Sadio Mane Ada Sejarah Pernah Lukakan Hati Ralf Rangnick

Pertembungan antara Liverpool bertemu Manchester United pada awal pagi nanti sudah tentu sangat menarik untuk disaksikan, terutama kerana sejarah yang dimiliki antara Sadio Mane dengan Ralf Rangnick.

Pengurus Interim Manchester United, itu sebelum ini pernah memuji begitu ramai bintang-bintang dan pengurus lain dalam saingan Premier League.

Namun begitu, beliau sebenarnya tidak berkenan dengan salah seorang bintang Liverpool, Sadio Mane kerana pernah menunjukkan sikap yang teruk ketika di bawah pengurusannya.

Ia mungkin berbeza dengan pandangan dari Jurgen Klopp, kerana pemain yang paling tidak digemari oleh Ralf Rangnick, sebenarnya merupakan anak emas pengurus Liverpool itu pada ketika ini.

Ketika Rangnick bertugas sebagai director of football bersama Red Bull Salzburg pada tahun 2014, beliau sudah mula kehilangan pemain utamanya yang berhijrah menyertai gergasi Eropah yang lain.

Namun begitu, ada juga antara pemain yang pemergian mereka tidak disenangi oleh kelab kerana mereka terlalu mendesak kelab agar segera melepaskan mereka.

Sadio Mane antara nama yang pernah disebut oleh Ralf Rangnick sebagai pemain yang tidak ada sikap yang baik dan beliau juga merupakan individu yang memaksa kelab untuk melepaskannya.

Pemain kebangsaan Senegal itu sempat bersinar dan mencipta nama bersama Southampton, sebelum beliau ditandatangani oleh Liverpool dan menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak.

Mane ketika kariernya bersama Salzburg, beliau benar-benar mahu meninggalkan Austria dan mahu melengkapkan perpindahan menyertai Borussia Dortmund.

Dortmund pada ketika itu dikendalikan oleh pengurus yang sedang menguruskan Mane pada ketika ini, Jurgen Klopp.

Dek kerana tawaran dari Borussia Dortmund itu terlalu lambat, maka Sadio Mane memutuskan untuk mendesak pihak kelab agar melepaskan beliau.

Beliau pada ketika itu mendapat tawaran dari Southampton, dan tanpa berfikir panjang, Mane segera mendesak kelab agar memastikan urusan perpindahan itu berlaku.

Tidak lama selepas Mane menggesa pihak kelab untuk melepaskannya, Rangnick bercakap tentang situasi tersebut di IFA Conference pada tahun 2014 yang lalu.

“Kami tak dapat untuk terus mengembangkan Sadio Mane. Dia tidak bermain, dia tidak datang pada sehari sebelum kami beraksi bertemu Malmo. Dia tidak datang sesi latihan, kerana dia terlalu terdesak untuk meninggalkan kelab.”

“Mane mungkin takut kalau-kalau tidak ada sesiapa yang menawarkan tawaran yang betul. Kerana itu kami terpaksa bermain tanpa dia, dengan dua ke tiga pemain lain dibelenggu masalah kecederaan, dan kami kalah aksi leg kedua 3-0.”

Melihat kepada di mana beliau berada sekarang, Mane sepertinya berbangga dengan keputusan yang beliau ambil untuk sertai Southampton berbanding menunggu tawaran dari gergasi Bundesliga itu.

Seandainya beliau pergi ke Borussia Dortmund, belum tentu Liverpool akan memandang beliau atau berminat untuk menandatangani beliau.

Dan kerana kecemerlangan beliau bersama Southampton lah Liverpool berminat untuk mendapatkan khidmatnya, dan segera berusaha untuk menandatangani beliau.

Bersama Liverpool, beliau berjaya membina gandingan cukup mantap bersama Mohamed Salah dan Roberto Firmino, dengan gandingan mereka dianggap antara yang terhebat dalam dunia bola sepak.

Beliau juga berjaya memenangi pelbagai kejuaraan bersama Liverpool seperti Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup, Premier League dan terbaru Carabao Cup.

Atas segala pencapaian itu, Mane pernah memenangi anugerah pemain terbaik benua Afrika, dan turut menjadikan beliau sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Rangnick Klaim Dirinya Watak Penting Kehebatan Liverpool: “Ramai Pemain Saya Kat Situ”

Ralf Rangnick mengadakan sidang media seperti biasa sebelum perlawanan panas antara Manchester United dengan Liverpool di Anfield.

