Sebelum perlawanan akhir Piala Dunia 2022, Angel Di Maria telah menghantar teks pesanan kepada isterinya, Jorgelina Cardoso menyatakan bahawa dia akan menjaringkan gol dan membawa pulang trofi keagungan itu kembali ke Argentina.
Keyakinan itu hadir kerana Angel Di Maria merasakan perjalanan Argentina ini sudah tertulis seperti mana kejayaan pertama mereka merangkul Piala Dunia pada 1978 dan kali kedua pada 1986.
Pesanan yang telah diterima oleh Jorgelina Cardoso dari suami tercinta itu nyata membuatkannya kelu, terkedu lalu terkentut lantaran tidak tahu untuk membalas kembali luahan.
Jorgelina Cardoso hanya mampu membalas dengan emoji saja sepanjang perbualan itu selepas menyatakan tidak tahu untuk berkata apa.
Di Maria to his wife before the final: “I will be the champion love. It’s written. I’ll score a goal. Because it’s written like Maracana and Wembley. Go and enjoy tomorrow because we are going to be champions. Because 26 of us who’re here and the family of each one deserve it” pic.twitter.com/7Giqc3QS6g
— All About Argentina 🛎🇦🇷 (@AlbicelesteTalk) December 20, 2022
Vibe kejuaraan ini dapat dirasai Angel Di Maria kerana sama seperti ketika Argentina muncul juara Copa America 2022 di Stadium Maracan, Rio De Janero, Brazil serta final Finalissima (Juara Copa America vs EURO) menewaskan Itali di Wembley.
Seluruh perbualan berlaku antara Angel di Maria dan isterinya Jorgelina Cardoso :
Angel Di Maria: “Abang akan keluar sebagai juara dunia Ayang wahai cinta hatiku. Ia tertulis. Dan Abang akan menjaringkan gol. Kerana ia ditulis sama seperti di Maracana dan Wembley.”
Jorgelina Cardoso: “Mesej itu membuatkan badan ayang longgar…. Ayang tidak tahu apa yang perlu diberitahu kepada Abang.”
Angel Di Maria: “Ayang tidak perlu berkata apa-apa. Pergi dan nikmati esok kerana kita akan menjadi juara dunia. Kerana kami semua 26 orang yang berada di sini dan keluarga kami berhak mendapatnya.”
Jorgelina Cardoso: “😭”
Angel Di Maria: “Ayang tahu apa itu cinta yang indah. Esok kita juara dunia. Ia tertulis. Abang tahu Abang merasakannya. Ia cinta kita.”
Angel Di Maria: “Siapa yang akan menjemputmu, Ayang wahai cinta hatiku, apabila ia berakhir? Adakah Ayang tahu? Di Rosario?”
Ángel Di María to his wife before the World Cup Final:
“I’m going to leave as a world champion. It’s written. I’m going to score the goal because it’s written like in the Maracanã and Wembley. Go and enjoy tomorrow because we are going to leave as champions.” pic.twitter.com/mr4qy1Sg4k
— Zach Lowy (@ZachLowy) December 20, 2022
Vibe, getaran, perasaan dan atmosfera yang dirasai oleh Angel Di Maria itu bahawa dia akan menjadi juara Piala Dunia bersama Argentina dan menjaringkan gol ternyata tepat.
Gol pertama Argentina hadir melalui sepakan penalti Lionel Messi yang berpunca dari Angel Di Maria selepas di jatuhkan oleh Ousmane Dembele yang mempamerkan aksi paling teruk dalam sejarah Piala Dunia.
Kemudian Angel Di Maria berjaya menggandakan kedudukan selepas mempamerkan satu sentuhan penyudah yang sangat tenang ketika langsung tidak dikawal.
Kemudian drama perlawanan akhir Piala Dunia 2022 bermula apabila Kylian Mbappe menjaringkan hatrik memadamkan semua gol pendahuluan Argentina.
Perlawanan diheret ke penetuan sepakan penalti dan Argentina meraih kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka menamatkan kemarau kejuaraan selama 36 tahun
2005—Di María and Messi win the U20 World Cup
2008—Win Olympic gold (Messi assists Di María winner)
2014—Lose in the World Cup final to Germany
2021—Win the Copa América on a Di María goal
2022—Both score in the World Cup finalTogether 🤗 pic.twitter.com/g77NHwBQPI
— B/R Football (@brfootball) December 18, 2022
Gandingan Lionel Messi dan Angel Di Maria di perlawanan akhir pentas besar bukanlah sesuatu perkara yang baharu kerana mereka pernah meraih kejayaan bersama di setiap peringkat umur.
Walaupun aksi Angel Di Maria agak terbatas di sepanjang kejohanan Piala Dunia 2022 kerana masalah kecergasan, Di Maria tampil hebat di perlawanan akhir untuk meraih gelaran teringgi bersama Lionel Messi.
2005 — Angel Di María dan Messi memenangi Piala Dunia Bawah 20 tahun.
2008 — Memenangi Pingat emas Sukan Olimpik, Being China. Lionel Messi mencipta assist untuk gol kemenangan Angel Di Maria.
2014 — Angel Di Maria dan Lionel Nessi alah dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 kepada Jerman yang berlangsung di Brazil
2021 — Menangi Copa America dengan Angel Di Maria menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Brazil.
2022 — Kedua-duanya menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Piala Dunia