Senarai 100 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Zaman Oleh FourFourTwo

Satu senarai 100 pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman telah pun dikeluarkan oleh majalah yang berpangkalan di United Kingdom, FourFourTwo yang bersempena formasi bola sepak yang popular iaitu 4-4-2.

Pihak FourFourTwo telah mendedahkan bahawa berminggu-minggu masa diambil untuk mengeluarkan senarai pemain hebat di antara yang terhebat ini yang sangat memeningkan kepala.

“Setelah berminggu-minggu cuba mengecilkan senarai setiap pemain bola sepak lelaki ke dalam senarai 100, kami di FourFourTwo kini menyedari betapa karutnya itu. Pemilihan menjadi teka-teki yang hampir mustahil apabila anda menyedari betapa ramai pemain bola sepak cemerlang yang ada, merentasi benua dan merentasi dekad.”

Pelbagai aspek diambil kira yang sudah pastinya adalah pencapaian, pengaruh dan reputasi pemain itu sendiri serta bagaimana bakat mereka dikembangkan.

“Terus terang, kami boleh melakukan satu lagi senarai 100 pemain hebat untuk tidak membuat pemotongan. Tetapi pada akhirnya, kami terpaksa memilih pemain yang kami rasa paling berpengaruh dalam era tertentu mereka, yang paling diingati, pemain yang mengagumkan kami dengan bakat dan pencapaian mereka. Pendek kata, 100 pemain bola sepak terhebat yang pernah ada.”

Sudah pasti senarai ini akan menimbulkan perdebatan kerana Lionel Messi diletakkan di senarai teratas diikuti Diego Maradona dan barulah Cristiano Ronaldo dan Pele menyusul.

Pertelingkahan siapa paling hebat Maradona atau Pele tidak kunjung selesai, kini perdebatan lebih hebat membabitkan Ronaldo dan Messi pula ditambah pula di zaman media sosial.

FourFourTwo sendiri telah menegaskan bahawa ini adalah senarai mereka berdasarkan justifikasi yang mereka tetapkan, maka jika ada keraguan maka hubungilah mereka.

Maka inilah senarai 5 teratas pilihan FourFourTwo yang turut disertakan sebab musabab kenapa pemain itu berada dikedudukan tersebut.

1. Lionel Messi

Lionel Messi tidak disangkal lagi merupakan pemain bola sepak yang dikurniakan bakat semulajadi oleh Ilahi dan dikembangkan dengan baik oleh Messi melalui usahanya.

Lantaran kehebatannya Lionel Messi telah diundi sebagai tiga pemain terbaik untuk tempoh 10 tahun dan berada dikelompok dua terbaik sebanyak 9 kali.

Lionel Messi juga telah merangkul 7 kali anugerah Ballon D’Or (2009, 2011, 2012, 2013, 2016, 2019, 2021) yang merupakan pengiktirafan kepada pemain bola sepak terbaik tahunan.

Dari sudut pandang FourFourTwo, Messi merupakan seorang penggelecek semulajadi yang berevolusi menjadi seorang pemain perancang yang mata dan mampu menjadi mesin gol.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kehebatan Lionel Messi seperti kata Pep Guardiola:

“Jangan tulis tentang dia, jangan cuba gambarkan dia. Tengok saja dia.”

Detik Pilihan FFT: Beberapa hari selepas kritikan terhadap permainan di udaranya, Messi menghasilkan satu tandukan melemaskan ke atas Edwin van der Sar yang mengesahkan kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Manchester United pada Final Liga Juara-Juara 2009. Ia adalah salah satu detik kegemaran peribadinya, dia pernah memberitahu FFT.

2. Diego Maradona

Pele telah menjaringkan lebih gol, manakala Cristiano Ronaldo juga tidak kurangnya jumlah gol disamping trofi yang bersepah-sepah namun itu tidak menghalang mendiang Diego Maradona berada ditangga kedua.

Mempunyai ketinggian seperti Messi begitu juga dengan kelincahannya hanya sedikit gempal menjadikan Maradona sebagai pemain yang teramat seronok untuk disaksikan aksinya.

Legenda pasukan Napoli di mana kelab Naples itu tidak pernah mendekati untuk meraih Scudetto dan ketibaan Maradona telah merubahnya. Aksi Maradona memanaskan badan sudah cukup menghiburkan apatah lagi aksinya di padang.

Kehebatan Maradona secara individu telah membawa Napoli menjuarai Serie A pada tahun 1987 dan 1990 dan detik paling terkenal adalah gol yang digelar Hands of God.

Kehidupan Maradona sentiasa naik turun dengan masalah dadah namun akhirnya berjaya keluar dari gelaja negatif itu untuk menjadi pengurus.

Detik Pilihan FFT: Menjaringkan gol terbaik Abad lalu dalam perjalanan ke kegemilangan Piala Dunia pada tahun 1986. Manusia biasa tidak sepatutnya dapat melakukannya.