Dan pengurus tersebut mahu mengambil kredit di atas kehebatan Liverpool pada hari ini di bawah Jurgen Klopp.

Menurut Rangnick, tanpa dia [Rangnick] Liverpool mungkin tak sehebat yang ada sekarang.

Namun pada masa yang sama Rangnick mengakui Liverpool pasukan yang hebat. Sambil menegaskan ianya bukan kebetulan tetapi ianya kerana sistem yang dibina oleh Klopp. Ini termasuk beberapa pemain yang Rangnick pernah tandatangani dahulu disambar Klopp.

Rangnick seolah olah mahu penyokong Liverpool sedar sikit bahawa, tanpa ayahanda gegenpressing bernama Rangnick tak mungkin mereka akan menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kemudian memenangi UCL dan terbaru Piala Liga, dalam era Jurgen Klopp.

Rangnick berkata, dia adalah orang yang menjumpai bakat bakat yang tidak terkenal seperti Sadio Mane, Ibrahima Konate, Takumi Minamino, Roberto Firmino, Naby Keita dan Joel Matip sebelum mereka menjadi pemain Jurgen Klopp.

Mane, Keita, Konate dan Minamino adalah pemain yang disambar Rangnick ketika dia bersama dengan RB Leipzig dan Rb Salzburg.

Sementara Joel Matip adalah pemainnya ketika di Schalke. Roberto Firmino turut menjadi pemain ditandatangani Rangnick ketika di Hoffenheim.

Merekalah yang menjadi tunjang kehebatan Liverpool di bawah Klopp. Tau tak?

Bercakap kepada wartawan menggunakan sesi google meet dengan telefon Samsung Corby miliknya, Rangnick berkata: “Mereka [Liverpool] bagus sekali ye, mereka sangat sangat bagus. Tapi kehebatan mereka tu bukan satu kebetulan. Ada sebab kenapa mereka jadi sebagus mereka yang ada pada hari ini.”

“Terdapat ada enam atau tujuh prang pemain yang mereka ada pernah menjadi pemain dilatih oleh saya ketika kami [Rangnick dan barisan kejurulatihannya] menandatangani mereka. Di mana, pada masa itu tiada sesiapapun mengenali mereka mereka ini.”

“Jadi sekali lagi nak kecek sini dehh, ni semuo bukey hok kebetuley. Ehh maap terkecek Klate sebab banyak tengok Muda Primula menapar oghe.”

“Sekali lagi saya ingatkan ini bukan kebetulan. Mereka mungkin menjadi kelab yang paling banyak menggunakan bekas pemain saya tandatangani dulu.”

Rangnick menganggap Klopp sebagai mirip dengan dirinya, suka membangunkan pemain tak ternama menjadi pemain berkelas dunia. Sambil dia menekankan bahawa trust the process di Anfield mengambil masa enam hingga tujuh tahun untuk mereka mulai menuai hasilnya.

Rangnick menambah lagi: “Jurgen membina pasukannya dalam 6 atau 7 tahun.”

Manchester United kini menjadi calon utama untuk menewaskan Liverpool dengan kehebatan Cristiano Ronaldo dan juga Harry Maguire.

Manchester United baru sahaja memuaskan diri mereka meratah Pukki dan kawan kawannya yang bermain untuk Norwich.

Dan kini mahu menjadikan Salah dan rakan rakannya sebagai mangsa seterusnya. Sukar untuk menyekat kemaraan Manchester United pada kali ini. Lebih lebih lagi Rangnick sangat kenal dengan ramai pemain utama Liverpool yang pernah menjadi pemain pemain asuhannya satu ketika dahulu.

Ini adalah peluang terbaik Manchester United membalas dendam kekalahan bermaruah 0-5 di Old Trafford sebelum ini.

Liverpool nampak bergelut dalam dua perlawanan terakhir ini. Mereka diikat seri 3-3 oleh Benfica dalam aksi UCL. Dan diselamatkan kebodohan Sterling pada aksi menentang Manchester City dalam separuh akhir Piala FA. Lagipun City seolah olah lebih fokus kepada EPL, sampaikan keeper mereka pun buat benda yang tidak tidak di belakang gol.

BACA:  Bukti Nyata Salah Dan Mane Mempunyai Hubungan Baik Tidak Seperti Yang Digambarkan Oleh Internet