Santi Cazorla Melakukan Panenka Yang Sangat Jahat

Bekas pemain Arsenal dan Villareal, Santi Cazorla yang kini beraksi di Liga Qatar, QNB Stars League bersama Al Sadd telah menjaringkan gol penalti melalui satu sepakan panenka yang sangat jahat.

Kejahatan sepakan panenka dari Santi Cazorla ini dilakukan ketika Al Sadd menewaskan Al Gharafa dengan dua jaringan tanpa balas yang berlangsung di stadium Al Sadd.

Gol pertama Al Sadd telah dijaringkan oleh pemain tengah yang berasal dari Korea Selatan, Nam Tae-Hee pada minit ke-16 perlawanan selepas Cazorla melakukan assist.

Penalti telah dihadiahkan kepada Al Sadd selepas bola terkena tangan pemain Al Gharafa dan Santi Cazorla tampil mengambil tanggungjawab membuat sepakan penalti.

Mungkin bosan dengan sepakan biasa, Santi Cazorla memilih untuk melakukan sepakan panenka yang sangat berisiko tinggi untuk gagal.

Penjaga gol Al Gharafa, Yousef telah melakukan satu penerbangan ke arah kana dan mudah untuk Cazorla menyempurnakan sepakan yang amat jahat.

Kini Santi Cazorla telah terlibat dengan 26 gol yang telah dihasilkan dalam 22 perlawanan untuk Al Sadd dalam dua kejohanan yang berbeza.

Beberapa bulan lalu, Cazorla telah membantu Al Sadd menjulang gelaran juara Qatar Cup selepas menewaskan Al Duhail di perlawanan akhir.

Di Qatar Stars League selepas 21 perlawanan, Cazorla telah menjaringkan 13 gol dan menjadi pemain paling banyak mencipta 11 assist.

Al Sadd sudah sah bergelar juara Qatar Stars League pada perlawanan ke-18 dan kini hanya satu lagi perlawanan berbaki.

Santi Cazorla telah menyertai Al Sadd pada jendela perpindahan musim panas yang lalu dari Villareal dan menyertai kelab bimbingan bekas legenda Barcelona Xavi Hernandes.

Cazorla yang kini berusia 36 tahun nyata tidak mahu menggantung but lagi buat masa sekarang dan beraksi sepuasnya kerana sepanjang kariernya banyak dibelenggu kecederaan.

Pemain Sepanyol ini masih lagi boleh beraksi diperingkat tertinggi namun dengan usia veterannya sukar untuk mendapatkan tempat dan berpindah ke liga Qatar tiada masalah untuk beliau menjadi pemain utama.

Santi Cazorla menyertai Arsenal pada tahun 2012 dan pemain tengah itu tidak bermain sebarang perlawanan kompetitif sejak Oktober 2016 kerana terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan selepas mengalami kecederaan achilles tendon.

Cazorla mengalami kecederaan tersebut ketika bermain bersama Arsenal menentang Ludogorets dan dalam perlawanan itu The Gunners berjaya membelasah Ludogorets 6-0.

Santi Cazorla telah kembali beraksi selepas berehat panjang selama enam ratus tiga puluh enam (636) hari ketika beraksi bersama Villareal dalam perlawanan pra-musim pada Julai 2018.

Pembedahan ini meyaksikan pemain berusia 33 tahun ini kehilangan 8cm (Saiz kau) otot pada buku lali kaki kanannya.

Doktor memberitahu Cazorla bahawa beliau sangat bertuah kerana mampu untuk terus berjalan di taman bersama anaknya.

Namun atas kecekalan Cazorla beliau kini mampu untuk terus karier sebagai pemain bola sepak dan sempat menikmati bola sepak peringkat tertinggi bersama Villareal.

Cazorla juga menceritakan kembali jasa besar Arsene Wenger kepadanya apabila memperbaharui kontraknya bagi musim 2016/2017 bagi membantu proses pemulihan.

Wenger masih menawarkan kontrak kepada Cazorla walaupun mengetahui pemain tersebut mungkin tidak akan bermain dalam musim tersebut.

“Arsene Wenger sentiasa menyokong saya. Beliau memperbaharui kontrak saya sebelum saya menjalani pembedahan pertama. Ia merupakan tindakan yang terpuji dari Arsene.”

“Arsene menelefon saya dan berkata, ‘Santi, saya akan berikan kamu kontrak baru selam setahun. Kamu hanya perlu tandatangan sahaja.”

“Sekarang, kamu boleh menjalani pembedahan dengan hati yang tenang’. Saya menjalani proses rehabilisasi tanpa sebarang perasaan takut kerana Arsene Wenger. Saya akan sentiasa bersyukur dengan jasa baik Arsene.”

Sungguh prihatin dan profesional Atuk Wenger menjaga kebajikan Cazorla yang mengalami kecederaan yang hampir mustahil untuk beliau kembali beraksi.

BACA:  Sepakan Penalti 'Terburuk Dalam Sejarah Bola Sepak' Yang Diambil Oleh Pemain Swansea