3. Cristiano Ronaldo

Kedudukan ditangga ketiga Cristiano Ronaldo pasti menimbulkan perdebatan dan pertikaian hangat dari peminat pemain yang telah menjaringkan 700 gol diperingkat kelab.

Namun harus diingati senarai ini merupakan pilihan FFT yang tidak mewakili seluruh media dari serata muka bumi.

Ronaldo juga pemain yang berbakat namun kejayaan diperolehinya adalah hasil daripada kerja keras yang penuh berdisiplin, profesional dan berdedikasi.

Di zaman kemuncaknya Ronaldo mempunyai penyudah yang tidak boleh bawa bincang, gerakan yang tajam dengan kelajuan yang meletup-letup tanpa NOS dan mampu melompat setinggi pemain NBA.

Serba serbi lengkap dari Ronaldo bagi seorang penyerang yang telah menjaringkan 450 gol selama 9 musim bersama Real Madrid dan menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman diperingkat antarabangsa.

Ronaldo boleh menjadi antara contoh terbaik di mana usaha adalah tangga kejayaan. Nak cerita lebih-lebih pasal kejayaan Ronaldo semua dah tahu.

Detik Pilihan FFT: Pada tahun 2008, tandukan Ronaldo yang menjulang tinggi membantu Manchester United merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara, membawanya kepada impian seumur hidup untuk dipilih sebagai pemain terbaik di dunia. Dia telah mencapai kemuncak pada usia 23 tahun – namun itu hanya satu permulaan.

4. Pele

Pele merupakan legenda bola sepak dan telah diangkat sebagai pemain terbaik sepanjang zaman sehinggalah terjadi perdebatan dengan kemunculan Diego Maradona yang memukau.

Kemudian selepas berakhirnya era Maradona sebagai pemain lahir pula Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang pada suatu ketika menduopoli carta pemain terbaik dunia bagi tempoh hampir sedekad.

Pada tahun 1958, di usia 17 tahun, Pele menjadi pemain termuda yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala Dunia. Dia menjaringkan enam gol dalam kejohanan yang berlangsung di Sweden.

Jaringan itu termasuk hatrik separuh akhir dan dua lagi di final. Ia adalah trofi yang pertama daripada tiga trofi Piala Dunia yang dibawanya pulang sebagai jawapan kepada air mata yang dilihatnya mengalir di wajah ayahnya.

Di zaman teknologi serba canggih dan video menjadi tatapan teramat kurang sedutan permainan dari Pele yang boleh dijadikan tatapan generasi yang mendatang.

Lantaran itulah nama Pele agak terkebelakang berbanding tiga senarai di atas namun kejayaan yang diraihnya tidak dapat dipadam dari sejarah.

Detik Pilihan FFT: Pada 19 November 1969, Pele menjaringkan gol ke-1,000 daripada sepakan penalti dalam perlawanan menentang Vasco da Gama di stadium Maracana.

5. Zinedine Zidane

Zinedine Zidane bakat bola sepak paling kreatif yang mendominasi bahagian tengah sebagai pemain perancang yang genius dengan tahap keazaman kompetitif yang tinggi: gabungan teknik, keanggunan, daya saing dan keupayaan luar biasa untuk memilih detik-detiknya dengan kepercayaan penuh kepada diri.

Bagi seorang pemain yang fungsi asasnya adalah untuk memudahkan permainan dan mencipta ruang serta peluang langsung tidak memiliki DNA penjaring prolifik, Zidane adalah pemain yang kental.

Namun disebalik fungsinya sebagai perancang Zidane telah menjaringkan gol dalam dua perlawanan akhir Piala Dunia yang berasingan dan pemenang yang menakjubkan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara untuk Real Madrid pada tahun 2002 .

Detik Pilihan FFT: Gol penentu dalam perlawanan akhir Piala Dunia dan Liga Juara-Juara bukanlah satu-satunya detik terbaik Zidane, detik terbaiknya adalah pada suku akhir Piala Dunia 2006.

Menentang Brazil, walau bagaimanapun, Zidane mempamerkan salah satu persembahan hebat sepanjang zaman, mengelecek dan bermain bola dari bahagian tengah tengah – bahagian yang sama dengan kematangan yang tidak masuk akal memastikan dirinya sebagai pemain terbaik kejohanan dan membawa negaranya ke final.

6. Lionel Armando Nussi

Mungkin ramai yang tidak kenal jika menyebut nama Lionel Armando Nussi yang lebih dikenali sebagai Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah dan juga Menteri Besar Kedah.

Lionel Nussi lebih layak untuk dinobatkan sebagai Ahli Sukan terbaik sepanjng zaman lantaran kehebatannya dalam pelbagai sukan. Bola sepak adalah makanannya jangan dilupa kepada ragbi dan juga badminton.

