Rooney Menerangkan Perbezaan Yang Nyata Lagi Jelas Antara Mourinho Dan Solskjaer

Krismas yang penuh semangat diraikan oleh pasukan pertengahan liga ketika ini. Manchester United dengan bergaya menewaskan Cardiff City dengan lima jaringan berbalas satu.

Lima gol terhasil dengan empat penjaring berbeza. Kali terakhir Manchester United menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan adalah ketika era Sir Alex Ferguson kira-kira 5 tahun lalu.

Pada bulan Mei 2013 di perlawanan terakhir Alex Ferguson bersama Setan Merah menentang West Brom perlawanan berkesudahan dengan seri 5-5.

Sejak di bawah pengurusan David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho tiada lagi kemenangan dengan 5 jaringan sehinggalah anak didik Ferguson ini mengambil alih.

Ole Gunnar Solskjaer telah dilantik Manchester United untuk menjadi pengurus sementara sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat selepas prestasi yang agak kelakar.

Bekas pemain Manchester United, Wayne Rooney yang kembali bernyawa kariernya di Major League Soccer menerangkan perbezaan yang sangat jelas dan ketara antara Jose Mourinho yang dipecat dan Ole Gunnar Solskjaer yang baru dilantik.

“Aku fikirkan mendung berterusan tapi kini mentari muncul lagi, perbezaan Mourinho adalah selepas mendapat satu gol, beliau akan bersandarkan kepada gol itu saja untuk mendapatkan keputusan.”

“Sekarang mereka mencuba mencari lebih gol.”

Rooney laju bersetuju apabila pengacara BT Sport, Jake Humphrey menyatakan bahawa apa yang diterapkan Ole Gunnar Solskjaer adalah sesuatu yang hebat.

Secara ringkas saja apa yang diperkatakan oleh Rooney dengan jelas dan nyata bahawa beliau tidak menyukai corak permainan yang dibawa oleh Jose Mourinho yang melepaskannya ke Everton.

Rooney juga mengajak semua menjenguk betapa tingginya full-backs naik ke atas membantu serangan ketika menentang Cardiff City dan mendakwa itu tidak pernah terjadi di era Jose Mourinho.

“Posisi ketika menyerang Luke Shaw dan Ashley Young adalah sesuatu yang kau tak dapat lihat semasa di bawah Mourinho.”

Rooney juga menjelaskan ketika di bawah Mourinho pergerakan pemain terbatas dan kebebasan nyata dapat dilihat di bawah Solskjaer.

“Pergerakan pemain sedikit terbatas walaupun pemain mempunyai banyak keupayaan. Bermain bersama Setan Merah tekanannya tinggi, banyak perkara terjadi antara pasukan dan pengurus.”

“Pemain mempunyai kebebasan. Ole memberikan mereka kebebasan. Ini merupakan hari menakjubkan buat kelab.”

Sebelum ini Rooney bersetuju dengan pemecatan Mourinho dan menanggap ini merupakan satu tindakan yang tepat.

“Satu perubahan perlu dilakukan dan ini merupakan satu keputusan yang tepat.”

“Untuk mejadi kelab yang berjaya kau perlu pastikan semua berjalan dengan betul untuk mengecap kegembiraan.”

“Ada pemain yang disisihkan. Hubungan antara sesetengah staff dan pemain tidak begitu baik.”

“Tetapi sekarang pemain kembali senyum. Satu perubahan yang baik buat kelab dan sangat mengujakan untuk melihat bagaimana Ole membuat tetapan pasukan dan bagaiman mereka bermain hari ini.

Kembali Senyum – Izwan Pilus

Pantas kau diam membisu…
Ada garis sendu di wajahmu…
Salahkah sekadar aku bertanya?
Berikan jawapan…

Kuatkah ikatan cinta?
Apa mungkin kasihmu setia…
Tak ku duga airmata berlinang…
Luka perasaanmu sayang…

Sengaja hatimu inginku duga…
Tak terlintas fikiran mencuriga cinta…
Ku tahu..seputih dingin salju itu warna cintamu…

Kekasih, usah merasa ragu dan sangsi…
Kekasih, cintaku takkan terbelah bagi…
Keringkanlah airmata di pipimu sayang…
Kembali senyum…

BACA:  Rooney Belanja Ronaldo McDonald's Sebelum Perlawanan Kerana Terlalu Kurus