Roy Keane Hentam Kekalahan Manchester United Dengan Penuh Ghairah

Bekas pemain tengah lagenda Manchester United, Encik Roy Keane tanpa berselindung telah menghentam kekalahan Manchester United kepada Arsenal dengan penuh ghairah lagi bernafsu serta brutal yang sangat kena dengan pesonaliti beliau.

Kekalahan kepada Arsenal ini merupakan kekalhan ketiga Manchester United musim ini di Old Trafford dan belum menang di laman sendiri untuk musim ini.

Roy Keane telah menghentam prestasi Manchester United dengan menyifatkan bekas pasukannya itu kurang kepimpinan yang boleh memacu kepada kejayaan.

Tanpa berselindung Roy Keane melahirkan kebimbangan akan kedudukan bekas rakas sepasukannya, Ole Gunnar Solksjaer berada dalam situasi yang mebahaya dan mungkin ditendang keluar.

Antara pemain yang menjadi mangsa kritikan keras Roy Keane adalah Marcus Rashford dan Paul Pogba. Walaupun hentaman ini agak brutal tapi patut diambil sebagai pedoman.

Ole Boleh Hilang Jawatan

Mengulas mengenai kekalahan ini, Roy Keane yang merupakan pemenang 7 gelaran Premier League bersama Manchester United ketika bergelar ketua pasukan telah mempersoalkan komitmen para pemain di padang.

Pemain tidak menunjukkan sebarang kualiti tidak bersemangat, tidak bertenaga ketika cuba mengejar selepas ketinggalan.

“Sebelum perlawanan kami telah berbicara untuk lebih agresif selaku tuan rumah dan ketika perlawanan itu tidak berlaku.”

“Benda paling utama adalah kekurangan tenaga, semangat dan sangat kurang kualiti dan ini sangat membimbangkan aku pada separuh masa kedua.”

“Mereka bermain separuh padang dan menguasai permainan untuk mengejar tapi tiada kualiti dan ketenangan.”

Menurut Keane, jika komitmen sebegini rupa terus dipamerkan oleh para pemain maka tidak hairan dan pelik jika Ole Gunnar Solksjaer akan kehilangan jawatan selaku pengurus.

“Sesetengah pemain sangat teruk dan Ole mesti garu kepala. Kami terus berkomunikasi selepas tewas kepada Spurs dan mereka perlu bangkit selepas kekalahan teruk itu. Nampak jauh lagi perjalanan untuk bangkit.

“Ole bakal hilang kdudukannya jika terus bekerja dengan pemain sebegini. Inilah yang akan terjadi.”

“Ole dalam bahagian pengurusan dan perlu percayakan para pemain kerana kariernya bergantung kepada permainan di padang. Kau nak percaya pemain yang ada sekarang? Tuhan tolang kami.”

Roy Keane sememangnya memberi sokongan penuh kepada Ole dan menyalahkan para pemain yang dirasakan beliau tidak berkualiti.

Rashford Perlu Bekerja Keras

Sebagai bekas ketua pasukan yang keras lagi tegas ternyata Roy Keane tidak suka dengan bahasa badan gerak-geri Marcus Rahsford ketika beraksi di padang tatkala gerakan tidak berjalan lancar.

“Aku perati rapat-rapat Rahsford hari ini yang banyak mendapat pujian sejak beberapa bulan ini dan beliau masih muda tapi bahasa tubuhnya mengejutkan, sangat mengejutkan.”

“Rashford merungut dengan mengangkat bahunya ketika perlawanan tidak berjalan dengan lancar. Di Manchester United kau perlu berkerja keras.”

“Ketika perkara tidak berjalan dengan lancar ketika itulah kau dapat melihat sfat kepimpinan kau dan karakter kau.”

Keane juga menjelaskan beliau tidak nampak pemimpinan sebenar untuk Manchester United ketika beraksi di padang.

“Aku tidak nampak seorang pun pemimpin kat pasukan Manchester United walaupun dari pemain berpengalaman.”

“Kau kena bekerja keras dan itulah karakter Manchester United seperti Nobby Stiles, jantung singa.”

Nyata Roy Keane tidak suka dengan sikap pemain Manchester United yang tidak berusaha sehabis dan mempamerkan bahasa tubuh yang seolah-olah mengeluh apabila permainan tidak menjadi.

Pogba Berbakat Tapi Tidak Layak Untuk Jadi Midfield

Paul Pogba yang menjadi punca kekalahan Manchester United apabila telah menjatuhkan Hector Bellerin di dalam kotak penalti ketika situasi yang tidak perlu untuk satu terjahan dilakukan.

Akibatnya, Pierre Emerick-Aubameyang berjaya menyermpurnakan sepakan penalti dan menjadi satu-satunya gol dalam perlawanan ini dan cukup untuk Arsenal meraih 3 mata.

Paul Pogba bermain agak teruk dalam perlawanan ini tidak padan dengan status yang dipegang beliau dan ini menaikkan kemarahan Roy Keane.

“Prestasi Pogba pada aku sejak tahun lalu tidak cukup bagus, tidak bertenaga tidak bersemangat, tida kreativ, tidak melindungi barisan pertahanan.”

“Untuk semua bakat yang ada pada Pogba, beliau patut berada dalam pasukan tapi beliau tidak memberi yang secukupnya. Kurang semangat untuk melawan.”

“Beliau ada bakat tapi tidak cukup untuk menjadi pemain tengah Manchester United. Kau perlukan lebih daripada itu.”

Paul Pogba satu dunia tahu pemain yang berbakat dan pemenang Piala Dunia namun Pogba tidak memberikan yang terbaik setanding dengan kualitinya.

BACA:  Scholes: Pogba Kena Main Bola Pakai Otak Sikit