Wayne Rooney telah mendedahkan satu cerita yang sangat menarik hati ketika mengenang kembali waktu beliau bersama Cristiano Ronaldo di Manchester United.
Penjaring terbanyak sepanjang zaman itu telah membelanja bekas rakan sepasukannya, Ronaldo McDonald’s pada malam sebelum hari perlawanan berlangsung.
Kedua-dua pemain ini menyertai Manchester United pada usia remaja sebagai pemain muda harapan kelab dan negara masing-masing.
Gandingan Rooney dan Ronaldo telah menjadi satu gandingan yang sangat berbisa yang mendatangkan kejayaan dan memenuhi jangkaan ramai.
That Rooney x Ronaldo chemistry 🔥 #MUFC pic.twitter.com/c9sAnKFtEN
— UnitedReds (@UnitedRedscom) March 16, 2020
Carlos Tevez pula melengkapkan trio Rooney-Ronaldo-Tevez dalam menguasai bola sepak dunia yang menyaksikan mereka bermaharaja lela di padang selepas perpecahan trio ini Manchester United tidak lagi seperti dulu dan terumbang-ambing hingga kini.
Ronaldo telah menjaringkan 107 gol dalam 290 penampilan untuk Setan Merah sebelum ke Real Madrid dengan yuran perpindahan £80 juta pada 2009.
Pendedahan ini telah dibuat oleh Rooney kepada The Times, gadisku dalam koma, seiruskah keadaannya.
13 years ago today, Rooney and Ronaldo scored this devastating counter attack goal vs Bolton 💨
The goal was later voted as the BBC 06/07 goal of the season. #MUFC pic.twitter.com/RZAMZdrKD2
— UnitedReds (@UnitedRedscom) March 17, 2020
Ketika mula bersama Setan Merah, Rooney dan Ronaldo selalu ke tempat perlawanan dan latihan bersama-sama.
Ronaldo dan Rooney juga telah ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama tetapi sejak dua menjak ini makin kerap mereka diganggu visi, bila celik juga bila mimpi.
Dan Rooney telah membuka cerita Ronaldo dan McDonald’s. Kisah yang luar kebiasaan bagi pemain bola sepak.
“Bersama Ronaldo, ketika aku mula ke Manchester United kami selalu pergi ke perlawanan dan latihan bersama-sama.”
“Aku masih ingat satu malam sebelum hari perlawanan kami telah singgah di McDonald’s kerana Ronaldo mahukan Big Mac.
Rooney mendedahkan sebab kenapa Ronaldo mahu makan Big Mac pada ketika itu adalah kerana Ronaldo sangat kurus. Baler.
“Ronaldo cuba untuk menambah berat badan kerana beliau terlalu kurus.”
“Aku yang memandu pada ketika itu terus pergi membuat pesanan di kaunter pandu lalu untuk mendapatkan Big Mac.”
Selepas memakan burger itu, gandingan Ronaldo dan Rooney telah menjelmakan tiga gelaran Premier League secara hatrik dan satu trofi Champions League.
Selepas itu, Ronaldo telah berhijrah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan yang memecahkan rekod dunia pada ketika itu.
Wayne Rooney on his relationship with Ronaldo: “With Cristiano, when I first got to United we used to go to games and training together. I remember the night before a game stopping off at McDonald’s because he wanted a Big Mac.”
(1/2) #muzone [Times] pic.twitter.com/6wxUNlmYlX
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 14, 2020
Rooney pula kekal sehingga dilepaskan oleh Jose Mourinho untuk bersama Everton, DC United dan kini Derby County.
Kini Ronaldo sudah bersama gergasi Italy, Juventus dan menjadi salah seorang pemain paling cergas dan sihat di usia 35 tahun.
“Dengan 4 orang anak, aku tak tahu bagaimana Ronaldo dapat menyesuaikan diri.”
“Korang ada Ronaldo yang kelihatan bernilai jutaan dollar, aku tak pernah ada badan yang terbaik tapi aku boleh main 90 minit. Aku boleh berlatih setiap hari.”
“Aku tiada kebimbangan secara fizikal. Bila aku lakukan, aku akan berhenti.”
Kalau sekarang jangan harap nak tengok Ronaldo makan makanan segera seperti itu lagi dengan amalan diet yang sangat gila.
Dua tahun lalu ujian fizikal yang dijalankan ke atas Ronaldo menunjukkan pemain itu mempunyai badan seperti individu yang berusia awal 20-an.
Manchester United 2008/2009 Squad
Edwin Van der Sar, Ferdinand, Vidic, Brown, Evra, Hargreaves,, Paul Scholes, Carrick, Rooney, Ronaldo, Tevez.
Sub: Kuszack, O'Shea, Anderson, Giggs, Fletcher, Nani
Take me back 😢 pic.twitter.com/c21YitnBSO
— Devils of United 🔰 (@DevilsOfUnited) March 19, 2020
Barisan staf kejurulatihan Real Madrid telah menjalankan beberapa siri ujian ke atas badan Cristiano Ronaldo dan keputusan menunjukkan bahawa keadaan fizikal Ronaldo seperti mereka yang berumur 23 tahun.
Ketua pasukan Portugal itu yang ketika itu berusia 33 tahun, sangat menitik berat menjaga badan telah mengakui perkara ini.
“Secara biologinya aku seakarang berumur 23 tahun.”
—-
“I am now biologically 23 years old.”
After studying current data collected by Real Madrid’s coaching team, Cristiano Ronaldo (aged 33) has the physicality of a fully fit 23-year old player. [COPE]
– His body fat is 7% (the fittest players have 10-11%).
– He has 50% muscle mass (others hardly exceed 46%). pic.twitter.com/XmdjqaC3uf
— Football Stuff (@FootbalIStuff) April 6, 2018
Dalam itu, turut didedahkan adalah kandungan lemak badan Ronaldo yang hanya ada 7% sahaja. Jika dibandingkan dengan pemain bola sepak yang lain secara purata mereka mempunyai kandunga lemak sekitar 10 atau 11%
Badan Ronaldo juga terbina dan terbentuk dengan begitu sado dengan jisim otot sebanyak 50% dan sekali lagi dibandingkan dengan pemain Profesional biasanya jisim otot mereka tidak akan melebih 46% sahaja.