Senarai 15 Pemain Dengan Jumlah Yuran Perpindahan Terkumpul Paling Tinggi

Neymar telah menjadi pemain bola sepak paling mahal di dunia hingga kini selepas berpindah daripada Barcelona ke PSG yang telah mencetus inflasi dalam pasaran perpindahan pemain sehingga mewujudkan pemain dengan harga yang tidak masuk akal.

Media Sepanyol AS telah mengeluarkan senarai jumlah yuran perpindahan terkumpul 15 pemain paling tinggi dalam sejarah bola sepak dunia dan sudah pasti Neymar berada ditangga teratas walaupun mencatatkan dua kali perpindahan sahaja.

5. Zlatan Ibrahimovic – €169 juta

Zlatan Ibrahimovic lahir pada 3 Oktober 1981 merupakan seorang pemain bola sepak profesional bermain di posisi penyerang dan dari Sweden. Zlatan merupakan pemain tetap pasukan kebangsaan Sweden dari tahun 2001 hingga 2016.

Bersama Sweden Zlatan memakai lilitan ketua pasukan di lengan sejak 2010 dan sehinggalah bersara dari bola sepak antarabangsa pada tahun 2016. Sepanjang kariernya di kelab Zlatan telah bermain di enam liga yang berbeza.

Kerjaya awal Zlatan bermula di Malmo pada penghujung tahun 90-an sebelum berhijrah ke Ajax. Kemudian Zlatan menyertai Juventus dan berjaya membentuk gandingan mantap bersama David Trezeguet sebelum ke Inter Milan.

Pada 2009 Zlatan telah diikat oleh Barcelona dari Inter Milan sebelum kembali ke Italy bersama AC Milan sebagai pemain pinjaman dan terus diikat secara tetap. Selepas bosan di Italy, Zlatan mencari cinta di Kota Paris bersama PSG.

Selepas 4 musim bermaharaja lela di Ligue 1 Zlatan beralih arah ke Premie League bersama Manchester United. Di PSG Zlatan muncul sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 156 gol dalam 180 perlawanan.

Kemudian Zlatan ke Premier League untuk bersama Setan Merah dan mempamerkan aksi yang berbisa namun kecederaan lutut memutuskan jodoh mereka.

Kini Zlatan Ibrahimovic bersama AC Milan dan sejak kehadiran beliau AC Milan telah mempamerkan aksi yang luar biasa dan jarang tewas.

Zlatan yang terkenal dengan mulut tanpa insuran telah menyatakan AC Milan akan menjadi juara jika beliau menyertai pada awal musim.

Perpindahannya untuk bermain di 6 liga berbeza telah membuatkan Zlatan mengumpul €169 juta yuran perpindahan.

Kelab : MalmΓΆ, Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, PSG, Manchester United, LA Galaxy, AC Milan.

3. Angel Di Maria – €179 juta

Angel Di Maria mengumpul yuran perpindahan yang sama dengan Alvaro Morata untuk berkongsi tangga ketiga secara keseluruhan dengan jumlah terkumpul €179 juta.

Bermula dari kelab Rosario Central Di Maria disambar oleh Benfica dan menunjukkan persembahan yang sangat menakjubkan lalu menarik minat gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Selepas cemerlang bersama Real Madrid, Maria telah menyertai rejim Louis Van Gaal dalam memperkasakan pasukan Setan Merah namun Maria bergelut dengan prestasi.

https://twitter.com/GOATMESSI6/status/1150988262913323008

Di Maria berpindah ke PSG dari Manchester United pada tahun 2015 dengan yuran perpindahan dianggarkan berjumlah Β£44juta selepas mengharungi musim yang mengecewakan di Liga Perdana Inggeris.

Potensi yang ada pada Maria masih mendapat kepercayaan PSG untuk mengikat beliau dan ternyata Maria masih berbisa dan kembali ke prestasi asalnya.

Kelab : Rosario Central, Benfica, Real Madrid, Manchester United, PSG.

3. Alvaro Morata – €179 juta

Pemain dilahirkan daripada akademi Atletico Madrid telah disambar seteru setempat Real Madrid pada usia yang muda dan menampakkan potensi yang besar namun sukar menempatkan diri dikalangan pemain bintang Los Blancos.

Untuk membolehkan beliau bermain Morata berhijrah ke Juventus dan menjadi super sub yang power lalu menarik minat Real Madrid untuk mendapatkan beliau kembali melalui klausa beli balik(buy back clause).

Morata terus cemerlang bersama Real Madrid tetapi hanya sebagai super-sub dan menukar arah ke Premier League bersama Chelsea namun bergelut dengan prestasi.

Morata mengalami kekecewaan terbesar sepanjang kariernya apabila diketepikan dari berada dalam skuad Sepanyol yang bermain di Piala Dunia 2018. Beliau diketepikan berikutan prestasi hambar yang dipamerkannya musim lepas dimana beliau hanya mampu 11 gol dari 31 penampilan.

