Ole Percaya Rooney Boleh Menjadi Pengurus Manchester United

Pengurus penuh keterampilan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya Wayne Rooney boleh menjadi pengurus Setan Merah suatu hari nanti.

Rooney kembali bertemu dengan bekas pasukannya itu dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA yang berlangsung di Pride Park.

Pemenang Premier League lima kali itu kini telah bersama Derby County selepas meninggalkan Setan Merah pada tahun 2017.

Rooney telah bersama Everton sebelum ke DC United yang beraksi Major Soccer League.

Ole Gunnar Solskjaer telah ditanya ketika sidang media pertemuan antara Manchester United dan Derby County dengan soalan yang berbunyi.

Adakah Rooney boleh menjadi pengurus Manchester United di masa hadapan?

“Yeah, itu bergantung kepada usaha kau dan keinginan kau untuk mendapatkan kerja itu.”

“Jawatan ini akan mengambil kehidupan kau tetapi ini perkara kedua terbaik selepas menjadi pemain.”

“Aku sangat pasti ramai bekas pemain dan pengurus yang inginkan tugas aku.”

Sejak berpindah ke Derby, bekas ketua pasukan England itu telah menjaringkan empat gol dalam semua kejohanan.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United itu telah menjaringkan tiga gol dan dua assist di Championship.

Derby kini dikedudukan ke-13 di Liga Championship.

Manchester United mudah menewaskan Derby County tiga gol tanpa balas dan mara ke suku akhir bertemu Norwich City.

Walaupun tewas, Rooney mempamerkan aksi yang padu dan tarafnya itu agak tinggi untuk seorang pemain liga Championship.

Perlawanan ini merupakan perlawanan pertama Rooney bermain penuh selama 90 minit sejak meninggalkan MLS pada 2018.

Sentuhan Rooney masih berbisa terutamanya hantaran panjang yang tidak boleh bawa bincang dan juga sepakan percuma.

BACA:  Rooney: Manchester United Perlukan Dua Pemain Baru Untuk Mencabar Manchester City