Sang Garuda Berjaya Ikat Si Naga Emas

Perlawanan antara Indonesia dan Vietnam telah berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Bishan,Singpaura yang membuatkan saingan Kumpulan B dalam kedudukan seimbang menjelang perlawanan terakhir kumpulan.

Lantaran perbezaan jaringan gol yang dikumpul lebih banyak maka Indonesia sekarang menjadi pendahulu dan Vietnam tiada masalah untuk ke separuh akhir kerana hanya menentang Kemboja di perlawanan terakhir.

Tugas berat menanti Malaysia jika dilihat kepada prestasi yang ditunjukkan Indonesia yang berjaya mengekang Vietnam dengan permainan bertahan mereka.

Indonesia hanya perlukan seri dan Malaysia tiada pilihan lain untuk layak kecuali mengutip tiga mata penuh walaupun Vietnam tewas kepada Kemboja.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan dikuasai Vietnam dari segi penguasaan bola tetapi mereka bergelut untuk memecahkan benteng pertahanan Timnas Indonesia yang bekerja keras lagi ber disiplin.

Nguyen Tuan Anh mencuba dengan merembat darijarak jauh pada minit ke-20 sebelum Nguyen Quang Hai pula datang dengan satu rembatan yang tepat ke arah penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata.

Nadeo Argawinata dapat beraksi selepas penjaga gol pertama Indonesia, Ernando Ari cedera semasa memanaskan badan โ€“ kira-kira setengah jam sebelum perlawanan.

Sepakan voli separuh daripada Nguyen Cong Phuong berpunca dari sepakan sudut kemudiannya jauh dari sasaran iaitu pada minit ke-33 yang merupakan percubaan terakhir Vietnam di separuh masa pertaman.

Malangnya bagi Vietnam, Cong Phuong tidak dapat meneruskan permainan separuh masa kedua yang menyaksikan percubaan Quang Hai yang terpesong jauh dari gawang pada minit ke-56 sebelum Phan Van Duc melakukan perkara yang sama.

Percubaan Vietnam terus ke laut dan permainan penuh berdisiplin Indonesia nyata memberi kesukaran.

Pemain gantian Nguyen Tien Linh melakukan percubaan pada minit ke-71 yang tidak membuahkan hasil dan kemudian giliran Indonesia kehilangan pemain utama akibat kecederaan apabila Witan Sulaeman dipaksa keluar ketika berbaki 12 minit.

Permainan Indonesia menyebabkan Vietnam hanya mampu melakukan percubaan jarak jauh sahaja dan percubaan dari Nguyen Phong Hong Duy adalah yang terbaik dalam perlawanan ini tetapi tetap tiada gol terhasil.

Keputusan yang terhasil dari perlawanan ini merupakan satu kejutan daripada Indonesia kerana mampu mengekang Vietnam sepanjang permainan.

Pemain pertahanan muda Indonesia, Alfeandra Dewangga yang baru sahaja berumur 20 tahun telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan membawa pulang sebuah telefon pintar Oppo A95.

Alfeandra Dewangga yang beraksi bersama PSIS Semarang itu telah memberikan segalanya kepada Timnas Indonesia dengan berjuang berhabisan dengan hadangan dan pintasan serta menjadi batu penghalang kepada Vietnam.

Selepas perlawanan kedua-dua jurulatih pasukan yang berasal dari Korea Selatan itu memberikan pendapat masing-masing mengenai perlawanan ini.

Keputusan itu meletakkan Vietnam di tempat kedua dalam kedudukan Kumpulan B, situasi yang menurut jurulatih Park Hang-seo di luar kawalannya.

โ€œKami tidak perlu bimbang tentang Indonesia atau apa yang mereka mungkin lakukan apabila mereka menentang Malaysia, kami hanya perlu fokus kepada pasukan kami dan kami akan melakukan semua yang kami mampu untuk memenangi perlawanan terakhir kami.

โ€œMalam ini, kami melakukannya dengan baik dan jika kami boleh menjaringkan gol ia adalah bagus tetapi tidak menjaringkan gol tidak memberi kesan yang begitu besar.โ€

Keputusan seri itu adalah perlawanan yang sangat sengit dengan mata sebagai ganjaran untuk fokus dan disiplin Indonesia, menurut jurulatih Shin Tae-yong.

โ€œSebelum perlawanan, saya memberitahu pemain bahawa kami tidak boleh kalah dan syarat minimum adalah untuk mendapatkan satu mata.โ€

โ€œVietnam adalah pasukan yang bagus dan kami mungkin tidak sehebat mereka, dari segi prestasi, tetapi saya memberitahu pasukan itu pentingnya mempunyai mentaliti yang kuat supaya saya berpuas hati dengan keputusan seri.โ€

BACA:ย  Stanley Bernard Senaraikan Kesebelasan Terbaik Malaysia Untuk Bertemu Indonesia