Ronaldo Tipu Evra Kononnya Akan Kembali Bersama Sir Alex Di Man Utd

Sir Alex Ferguson pernah 99% yakin bahawa beliau mampu memujuk Cristiano Ronaldo untuk kembali ke Old Trafford seminggu sebelum beliau bersara dahulu.

Menurut Patrice Evra, pada tahun 2013, bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson telah melakukan percubaan perpindahan berganda yang luar biasa untuk mendapatkan kembali Kejuaraan saingan Liga Juara-juara.

Ferguson ketika itu berkata beliau mahu membawa kembali Cristiano Ronaldo ke United serta berniat untuk membawa masuk Gareth Bale ke Old Trafford.

Menurut Evra juga, Cristiano Ronaldo sendiri telah mengesahkan kepadanya bahawa beliau akan kembali ke Old Trafford.

Tetapi selepas kedua-dua percubaan itu ditolak, Sir Alex Ferguson mengumumkan persaraannya dua minggu selepas itu dengan kenyataan yang mengejut.

Dalam satu temu bual bersama Manchester United Official Podcast, Evra telah menceritakan perancangan Sir Alex Ferguson itu dengan terperinci.

“Dua minggu sebelum beliau bersara, saya masih ingat lagi ketika itu ramai wartawan yang melaporkan bahawa Sir Alex mungkin akan bersara pada tahun hadapan(2014).”

“Tetapi Sir Alex sendiri beritahu saya bahawa beliau tidak akan bersara dan akan terus bersama setan merah sehingga 10 tahun lagi.”

“Beliau turut memberitahu saya bahawa dia 99% yakin akan dapat membawa masuk Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale ke United. Beliau yakin dengan hanya membawa dua pemain itu, mereka akan kembali memenangi Liga Juara-juara kembali. Beliau terlalu yakin ketika itu.”

“Dan untuk kepastian, saya bercakap sendiri dengan Cristiano, saya tanya beliau tentang berita itu dan dia sendiri bercakap ya dia akan kembali. Dia akan kembali ke United. Dia sendiri cakap begitu kepada saya.”

Evra turut menceritakan secara terperinci bagaimana Sir Alex Ferguson memberitahu semua pemain tentang persaraannya.

“Selepas dua minggu, kami semua berada dalam bilik persalinan menunggu.”

Jelas Evra.

“Apabila kami tiba di Carrington, saya melihat banyak kamera disana, dan saya rasa macam ‘wow, ada seseorang sudah melakukan sesuatu kesalahan’, mungkin ada kaitan dengan pemain.’ saya dapat rasakan memang ada pemain yang membuat kesalahan dan kami semua dalam masalah.”

“Tetapi bila kami sampai dan mereka semua meminta kami untuk masuk ke bilik persalinan kerana ada perkara yang mahu dijelaskan oleh boss kami. Dan seperti yang kami semua tahu bila boss nak bercakap dengan semua sudah tentu berita buruk.”

“Beliau datang dan mula bercakap. Sir Alex meminta maaf kepada kami. Sir Alex menjelaskan bahawa berita beliau mahu bersara sudah disebar lebih awal sebelum beliau mengumumkan sendiri dan kerana itu lah banyak kamera di luar. Dan Sir Alex menjelaskan kepada kami bahawa beliau harus bersara kerana isterinya memerlukan beliau.”

“Sir Alex meminta maaf kepada Robin Van Persie dia juga meminta maaf kepada Shinji Kagawa kerana beliau sahaja membeli mereka. Dia mintak maaf kepada semua terutama dua pemain itu.”

Jadi Sir Alex Ferguson mungkin kecewa kerana gagal untuk membawa masuk dua pemain yang beliau mahukan tetapi alasan utama beliau mengumumkan persaraannya adalah kerana isterinya.

BACA:  Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi