Perdebatan dua pemain bola sepak paling hebat yang wujud dalam era yang sama ketika ini tidak berpenghujung. Siapa paling hebat? Siapa GOAT? Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo?
Perdebatan hangat antara dua pemain hebat dunia tidak pernah menemui titik noktah dan peminat kedua-dua pemain sentiasa menyataka idola merekalah yang terbaik.
Pemain lagenda sehingga mereka yang bermain bola petang-petang sebagai riadah dari seluruh dunia juga mempunyai pilihan masing-masing apatah lagi kau.
Rekod yang dicipta dan kejayaan yang digapai oleh Messi dan Ronaldo bersama kelab tidak perlu dipertikaikan sejak 2009 kedua-dua pemain ini menguasai dan bersilih ganti menjadi pemain terbaik dunia.
Selepas senaraikan semua rekod-rekod kedua-dua pemain ini, kita akan nampak dua set penyokong saling berperang di komen pula antara penyokong Messi/Barcelona/Argentina menentang penyokong Ronaldo/Real Madrid/Portugal.
Mungkin dah boleh buang Real Madrid dan diganti Juventus. Mungkin lirik lagu ini mampu menerangkan betapa mereka mengidolakan Ronaldo atau Messi:
Gerak geri serupa
Tak ubah kekasihku dulu
Gaya lenggang pun sama
Membuat hatiku cemburu
Dikaulah yang kuangani
Dikaulah yang kuhajati
Serasi membawa bahagia (2X)
Dari segi gaya permainan mereka tidak sama. Pemain kelahiran Argentina ini bermain seperti ahli silap mata yang penuh gaya dan helah lantaran bakat semulajadi yang ada kurniaan ilahi. Bakat yang ada diasah setajamnya oleh Messi.
Bakat dikurnia jangan disalah guna. Jangan kufur nikmat yang diberi percuma guna kelebihan untuk hikmah bersama, jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama, da berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus.
Manakala Ronaldo merupakan pemain yang bijak bergantung kepada kekuatan dan kemampuan fizikal yang diperolehi dari kerja keras, disiplin, semangat yang kental dengan tidak mengenal erti putus asa apatah lagi hendak mengaku kalah.
Walaupun berbeza sikap dan gaya permainan tetapi hasilnya sama iaitu jaringan gol. Mentaliti untuk menang sangat tinggi ada pada kedua-dua pemain ini.
Jika dikumpulkan segala data dalam bola sepak, tahun 2008 dan jangkaan sehingga 2020 bakal menjadi milik Messi atau Ronaldo.
Dalam tempoh ini nama besar lain seperti Fernando Torres, Arjen Robben, Luis Suarez, Franck Ribery, Neymar, Sergio Aguero, Andres Iniesta antara nama besar yang gagal memecah duopoli dinamic duo ini.
Rooney Pilih Messi
Lumrah kehidupan di dunia yang fana ini, sebagaimana kita tahu, setiap yang hidup pasti akan mati dan akhirat jualah kekal abadi dan pertanian adalah satu ibadah serta GST akan menurunkan harga barang.
Cristiano Ronaldo dan Wayne Roonye pernah bergandingan bersama ketika di Manchester United menikmati kegemilangan dan kecemerlangan serta kebahagian bersama lalu mereka menjulang kejuaraan Eropah dan domestik.
Carlos Tevez pula melengkapkan trio Rooney-Ronaldo-Tevez dalam menguasai bola sepak dunia yang menyaksikan mereka bermaharaja lela di padang selepas perpecahan trio ini Manchester United tidak lagi seperti dulu dan terumbang-ambing hingga kini.
Ketika bercakap kepada American radio show, Wayne Rooney dan tanpa berselindung telah menjawab dengan jujur, pantas apatah lagi tanpa was-was mengenai siapa lagi power?
Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.
“Messi.” Terus terpacul jawapan itu dari mulut Rooney.
Terkejut juruhebah lalu menjerit ‘Wooooo’ dengan 6 harakat selepas mendengar jawapan pantas Rooney.
“Mereka berdua mungkin pemain terbaik yang pernah wujud dalam bola sepak dan aku hanya fikir dan di mata aku Messi adalah pemain terbaik buat selama-lamanya.”
https://twitter.com/BarcaMediaAcc/status/1018901654970748928
Gandingan Rooney dan Ronaldo telah bersama selama 5 musim di Old Trafford menyaksikan mereka telah memenangi 3 gelaran Premier League dan satu gelaran juara Champion League selepas dua kali ke perlawanan akhir.
Ketika menjadi rakan sepasukan Ronaldo dan Rooney telah ketawa bersama, menangis bersama mereka bersumpah harap mati pun bersama tetapi sejak dua menjak ini makin kerap mereka diganggu visi, bila celik juga bila mimpi.
Ketika di Manchester United Rooney telah mengorbankan tempatnya sebagai penyerang dan bermain lebih bertahan supaya Ronaldo tidak perlu melakukan tugas bertahan. Mungkin atas dasar inilah Rooney memilih Messi.
Pele pula menyifatkan bahawa Messi dan Ronaldo tidak boleh dibuat perbandingan kerana perbezaan geografi dan struktur muka bumidan pendapat Pele ini agak masuk akal dan boleh diterima pakai.
“Cristiano Ronaldo sangat cemerlang tetapi Adol seorang penjaring, seorang penyerang.. Messi tidak kurang bagusnya dalam menjaringkan gol tetapi Messi ni lebih kepada merencanakan sebuah pasukan.
“Bagi aku dua orang anak muda ni ok dan sangat menakjubkan tetapi korang tak boleh membuat perbandingan.”
Bagi penulis pula tetap berpendirian pemain paling hebat di muka bumi ini adalah Cristiano Ronaldo kerana Lionel Messi adalah makhluk asing, maka Messi patut digelar sebagai pemain paling hebat di alam semesta.
Rooney Dedahkan Pengorbanan Yang Dilakukan Untuk Ronaldo
Wayne Rooney telah membuat satu pendedahan di mana beliau telah melakukan satu pengorbanan yang besar bagi membolehkan Cristiano Ronaldo bermain dengan cemerlang, gemilang dan terbilang ketika mereka bergandingan bersama di Manchester United.
Rooney telah menceritakan secara panjang lebar mengenai bekas rakan sepasukannya itu yang kini beraksi bersama Real Madrid ketika menjadi pundit atau pendeta dalam rancangan Sky Sports Monday Night Football.
Sebagai lelaki budiman Rooney menceritakan tentang Ronaldo yang merupakan pemenang 5 kali Ballon d’Or dengan penuh rasa hormat dan penuh penghargaan. Rooney telah mengorbankan peranannya sebagai penyerang dan bermain lebih bertahan supaya Ronaldo tidak perlu melakukan tugas bertahan.
“Kalau Cristiano Ronaldo ada dalam pasukan, kau takkan merampas benda yang terbaik dari beliau iaitu menjaringkan gol. Biarkan Ronaldo segar dan sentiasa bersedia ketika pasukan memenangi bola untuk menjaringkan gol untuk kau.” Ujar Rooney.
“Jika kau mintak Ronaldo mengejar full back dan turun ke bawah untuk bertahan, itu akan mengganggu dan menjejaskan permainannya.”
Rooney akui pengorbanannya itu banyak menjejaskan permainannya namun demi Manchester United beliau tidak kisah seperti mana Aiman yang tak kisah.
“Itu banyak memberi kesan kepada permainan aku, tetapi pada masa tu Ronaldo merupakan pemain yang lebih berbahaya dan Ronaldo seorang pemain yang mampu mencipta keajaiban yang membolehkan kami memenangi perlawanan.”
“Seperti yang aku cakap sebelum ini, kami satu pasukan jadi kau tak perlu kisah untuk melakukan pengorbanan ini.”
Gandingan Rooney, Tevez dan Ronaldo merupakan antara gandingan terbaik ketika zaman Alex Ferguson. Rooney dan Tevez banyak melakukan kerja bertahan untuk membolehkan Ronaldo memberi yang terbaik.
“Kami mempunyai persefahaman yang baik kerana aku dan Tevez banyak melakukan tugas bertahan berbanding Ronaldo.”
“Tetapi dengan kehadiran Ronaldo, korang akan tahu bahawa beliau akan membantu kami memenangi perlawanan besar dan mencipta moment yang hebat. Dengan pemain lain korang tak merasa la nak menang tapi tidak dengan Ronaldo. Untuk mendapatkan yang terbaik kau kena beri sokongan kepada Ronaldo.”
“Aku sangat bangga melakukannya untuk Ronaldo bagi membolehkan beliau menjaringkan gol penting dan membantu kami memenangi trofi.” Ujar Rooney lagi dengan hidung kembang-kempis tanda bangga.
Begitulah kisah pengorbanan dan semangat berpasukan Shrek untuk Ronaldo demi kejayaan pasukan Manchester United.