Sanchez Pilih Manchester United Untuk Menang Semua Piala Yang Ada

Penyerang Manchester United, Alexis Sanchez berkata keputusannya untuk meninggalkan Arsenal adalah kerana beliau percaya peluang untuk memenangi semua kejuaraan lebih tinggi jika berada di Old Trafford.

Pemain antarabangsa Chile ini berkata demikian ketika diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai sebab beliau meninggalkan Arsenal untuk menyertai Manchester United. Sanchez percaya United mempunyai ramuan yang lengkap untuk memenangi lebih banyak kejuaraan.

Henry sebagai abang long Arsenal cuba mendapatkan penjelasan dari Sanchez sendiri mengapa beliau memilih untuk meninggalkan Arsenal

Sanchez memulakan musim ini dengan penuh tanda tanya selepas enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Beliau hampir menyertai Manchester City musim panas lalu pada saat terakhir tirai perpindahan, tetapi Arsenal tidak sempat mencari pengganti ketika itu dan Arsene Wenger terpaksa menghalang perpindahan tersebut.

Beliau akhirnya dibenarkan berpindah bulan lalu selepas Arsenal menyerah kalah dalam usaha mereka memujuk Sanchez supaya terus kekal. City sekali lagi cuba mendapatkan Sanchez, tetapi terpaksa menyerah kalah kerana permintaan gaji yang tinggi diminta oleh pemain terbabit.

United tidak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi kehendak Sanchez dan perjanjian berjaya dimuktamadkan, dengan Arsenal menerima Henrikh Mkhitaryan sebagai pemain pertukaran.

1 gol dari 3 perlawanan setakat ini

Saga perpindahan Sanchez akhirnya tamat dengan kedua-dua kelab dilihat berpuas hati dengan perjanjian ini. Dalam satu temubual eksklusif bersama Skysports, Sanchez telah diberi peluang untuk menerangkan punca sebenar beliau berpindah keluar dari Arsenal.

“Sejak saya kecil lagi, saya berasa Manchester United adalah kelab terbesar di England. Saya berkata begini bukanlah kerana saya adalah pemain Manchester United, tetapi kerana saya seorang yang jujur dan tidak pernah menipu. Ini adalah pendapat saya.”

“Terdapat banyak kelab besar di luar sana. Saya pernah bermain bersama Arsenal dan Arsenal tergolong dalam kategori tersebut. Arsenal adalah kelab yang sangat besar kerana saya pernah berada di sana.”

“Tetapi selepas tiba di Manchester United, saya berasa United mempunyai ramuan yang cukup lengkap untuk memenangi semua piala kerana mereka adalah kelab yang cukup besar. Lambang kelab ini menceritakan segalanya.”

Aku risau Arsenal dibawah Wenger akan mandul UCL selamanya

“Saya datang ke sini untuk memenangi piala. Saya meninggalkan Arsenal kerana saya mahu berkembang untuk menjadi pemain yang lebih baik, dan mencari pengalaman baru di kelab lain.”

“Manchester United adalah kelab yang sangat besar di peringkat global. Saya datang ke sini untuk memenangi semua trofi yang ada, jika tidak saya tidak akan menyertai kelab ini.”

Sanchez akhirnya menjaringkan gol pertamanya buat Red Devils minggu lalu ketika perlawanan menentang Huddersfield dan hampir pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama bagi kunjungan ke Newcastle Ahad ini.

BACA:  3 Pemain Yang Man Utd Sedang Kejar Pada Ketika Ini Termasuk Frenkie de Jong