Legenda Inter Milan dan skuad kebangsaan Brazil, Adriano pada ketika berada dalam keadaan yang sangat mendukacitakan dan peminat sangat bimbang melihat situasinya.
Tular video di TikTok yang memperlihatkan beliau dalam keadaan mabuk dan agak menyedihkan untuk kita semua membayangkan siapa beliau sebelum ini.
Legenda berusia 40 tahun itu pernah menjaringkan 27 gol dari 48 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil, dengan beliau dalam video tersebut dilihat menaikki sebuah motorsikal bersama rakannya dalam keadaan mabuk.
Inter Milan and Brazil legend Adriano has been spotted looking worse for wear in new footage posted on TikTok.
The 40-year-old, who…https://t.co/qgmb6j22Z9 pic.twitter.com/dqQ2jhrYXG
— Epicentre Sports (@EpicentreSports) March 19, 2022
Dengan tidak berbaju dan memegang botol minuman keras yang beliau beli di bar jalanan di Rio de Janeiro, Adriano nampak sungguh berbeza.
Aksinya itu telah dirakam oleh seseorang yang kemudiannya memuat naik video tersebut di laman media sosial miliknya.
Klip video tersebut tular di pelbagai platform media sosial, dan para peminat jelas sekali tidak sampai hati melihat keadaan legenda bola sepak itu pada ketika ini.
“Ini merupakan gambar awam Adriano Leite yang terbaru, the Emperor. Berpesta mabuk di Favela. Sungguh memalukan.”
Esta es la última imagen pública que se ha visto de Adriano Leite, el Emperador. Bebiendo de fieta en una favela. Vaya pena más grande. pic.twitter.com/3eaDhdnLAG
— Manu Heredia (@ManuHeredia21) March 17, 2022
Sementara itu, @footygazzetta kemudiannya menambah dengan menyatakan:
“Masih ingat penyerang Brazil, Adriano? Ini lah dia mabuk di atas motor di Favela di Rio de Janeiro. Antara kisah paling gila dalam sejarah dunia bola sepak.”
Akhbar Sepanyol, MARCA menyatakan yang Adriano ketika ini sedang menjalani hidup yang sangat malap selepas penurunan karier dan kehidupannya.
Di antara tahun 2004 hingga 2006, Adriano jelas sekali merupakan pemain terhebat dalam dunia bola sepak, dan turut diangkat sebagai pengganti Ronaldo Nazario.
Rembatan padu kaki kiri beliau, sentuhan pertamanya yang menakjubkan dan kemampuan menggeleceknya yang dasyat menjadikan beliau sebagai antara pemain penyerang yang sangat istimewa.
Beliau juga pernah berada di kedudukan keenam dalam carta senarai pemenang anugerah Ballon D’or pada tahun 2004 yang lalu.
Adriano admits he turned up drunk for training every day at Inter Milan as Brazil striker battled depression https://t.co/yiyS33Sh2f pic.twitter.com/tZYVy583IN
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 30, 2018
Namun masalah beliau di luar padang dan gaya hidupnya yang tidak sihat telah membawanya ke lembah kehancuran dalam kariernya.
Selepas kematian ayahnya, Adriano mula melibatkan diri dengan dadah dan alkohol dan beliau juga kerap berhibur hingga membunuh terus kariernya sendiri.
“Hanya saya tahu bagaimana teruknya saya menderita.”
Jelas Adriano kepada R7 di Brazil.
“Kematian ayah saya meninggalkan kesan yang sangat dalam. Saya rasa keseorangan dan saya mengasingkan diri saya ketika dia meninggal. Saya sangat sedih dan depressed di Itali, dan dari situlah saya mula meminum alkohol.”
“Saya tak boleh berhenti minum dan pada akhirnya saya terpaksa meninggalkan Inter Milan.”
“Saya tak tahu bagaimana mahu sembunyikannya, saya datang ke sesi latihan pagi dalam keadaan mabuk. Saya selalu datang, bahkan walau saya dalam keadaan yang terlalu mabuk hingga petugas kesihatan terpaksa tidurkan saya di bilik rawatan.”
“Inter beritahu media yang saya ada masalah otot. Saya kemudian sedar yang masalah sebenar adalah orang disekeliling saya, kawan yang tak buat apa-apa melainkan membawa saya berhibur bersama wanita dan alkohol dengan saya ketika itu langsung tidak memikirkan apa-apa.”
Former Brazil striker Adriano 'turned up drunk for training every day' at height of problemshttps://t.co/nBGrEhW3m4 pic.twitter.com/IgN9UaMRd7
— Daily Star Sport (@DailyStar_Sport) March 15, 2021
“Dengan pulang semula ke Brazil, saya hilang berjuta-juta, tapi saya dapat rasa kegembiraan.”
Ada rumours sejak kebelakangan ini yang mengatakan bahawa Adriano kini sudah mula terlibat dengan satu kumpulan haram di Rio dan beliau pernah ditangkap kerana menjual dadah.
Beliau walau bagaimanapun telah dibebaskan dan kini sedang menikmati kehidupan sebagai seorang samseng di Rio de Janeiro.
Tahun lalu, terdapat laporan yang menyatakan bahawa bekas bintang Flamengo dan Roma itu telah menjual rumah mewahnya yang bernilai £1.2 juta itu dan memindahkan keluarganya ke presidential suite di Grand Hyatt di Barra do Tijuca.
Beliau meninggalkan begitu banyak barangan peribadinya di rumah mewahnya itu, namun beliau tak lupa untuk membawa keluar semua Piala dan pingat yang pernah beliau menangi.
The Emperor #Adriano 💔😔#inter#Brazil https://t.co/DNiBP1GMnq
— Italiano🇮🇹V (@kiiid999) March 19, 2022
Jelas sekali sememangnya sangat menyedihkan untuk melihat beliau dalam keadaan seperti itu sekarang, kerana beliau asalnya merupakan individu yang ada masa depan yang sangat cerah.
Sumber: SPORTbible