Rooney Hadiah Tevez Lamborghini Selepas Pemain Lain Mengejek Tevez

Wayne Rooney telah memberi kereta mewah beliau yang bernama Lamborghini kepada Carlos Tevez selepas pemain lain mengejek kereta kepunyaan Tevez.

Kisah ini didedahkan sendiri oleh Carlos Tevez betapa baiknya hati Wayne Rooney kerana kereta Audi Tevez menjadi bahan hinaan.

Carlos Tevez tiba di Old Trafford pada 10 Ogos 2007 daripada West Ham United sebagai pemain pinjaman selama dua tahun.

Gambar : BBC

Tevez telah menceritakan kembali cerita yang terjadi ketika beliau tiba di pusat latihan Carrington dengan sebuah kereta Audi sahaja.

Di mata pemain Manchester United, kereta tersebut bertaraf rendah jika dibandingkan dengan gaya hidup pemain Setan Merah.

Pada ketika itu pemain bintang Manchester United meraih pendapatan lebih £100,000 seminggu dan pemain picisan bergaji rendah juga mampu membeli kereta mewah.

Maka disebabkan itu Tevez telah dibahan kaw-kaw. Kesian.

“Di pusat latihan Manchester United, para pemain hadir dengan kereta Ferrari atau Lamborghini cuk.” Ujar Tevez kepada ESPN.

“Semua orang, walaupun pemain paling teruk, busuk-busuk naik Ferrari bai.”

“Aku datang naik kereta Audi pemberian kelab dan mereka mula membahan aku, macam aku naik kereta FIAT 600.”

Fiat 600

Selepas diejek, Tevez telah berborak dengan Rooney, mungkin mahu mengadu. Namun tindakan Rooney sangat gila.

“Aku bercakap dengan Rooney dan lelaki gila itu telah berkata ‘Ambil Lamborghini ni.’ Rooney bagi aku Lambo.”

“Aku terus pusing-pusing Manchester dengan kereta Rooney bagi kat aku.”

Tevez telah memuji Rooney dan menganggap Rooney sama dengan dirinya.

“Aku agak mengenali Rooney kerana tempat asal Rooney dari kawasan miskin di Liverpool.”

“Rooney selalu berjuang untuk mendapatkan bola seperti itulah perlawanan terakhir beliau.”

“Sama juga seperti aku. Aku lihat Rooney adalah cerminan diri aku.”

Tevez Rooney Ronaldo. Ketika ini kemenangan bukan perkara luar biasa bagi United

Kehadiran Tevez telah membentuk trio serangan yang sangat digeruni ketika itu bersama Cristiano Ronaldo dan Rooney.

Selepas tempoh pinjaman dua tahun hampir tamat, Manchester United sangat berkenan untuk mendapatkan Tevez secara tetap dan menjadi Setan Merah sejati.

Malangnya, Tevez meminta gaji yang terlalu tinggi, pecah muka, pecah kepala nak bayar bossku.

Lebih sedap dan dramatik, Tevez telah menyertai musuh setempat, Manchester yang satu lagi dan biru iaitu, Manchester City.

Pada ketika itu juga, Tevez telah dikaitkan dengan Liverpool.

Pada 2013 selepas cemerlang bersama Manchester City, Tevez telah menyertai Juventus sebelum kembali bersama Boca Junior pada 2015.

Tevez telah beralih angin untuk wang yang lebat dengan menyertai Shanghai Shenhua pada 2017.

Tahun 2018, Tevez kembali bersama Boca Junior buat kali ketiga dan masih kekal hingga kini.

Gandingan Tevez, Ronaldo dan Rooney sangat cemerlang walaupun selama dua musim apabila menjuarai hampir semua piala kecuali Piala FA.

Trofi Tevez bersama Manchester United:

1. Premier League – 2007/08 dan 2008/09

2. League Cup – 2008/09

3. Community Shield – 2008

4. UEFA Champions League: 2007/08

5. FIFA Club World Cup: 2008

BACA:  Rooney Akan ke China Atau MLS