Wayne Rooney adalah pemain terbaru yang tampil menyokong kenyataan bahawa Ravel Morrison adalah bakat hebat yang telah dibuang oleh Manchester United.
Beliau turut menegaskan bahawa Morisson sebenarnya seorang pemain midfield yang handal bahkan lebih bagus dari Paul Pogba.
Ravel Morrison merupakan bekas pemain remaja United yang Berjaya memenangi FA Youth Cup pada tahun 2011 bersama Paul Pogba, Jesse Lingard, Will dan Michael Keane.
Wayne Rooney believes Ravel Morrison could have been a star pic.twitter.com/3DJkjGO8jd
— Amazon Prime Video Sport (@primevideosport) May 3, 2020
Beliau juga pernah bertemu Harry Maguire ketika menentang Sheffield United dalam perlawanan akhir FA Youth Cup 2011.
Pemain midfield itu sering dikatakan sebagai salah seorang pemain paling berbakat dan hebat di kalangan generasinya tetapi tidak mampu untuk bersinar.
Pemain berusia 27 tahun itu kini bermain untuk pasukan Middlesbrough sebagai seorang pemain pinjaman. Menurut Rooney, kerja keras adalah penghalang kepada Morrison untuk menandingi Pogba dan lain-lain.
“Saya masih ingat lagi ketika menyaksikan Ravel Morrison beraksi, saya fikir beliau mempunyai semua ciri dan keupayaan untuk bermain diposisinya. Dia bijak dan dia juga seorang yang mempunyai keyakinan tinggi.”
Tulis Rooney dalam ruangannya di Sunday Times.
“Dia pernah nutmeg Nemanja Vidic tiga kali dalam tempoh seminit ketika sesi latihan. Tetapi dia susah nak kawal gaya kehidupan dan persekitarannya. Itu saja masalah dia.”
“Saya lihat sendiri pemain satu generasi dengannya seperti Paul Pogba, Jesse Lingard tetapi Ravel jauh lebih hebat berbanding mereka semua.”
Wayne Rooney says that Ravel Morrison was a "country mile" better than Paul Pogba and Jesse Lingard 👀 pic.twitter.com/3n72VoYr6S
— ESPN UK (@ESPNUK) May 3, 2020
“Dia adalah bukti bahawa tiada pemain yang boleh lari dari fakta bahawa terdapat panduan yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pemain bola sepak profesional.”
“Ada pemain yang berada dilandasan yang betul tetapi permainan mereka biasa saja cuma mereka tetap berjaya kerana mengikut garis panduan yang betul.”
“Tetapi apa akan berlaku andai seorang pemain itu menjadi ultra-profesional? Contoh mudah adalah Gary Neville. Gary bukanlah seorang pemain yang hebat, tetapi dia berusaha keras setiap saat ketika latihan dan beri yang terbaik darinya. Dia melalui karier yang cemerlang atas usaha keras dia. Pemain yang layak dihormati.”
“Sir Alex Ferguson sendiri pernah cakap perkara paling susah untuk dilakukan dalam hidup ini adalah kerja keras setiap hari. Lupakan segala keupayaan yang dimiliki, terus berusaha untuk lebih maju, jika kamu boleh berkerja keras setiap hari, tak kira apa bidang kamu ceburi kamu pasti berjaya.”
Ravel Morrison humiliated Man Utd team-mate as Wayne Rooney makes bold Paul Pogba claim #MUFC https://t.co/CDIn2b04SX pic.twitter.com/KotPUXNDSB
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) May 3, 2020
Morrison sempat membuat tiga penampilan untuk pasukan utama setan merah,kesemuanya dalam League Cup dan beliau mendapat pujian serta dinilai dengan penilaian yang tinggi oleh Sir Alex Ferguson.
Tetapi pada tahun 2012 Morisson telah dijual kepada West Ham.
Pemain tengah kelahiran Manchester itu mempunyai masalah undang-undang yang menyangkut dalam kehidupan peribadinya dan beliau juga dituduh mencuri jam tangan rakan sepasukannya, Rio Ferdinand.
Tetapi Morrison menafikan dakwaan itu, namun, beliau tetap mengaku kepada pengurus bahawa dia pernah mencuri boots rakan sepasukan yang lain.
Segalanya bermula dengan baik ketika beliau beraksi bersama West Ham pada musim 2013/14. Beliau membuat 16 penampilan dan telah mempamerkan aksi sangat hebat ketika menentang Spurs.
Selepas dari itu Ravel Morrison telah dipinjamkan ke QPR.
Karier Morrison Serba tidak menjadi dan beliau berkelana beraksi bersama pelbagai pasukan seperti Cardiff City, Lazio, kembali ke QPR, beliau juga beraksi bersama Atlas di Liga Mexico dan beluau turut beraksi bersama Ostersund di liga Sweeden sebelum kembali ke England.
Beliau menyertai Sheffield United dibawah kendalian Chris Wilder’s tetapi cuma membuat satu penampilan saja dalam aksi liga sebelum menyertai Middlesbrough sebagai pemain pinjaman Januari lalu.
🗣 Wayne Rooney on Ravel Morrison: “He was better than Paul Pogba by a country mile. He was brilliant. He was confident. He nutmegged Vidic 3 times in 1 minute in a training match. But he struggled with his lifestyle and environment” pic.twitter.com/IrRqRmkEbg
— SPORTbible (@sportbible) May 3, 2020
Beliau sempat beraksi dua perlawanan di Championship untuk Middlesbrough sebelum saingan liga dihentikan kerana penularan wabak Covid-19.
Dengan usianya yang baru 27 tahun, Morrison sebenarnya masih mempunyai masa untuk ubah sikap serta mengembangkan bakatnya lagi sebelum bersara sepenuhnya dari dunia bola sepak agar namanya terus diingati.