Selepas merudum bersama Chelsea, Morata menyertai Atletico Madrid untuk meneruskan kelansungan kariernya. Dengan penghijrahan demi penghijrahan ini Morata telah mengumpul €179 juta wang perpindahan.

Kelab : Real Madrid, Juventus, Real Madrid, Chelsea, AtlΓ©tico Madrid.

2. Cristiano Ronaldo – €230 juta

Sepanjang karienya Cristiano Ronaldo telah bermain untuk 4 kelab dan jumlah yuran perpindahan terkumpul Ronaldo berjumlah €230 juta selepas meninggalkan Sporting Lisbon untuk ke Manchester United kemudian cemerlang bersama Real Madrid dan kini masih setia bersama Si Perempuan Tua, Juventus.

Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Serie A untuk bersama gergasi Italy, Juventus menyaksikan pemain paling sensasi di dunia bola sepak itu meraih pendapatan yang sangat lumayan jika dibandingkan dengan usianya yang mencecah 33 tahun.

Bekas pemain Real Madrid itu dilaporkan akan menikmati gaji sebanyak €30 juta semusim selepas mengikat kontrak selama 4 tahun menjadikan beliau sebagai yang menerima gaji paling besar dalam sejarah Serie A.

Gajinya, Ronaldo akan mendapatkan Sekitar :

– Rp. 16 ribu per-detik
– Rp. 960 ribu per-menit
– Rp. 58 juta per- jam
– Rp. 1,4 miliar per-hari
– Rp. 10 miliar per-pekan
– Rp. 41 miliar per-bulan
– Rp. 500 miliar per-tahun

Kelab : Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid, Juventus.

1. Neymar – €310 juta

Pada awalnya perpindahan Neymar Jr. ke Paris Saint Germain (PSG) dianggap satu khabar angin yang tidak masuk akal lantaran harganya yang melampau seperti mana harga hantaran segelintir manusia, tetapi kini cerita Neymar ke PSG menjadi kenyataan.

Yuran perpindahan Nemar menjadi rekod dunia yang bernilai Β£199 juta (RM1.12 bilion) sekaligus memecahkan rekod Pogba sebanyak Β£89 juta ketika berpindah ke Manchester United dari pasukan gergasi Italy, Juventus.

Sejak kehadiran Neymar ke PSG pada ogos menyaksikan jualan jersi PSG telah meningkat sehingga 75 peratus berbanding jualan jersi PSG tempoh yang sama musim lalu dan peningkatan jualan ini berlaku hanya dalam tempoh sebulan sahaja.

Selepas sebulan sejak ketibaan Neymar, penjualan jersi Neymar mencecah 120 000 helai dengan nilai jualan berjumlah RM45 juta.

Kontrak 5 tahun Neymar bersama PSG dilaporkan bernilai Β£27 juta setahun jika dipecahkan mengikut bulan, minggu, hari, jam, dan minit serta saat :

Setahun – Β£27 juta bersamaan RM151.88 juta
Sebulan – Β£2.25 juta bersamaan RM12.6 juta
Seminggu – Β£525,000 bersamaan RM3 juta
Sehari – Β£75,000 bersamaan RM 422,000
Sejam – Β£3,125 bersamaan RM17,578
Seminit – Β£52 bersamaan RM292.51
Sesaat – Β£0.9 bersamaan RM5.06

Kelab : Santos, Barcelona, PSG.

Tempat ke-6 hingga ke-15

Sebab aku malas nak tulis maka tempat ke-6 aku buat senarai ringkas jela. Kau bukan baca pun.

6. Philippe Coutinho – €161 juta (Inter Milan, Liverpool, Barcelona.)

7. Gonzalo Higuain – €159 juta ( River Plate, Real Madrid, Napoli, Juventus.)

8. James Rodriguez – €140 juta (Envigado, Banfield, Porto, Monaco, Real Madrid.)

9. Ousmane Dembele – €140 juta (Rennes, Borussia Dortmund, Barcelona.)

10. Romelu Lukaku – €138 juta (Anderlecht, Chelsea, Everton, Manchester United.)

11. Eden Hazard – €135 juta ( Lille, Chelsea, Real Madrid.)

11. Kylian Mbappe – €135 juta (Monaco, PSG.)

13. Nicolas Anelka – €127 juta (PSG, Arsenal, Real Madrid, PSG, Manchester City, FenerbahΓ§a, Bolton, Chelsea, Shanghai Shenhua, West Brom, Mumbai City.)

13. Joao Felix – €127 juta (Vilnius, Lodz, PΓ£o de Açúcar, Bragantino, Corinthians, Tottenham, Guangzhou Evergrande, Barcelona, Guangzhou Evergrande.)

15. Paulinho – €126 juta (Benfica, AtlΓ©tico Madrid.)

BACA:Β  Ibu Neymar Bergaduh Dengan Kekasihnya Hingga Dikejarkan Ke Hospital