”

“Dia selalu membuktikan orang yang menilai sudut negatif nya salah, beliau selalu mempamerkan aksi baik dari masa ke semasa.”

BACA:  Ronaldo Dedahkan Nama Gelaran Yang Diberikan Kepada Rooney