Andreas Pereira Makan Penampar Rooney Selepas Perlawanan

Wayne Rooney telah menampar muka latin Andreas Pereira selepas tamat perlawanan pusingan kelima FA Cup antara Derby County dan Manchester United.

Pereira bernasib baik kerana penampar Rooney tidaklah sekencang tamparan ke atas bintang gusti terkenal Wade Barrett di salah satu rancangan WWE.

Setakat ahli gusti hiburan boleh ditampar Rooney apatah lagi pemain bola sepak.

Kalau tidak mau terbenam 7 kaki ke dalam tanah. Pecoh muko pecoh palo kalu keno.

Dengan tenang Rooney berjalan sambil bersalaman kemudian menampar manja wajah jambu Peirera itu.

Bodoh! Mungkin itulah yang diujarkan oleh Rooney disusuli dengan satu penampar.

Ada juga peminat yang mahukan Rooney menampar Pereira dengan lebih kuat dan Lingard juga patut ditampar.

Setakat musim ini prestasi Andreas Pereira seperti tiada apa yang boleh dibanggakan dan agak tenggelam. Sendu seperti Manchester United.

Pada pra-musim 2019/20, Andreas Pereira berkata beliau sudah bersedia untuk menjadi David Beckham baharu di Manchester United.

“Banyak aku pelajari, aku sudah bersedia untuk menonjol. Aku rasa aura keyakinan dan pengurus juga dapat merasakan keyakinan aku secara mental dan fizikal. Aku rasa semakin kuat setiap tahun.”

“Ini masa aku untuk kedepan. Aku bersedia sebagai pemain nombor 8 atau nombor 10. Aku boleh main di sayap kanan macam Beckham selalu main. Potong ke dalam dan membuat hantaran lintang lebih awal ke kotak penalti. Banyak aku nak tunjukkan ni.”

Inilah aksi macam Beckham dari Pereira.

Dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA ini, Manchester United berjaya menewaskan Derby County yang ditunjangi Wayne Rooney dengan tiga gol tanpa balas.

Derby agak kebal untuk 20 minit pertama permainan namun semakin lama semakin longgar.

Luke Shaw membuka jaringan melalui satu rembatan cantik yang menghentam tanah sebelum bola melantun menewaskan penjaga gol Derby, Roos.

Sebelum tamat separuh masa pertama Odion Ighalo menggandakan kedudukan buat Manchester United dengan melepasi tiga pemain Derby.

Babak kedua menyaksikan Derby bocor dari segenap sudut namun hanya satu gol sahaja lagi berjaya ditambah Setan Merah.

Odion Ighalo sekali lagi mencetak nama selakuk penjaring dengan rembatan kaki kiri yang kencang.

Pemain Nigeria ini mampu untuk mencatat hatrik namun banyak peluang dibazirkan.

Tetapi ini sudah cukup buat Ighalo untuk menjadi pemain kesayangan peminat Manchester United.

Starting XI: Roos; Bogle, Forsyth, Evans, Lowe; Knight, Wayne Rooney, Bird, Louie Sibley; Lawrence, Waghorn.

Pemain Simpanan: Hamer, Shinnie, Marriott, Clarke, Martin, Davies, Whittaker.

Starting XI: Sergio Romero; Dalot, Viktor Lindelöf, Eric Bailly, Luke Shaw; Fred, Scott McTominay; Juan Mata (c), Bruno Fernandes, Jesse Lingard; Odion Ighalo.

Pemain Simpanan: David De Gea, Tuanzebe, Brendan Williams, Andreas Pereira, Namenja Matic, Mason Greenwood, Anthony Martial.

BACA:  Ronaldo Dedahkan Nama Gelaran Yang Diberikan Kepada Rooney