Rooney Akan ke China Atau MLS

Kapten Manchester United yang kini kerap memanaskan bangku simpanan, Wayne Rooney bakal menyertai kelab China atau Amerika Syarikat, sekiranya dia meninggalkan United pada musim panas nanti.

Dalam perkembangan terbaru, Rooney tidak disenaraikan oleh jurulatih England, Gareth Southgate dalam skuad kebangsaan England untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman, dan kelayakan Piala Dunia menentang Lithuania nanti.

Rooney jarang bermain pada musim ini, dan dikatakan sering mengalami kecederaan.

Minggu lepas, Rooney dikatakan bakal kembali ke kelab lamanya, Everton pada musim panas nanti, dengan Manchester United sanggup melepaskannya secara percuma.

Jose Mourinho dikatakan amat berminat untuk membawa Romelu Lukaku ke Old Trafford, dan Rooney boleh dijadikan sebagai umpan untuk Everton melepaskan pemain kebangsaan Belgium itu.

Dua minggu lalu, Lukaku dikatakan enggan menandatangani kontrak baru bersama The Toffees dan dia dikatakan bakal dijual pada jendela perpindahan nanti.

Penjaring terbanyak EPL setakat ini.

Rooney meninggalkan Goodison Park 13 tahun lalu dan telah memecahkan rekod Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman dengan 251 gol. Rooney juga telah memenangi kesemua kejuaraan yang disertainya bersama kelab, kecuali Liga Europa.

Kelab seterusnya yang disertai Rooney pasti akan mendapat laba yang besar hasil daripada jualan jersi dan juga jumlah penajaan yang masuk memandangkan status Rooney adalah kapten kelab yang paling ramai penyokong di dunia.

BACA:  Rooney : Hanya Satu Kesilapan Klopp, Menjadi Pengurus Liverpool