Sarawak & Kuantan FA Diarah Segera Selesaikan Masalah Gaji Tertunggak

Sarawak FA telah diarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk segera melangsaikan pampasan gaji pemain yang tertunggak berjumlah RM 118,000.

Jumlah tersebut merangkumi pampasan yang harus dibayar Sarawak kerana menamatkan kontrak lebih awal dari sepatutnya. Pampasan tersebut melibatkan 2 pemain Sarawak musim lepas iaitu pemain sayap, Thanaraj Kumarasamy dan penjaga gol, Iqbal Suhimi.

Bayor hutang jika tidak mahu perkara ini dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin FAM

Selain Sarawak, 4 kelab lain juga diarahkan untuk segera melangsaikan hutang mereka kepada pemain secepat mungkin sebelum liga bermula tidak lama lagi. 4 kelab tersebut adalah Kuantan FA, Felcra FC, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh FAM untuk menangani isu gaji telah bermesyuarat pada 21 Disember 2017 dan telah mengarahkan kelab yang terbabit untuk segera menyelesaikan masalah gaji & pampasan secepat yang mungkin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut, Sarawak harus membayar RM 60,000 kepada Thanaraj dan RM 58,000 kepada Iqbal dalam masa 30 hari. Jika Sarawak gagal membuat demikian, perkara ini akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM.

Demi lencana di dada, 11 bulan gaji tak bayar pon takpe

Felcra FC dan Perlis FA turut diarahkan untuk membuat perkara yang sama. Felcra harus membayar RM 65,000 kepada Azi Shahril Azmi dalam masa 30 hari dan Perlis pula harus membayar RM 6,000 kepada Elfie Elyaz Harizam dalam masa 14 hari.

Kuantan FA diarahkan untuk segera melangsaikan gaji tertunggak berjumlah RM145,250 melibatkan 6 pemain mereka dalam masa 30 hari kenyataan ini dikelurkan. Sebelum ini sekitar September lalu, kewangan Kuantan FA dilaporkan berada dalam keadaan yang tenat kerana gagal membayar gaji pemain selama 11 bulan.

ATM pula mesti membayar RM 81,000 gaji dan elaun yang tertunggak kepada bekas pemain mereka iaitu  Razi Effendi Suhit.

Walaubagaimanapun, bukan semua kelab harus membayar pampasan kepada pemain. Rayuan untuk membayar gaji yang tertunggak oleh 4 bekas pemain Diamond Your System FC telah ditolak jawatankuasa tersebut.

BACA:  Piala AFF 2022: Kesebelasan Utama Malaysia vs Singapura