Rooney Percaya Manchester United Akan Kembali Ke Puncak Dalam Tempoh 2 atau 3 Tahun Lagi

Bekas pemain Manchester United, Wayne Rooney percaya bahawa Setan Merah akan kembali ke puncak dan hebat seperti sedia kala dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.

Apa yang diperlukan oleh Manchester United kini adalah kesabaran dalam membina kembali pasukan berpaksikan modal insan dan bukannya wang ringgitl.

Sepanjang kariernya bersama Machester United, Rooney telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan mencetak 253 gol dalam 559 penampilan.

Deretan trofi telah diraih Rooney antaranya lima gelaran Premier League dan satu Champions League serta piala-piala picisan yang lain.

Pemain berusia 34 tahun itu telah meninggalkan Old Trafford pada 2017 selepas 13 tahun menabur bakti dan budi dan sempat meraih gelaran Premier League terakhir pada 2012/13.

Sejak itu dengan persaraan Sir Alex Ferguson, Manchester United terus barai dan bergelut di Premier League.

Namun Rooney percaya Setan Merah akan bangkit.

“Benda gini ambil masa dan mungkin memakan dua atau tiga tahun lagi. Aku percaya mereka perlu membawa pemain baru dan membuang beberapa pemain lama.”

“Perkara ini tidak akan terjadi dalam masa terdekat. Mereka telah mencuba bersama Louis Van Gaal dan Jose Mourinho.”

Rooney memberi contoh Liverpool dan Manchester City sebagai contoh terbaik untuk Setan Merah menuju ke arah itu.

“Kalau kau tengok Liverpool dan apa yang mereka buat dab Manchester City. Kau tak boleh beli pasukan.”

“Kau tengok Liverpool, mereka membina pasukan.”

Mengikut Rooney lagi kesabaran perlu, walaupun Pep Guardiola dilimpahi wang tetapi beli hanya membeli pemain yang diperlukan sahaja.

“Pep Guardiola telah membawa masuk ramai pemain mengikut cara permainan yang diterapkan.”

“Jadi United perlu sabar dan cuba membina pasukan, maka United akan mampu mencabar dua pasukan itu.”

“Peminat Manchester United perlu sabar dengan situasi sekarang.”

Agak janggal juga apabila Rooney yang terkenal dengan sifat panas baran bercakap mengenai sabar. Tetapi itulah hakikatnya.

Selepas popular dengan filem Shrek pada tahun 2001 Rooney membuat kemunculan dan menggegar bola sepak dunia dengan Everton.

Pada 19 Oktober 2002, 5 hari sebelum harijadi ke-17 Rooney telah menjaringkan gol kemenangan Everton menentang Arsenal.

Gol tersebut telah menamatkan 30 perlawanan tanpa kalah Arsenal dan menjadikan Rooney penjaring termuda dalam sejarah Premier League pada ketika itu sebelum rekod itu dipintas oleh James Milner dan James Vaughan.

Pada usia 18 tahun Rooney telah berpindah ke Manchester United dengan bayaran paling mahal pernah dibayar untuk pemain berusia bawah 20 tahun.

Pada musim pertama Rooney telah muncul sebagai penjaring terbanyak United dengan 11 gol. Selepas itu segalanya sejarah.

BACA:  Rooney Dianugerahkan Trofi Premier League goal of the month