Lingard Dipermainkan Oleh Rooney Begitu Saja

Pada usia 34 tahun, Wayne Rooney tiada masalah untuk membuli dan mempermainkan pemain harapan Manchester United dan England, Jesse Lingard.

Lingard mengalami prestasi yang agak teruk dan menjadi cemuhan peminat kerana aktif di media sosial dengan aktiviti yang tidak senonoh.

Beberapa minggu lalu, Lingard dan Perreira dicemuh selepas dirakam tidak serius dan main-main ketika sesi latihan.

Kedua-duanya dapat dilihat bergembira riang ria menari di sekeliling padang sementara pemain lain sedang berlatih dengan baik dan pengurus Ole Gunnar Solskjaer hanya menjadi pemerhati.

Peminat di media sosial pantas bertindak balas terhadap video itu dan mengecam kedua-duanya kerana tidak profesional.

Prestasi Lingard di Premier League sangat teruk entah bila kali terakhir gol dijaringkan dan bantuan gol dibuat.

Dalam perlawanan menentang Derby County di pusingan kelima FA Cup, Jesse Lingard kelihatan sangat mudah dipermainkan oleh Wayne Rooney.

Lingar dan Rooney terlibat dalam perebutan bola dan Rooney sempat mendada sebelum melarikan bola daripada Lingard.

Ternyata pemain Manchester United itu gagal menyaingi kekuatan fizikal dan kawalan bola bekas pemain Manchester United yang kini berusia 34 tahun.

Mudah saja Lingard dibuli dan diayamkan oleh Rooney, mudah seperti Chelsea tewaskan Liverpool.

Jasa Lingard dalam perlawanan ini adalah dengan meletakkan bola percubaan Luke Shaw ke dalam gawang menggunakan bahagian belakang badan.

Namun jaringan tersebut diberikan kepada Luke Shaw namun jasa dan budi Lingard yang terlibat dalam gol tersebut tida dilupakan.

Saban hari, Lingard semakin tidak disukai oleh peminat Manchester United dan khidmatnya semakin tidak diperlukan.

BACA:  Rooney Cuak Dengan Kelibat Vardy Dalam Misi Memecah Rekod Nistelrooy