Senarai 10 Dribblers Terbaik Sejak Musim 2006/07

Senarai 10 dribblers terbaik dunia sejak dari tahun 2006 sehingga kini telah didedahkan oleh Squawka.

Menggelecek adalah salah satu elemen serangan terpenting dalam permainan bola sepak.

Penggelecek yang unggul pasti akan membuatkan serangan menjadi lebih tajam dengan keupayaan mereka menewaskan lawan secara teknikal.

Tidak boleh dinafikan bahawa Lionel Messi adalah seorang penggelecek terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Apabila pemain Argentina itu memulakan serangan, bola seperti melekat kuat dikakinya, dengan gerak tari yang mengagumkan beliau dilihat mudah menewaskan pertahanan lawan.

Pemain Barcelona itu antara satu dari sebilangan kecil handalan dunia yang berjaya menewaskan pertahanan dengan gelecekan yang mudah dan tidak perlu skill atau tari menari yang berlebihan.

Jadi dengan kemampuan dan apa yang telah dipamerkan oleh Messi, tidak mengejutkan apabila beliau dinamakan sebagai dribblers terbaik dunia sejak musim 2006/07.

Berikut adalah 10 dribblers terbaik dunia sejak musim 2006/07 yang telah didedahkan oleh Squawka.

Senarai 10 dribblers terbaik dunia

10. Neymar – 734 take-ons

Neymar antara pemain paling terkenal dengan skill dan gerak tari yang hebat untuk menggelecek pemain lawan.

Neymar memiliki gaya permainan samba dalam aksi persembahan yang sering beliau tunjukkan dan beliau sehingga kini masih kekal sebagai pemain paling mahal dalam sejarah perpindahan pemain.

9. Roberto Firmino – 739 take-ons

False 9 terkenal di dunia, Roberto Firmino berada di kedudukan ke sembilan dalam senarai ini.

Pemain kebangsaan Brazil ini menjadi nadi utama dalam sistem serangan di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Firmino memiliki linking up play yang luar biasa dan beliau juga antara pemain yant memiliki skill kaki yang sangat baik.

8. Andres Iniesta – 739 take-ons

Legenda Sepanyol dan Barcelona ini sangat terkenal dengan teknik gelecekan lambretta beliau.

Iniesta merupakan individu terpenting sebalik kejayaan cemerlang Sepanyol dan Barcelona ketika zaman kegemilangan mereka.

Iniesta merupakan playmaker terbaik dalam sejarah bola sepak dunia, beliau adalah pemain yang sukar untuk dikawal dan di duga gerakkannya di atas padang.

7. Hatem Ben Arfa – 770 take-ons

Hatem Ben Arfa telah menikmati musim yang sangat cemerlang ketika beraksi bersama Lyon, Marseille dan Newcastle United.

Namun selepas bersama Hull City, kariernya menjadi suram dan tidak mendapat perhatian lagi.

Ben Arfa menaikkan semula reputasinya ketika bersama Nice dan kerana kecemerlangan yang dipamerkan beliau telah berjaya menarik minat PSG.

6. Joaquin – 798 take-ons

Joaquin merupakan seorang lagi legenda La Liga yang turut berada di dalam senarai ini.

Joaquin memiliki gaya permainan yang sangat tenang ketika beraksi di atas padang.

Aksi menggelecek Joaquin sememangnya padu. Beliau dilihat mudah dan santai saja menewaskan pemain lawan.

5. Cristiano Ronaldo – 815 take-ons

Ronaldo cukup terkenal dengan gaya permainan yang penuh skil licik dan mempunyai kepantasan serta kelasakan di atas padang.

Ronaldo ketika masih bersama Real Madrid, beliau pernah mendedahkan bahawa dirinya sudah tidak mahu menumpukan aspek gelecekan lagi.

Beliau mahu lebih fokus kepada penyudah serta positioning.

4. Sergio Aguero – 832 take-ons

Kedudukan Aguero di tempat keempat dalam senarai sememangnya agak mengejutkan.

Modern poacher memang dikenali dengan keupayaan menggelecek mereka, namun angka 832 take-ons sangat luar biasa.

Malahan Aguero mencatatkan rekod yang lebih baik daripada rekod yang dicatatkan oleh Cristiano Ronaldo.

Aguero mulai meningkat naik ketika di Atletico, dan kemudian menyertai revolusi pak Arab di Man City. Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman di Manchester City.

3. Franck Ribery – 939 take-ons

Frank Ribery memiliki gaya permainan yang mirip seperti Eden Hazard. Beliau sering menggunakan gerakkan menggelecek yang licik untuk menewaskan pemain lawan.

Ribery telah menikmati kerjaya yang sungguh luar biasa sepanjang kariernya bergelar pemain bola sepak.

2. Eden Hazard – 1,220 take-ons

Hazard telah mempamerkan aksi cukup hebat ketika bersama Chelsea. Kerana itulah beliau berada di kedudukan kedua di dalam senarai ini.

Hazard membangun sebagai seorang pemain yang mempunyai skil dan teknik dengan bola yang sangat mantap.

Hazard mempunyai satu kekurangan jika nak dibandingkan dengan Messi dan Ronaldo,ianya adalah ketajaman di hadapan gol.

Hazard menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan sekitar £130 juta. Chelsea benar-benar memperoleh keuntungan dengan berjaya menjual Hazard dengan harga tinggi ketika kontrak pemain itu sudah hampir tamat.

Namun musim 2019/20 Hazard masih bergelut dengan prestasi dan juga kecergasan.

1. Lionel Messi – 1,880 take-ons

Seperti yang dimaklumkan, Messi sememangnya seorang dribblers terbaik dunia. Tidak mengejutkan sama sekali nama beliau diletakkan ditempat pertama dalam senarai ini.

Gelecekan merupakan salah satu kekuatan yang dimiliki oleh bintang sensasi Barcelona dan Argentina ini.

Selain memenangi pelbagai anugerah utama didalam kariernya, Messi juga memiliki rekod jaringan dan bantuan jaringan yang luar biasa.

BACA:  Lima Kekalahan Paling Memalukan Man Utd Dalam Sejarah Saingan Premier League