Dengan susuk tubuh yang comel seperti Maradona dan Messi amat setara dengan usianya, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor tidak dapat dinafikan lagi merupakan seorang yang aktif bersukan dengan stamina yang agak menakjubkan.

Lionel Nussi merupakan pemain pilihan The Sukan yang dianggap sebagai Unsung Hero dan bukannya pilihan FourFourTwo.

Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor pernah tular melalui video rakaman yang memaparkan dia melakukan satu sepakan voli padu dari jarak jauh yang hampir menghasilkan gol dan sejak itulah mula mendapat jolokan Lionel Nussi.

Beraksi persis seperti Xabi Alonso yang mana beliau berada di luar kotak memerhati pemain di bahagian serangan dan menunggu peluang tiba.

Tidak perlu mencari bola, bola sendiri datang menyerah diri dengan YB Sanusi ketika berada di tengah padang, dengan tiba-tiba disajikan dengan bola melantun cantik di hadapannya.

Melihat bola melantun-lantun, YB Sanusi terus melepaskan voli yang cukup padu ke arah gawang gol pasukan veteran PDRM.

Bola rembatan padu beliau itu berjaya menewaskan pemain pertahanan, dan turut berjaya melepasi jangkauan penjaga gol lawan.

Malang sekali bola itu sekadar terkena tiang sahaja namun ia sudah cukup untuk membuktikan yang YB Sanusi sebenarnya berbakat besar dalam dunia bola sepak.

Inilah detik pilihan terbaik yang pernah disajikan Lionel Nussi keada dunia bola sepak.

Senarai 100 Pemain Bola Sepak Terbaik Sepanjang Zaman Pilihan Four Four Two

Berikut merupakan senarai lengkap 100 pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman pilihan FFT, pemain yang ada dalam senarai ini adalah mereka yang telah mendominasi dunia bola sepak di era mereka untuk satu tempoh kurang lebih sedekad.

Jadi kalau kau cari Haaland atau Mbappe memang takde la.

1. Lionel Messi

2. Diego Maradona

3. Cristiano Ronaldo

4. Pele

5. Zinedine Zidane

6. Johan Cruyff

7. George Best

8. Franz Beckenbauer

9. Ferenc Puskas

10. Ronaldo

11. Gerd Muller

12. Alfredo Di Stefano

13. Michel Platini

14. Zico

15. Garrincha

16. Bobby Charlton

17. Paolo Maldini

18. Romario

19. Giuseppe Meazza

20. Andres Iniesta

21. Franco Baresi

22. Marco van Basten

23. Eusebio

24. Xavi

25. Carlos Alberto

26. Ronaldinho

27. Ruud Gullit

28. Manuel Neuer

29. Socrates

30. Raymond Kopa

31. Lev Yashin

32. Lothar Matthaus

33. Stanley Matthews

34. Valentino Mazzola

35. Matthias Sindelar

36. Luis Suarez (born 1935)

37. Francisco Gento

38. Bobby Moore

39. Michael Laudrup

40. Roberto Baggio

41. Kenny Dalglish

42. Paolo Rossi

43. Nandor Hidegkuti

44. Gunter Netzer

45. Gianluigi Buffon

46. Didi

47. Rivellino

48. Kevin Keegan

49. Thierry Henry

50. Nilton Santos

51. Jose Manuel Moreno

52. Oleg Blokhin

53. Jairzinho

54. Gaetano Scirea

55. Dino Zoff

56. Juan Alberto Schiaffino

57. Fritz Walter

58. Daniel Passarella

59. Gordon Banks

60. Gianni Rivera

61. Karl-Heinz Rummenigge

62. John Charles

63. Dixie Dean

64. Gunnar Nordahl

65. Johan Neeskens

66. Denis Law

67. Sandro Mazzola

68. Dennis Bergkamp

69. Jimmy Johnstone

70. Ronald Koeman

71. Omar Sivori

72. Teofilo Cubillas

73. Dani Alves

74. Eric Cantona

75. Jose Andrade

76. Cafu

77. Frank Rijkaard

78. Florian Albert

79. Luka Modric

80. Just Fontaine

81. Josef Masopust

82. Jimmy Greaves

83. Hugo Sanchez

84. Wayne Rooney

85. Philipp Lahm

86. Alan Shearer

87. Allan Simonsen

88. Sergio Busquets

89. Hristo Stoichkov

90. Roberto Carlos

91. Giacinto Facchetti

92. Peter Schmeichel

93. Sandor Kocsis

94. Luis Figo

95. Djalma Santos

96. Javier Zanetti

97. George Weah

98. Kaka

99. Mario Kempes

100. Gheorghe Hagi

BACA:  Messi Pernah Luah Kesedihan Rakan Sepasukan Jadi Talam Bermuka Dua Di Bilik Persalinan Barcelona