Rooney Cuak Dengan Kelibat Vardy Dalam Misi Memecah Rekod Nistelrooy

LONDON: Kapten Manchester United, Wayne Rooney berkata jentera serangan kelab itu perlu mengikuti langkah penyerang Leicester, Jamie Vardy ketika dua pasukan ‘berbeza taraf’ itu bertemu dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL), esok.

Vardy yang juga penyerang England akan mencipta sejarah di Stadium King Power seandainya meledak gol pada perlawanan itu selepas menyamai rekod menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut milik legenda United, Ruud van Nistelrooy, minggu lalu.

Dengan 13 gol di atas namanya ketika ini, jumlah jaringan Vardy kini melebihi jumlah keseluruhan yang diledakkan kesemua penyerang United yang hanya mampu menjaringkan sembilan gol dan meletakkan Leicester selaku pendahulu EPL.

Rooney mengakui ancaman yang ditampilkan Vardy apabila digandingkan bersamanya pada kempen antarabangsa namun mahu rakan sepasukannya di Old Trafford mengikuti ketenangan dan naluri pemangsa ditunjukkan bintang Leicester itu.

“Tidak, kami tidak,” kata Rooney ketika ditanya sama ada pasukannya cukup tajam.

“Saya fikir kami perlu menjaringkan gol sebagai satu pasukan.

“Saya fikir kami kurang tenang yang banyak kali meletakkan diri kami di dalam tekanan.

“Ia adalah proses pembelajaran buat kali, namun kami tidak boleh berkata pergi ke sana dan belajar. Kami perlu pergi ke perlawanan itu dengan kemenangan,” katanya.

Andai Vardy memecahkan rekod Nistelrooy, ia dianggap satu kejayaan yang cukup menakjubkan buat pemain daripada kelab bukan liga, Fleetwood beberapa tahun lalu selain hanya meledak lima gol buat Leicester, musim lalu.

Selepas membantu Leicester muncul antara kelab yang merebut tiket ke Eropah daripada bergelut di zon penyingkiran, musim lalu, Vardy ketika ini menjadi buruan banyak kelab-kelab ternama. Perkara itu jelas mendatangkan pening kepala buat pengendali Leicester, Claudio Ranieri yang mengakui sukar buat pemainnya itu menghiraukan minat untuk berpindah pada jendela perpindahan Januari depan.

“Ketika ini kami amat gembira dan Jamie juga gembira bersama kami dan dia berterusan menunjukkan kekuatannya kepada kami.

“Jamie sekarang adalah juara. Dia perlu mengambil keyakinan daripada ini. Dia mempunyai karektor yang kuat kerana dia datang daripada kelab bukan liga.”

– AFP

BACA:  Rooney: Kane Akan Keluar Jika Spurs Gagal Menangi Trofi Dalam Masa Terdekat