Senarai 25 Pemain Terbaik Dalam Tempoh 25 Tahun Terakhir

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi menduduki dua kedudukan teratas dalam senarai pemain bola sepak terhebat di dunia dalam tempoh 25 tahun terakhir ini.

Selain dari mereka terdapat ramai lagi pemain handalan yang menduduki kedudukan 25 pemain terbaik dunia dalam tempoh 25 tahun terakhir ini.

Baru-baru ini FourFourTwo telah menamakan 25 pemain terbaik pilihan mereka dalam tempoh 25 tahun terakhir ini.

Pemenang enam kali Ballon d’or, Lionel Messi berada di kedudukan pertama Sebagai pemain terbaik dunia sepanjang 25 tahun ini.

Menurut FourFourTwo, Messi seorang pemain paling konsisten dan boleh digandingkan dengan siapa saja. Mereka juga menganggap sukar untuk temui pengganti kepada pemain seperti Messi.

Seteru utama Lionel Messi, Cristiano Ronaldo pula berada dikedudukan kedua dalam senarai. Beliau merupakan pemain yang luar biasa hebat.

Ronaldo terkenal dengan kelebihan fizikal yang beliau miliki, lompatan yang tinggi, kelajuan, stamina, kebolehan menggelecek dan beliau sekarang sudah berusia 35 tahun.

Sangat luar biasa untuk seseorang pemain seusia beliau masih mampu untuk mempamerkan aksi yang masih segar dan hebat sepertinya.

Bekas pengurus pasukan Ronaldo ketika bersama Real Madrid, Zinedine Zidane berada di kedudukan ketiga dalam senarai tersebut.

Zinedine Zidane merupakan legenda terhebat bola sepak Perancis, beliau antara pemain playmaker terbaik ketika era beliau.

Dua pemain England, Paul Scholes dan Wayne Rooney muncul dalam senarai 25 teratas ini manakala Steven Gerrard dan Frank Lampard tidak masuk dalam senarai 25 terbaik tersebut.

Scholes berada dikedudukan ke-22 manakala rakan sepasukannya Wayne Rooney berada dikedudukan 15 terbaik.

Wayne Rooney merupakan pemain paling berbakat yang pernah ada dalam sejarah bola sepak Inggeris. Beliau pemain England yang berada dikedudukan tertinggi dalam senarai ini.

Kedua-dua Rooney dan Scholes berada dikedudukan yang lebih baik berbanding Gianluigi Buffon yang berada di kedudukan ke 25 dan Romario berada ditempat ke 23.

Namun, setidaknya, rakan seperjuangan Romario dari Brazil, seperti Ronaldinho dan Ronaldo berada di kedudukan lima teratas, sementara legenda Arsenal, Thierry Henry berada di tangga keenam.

“Henry sangat sensasi ketika beraksi di London utara, beliau penyerang yang pantas, mahir dan sangat berkarisma.”

Jelas FourFourTwo tentang Henry.

Berikut merupakan senarai 25 pemain terbaik dalam tempoh 25 tahun terakhir ini yang dikeluarkan oleh FourFourTwo.

Senarai 25 Pemain Terbaik :

25. Gianluigi Buffon

24. Sergio Ramos

23. Romario

22. Paul Scholes

21. Raul

20. Sergio Busquets

19. Luka Modric

18. Eric Cantona

17. Gabriel Batistuta

16. Luis Figo

15. Wayne Rooney

14. Kaka

13. Ryan Giggs

12. Fabio Cannavaro

11. Rivaldo

10. Roberto Baggio

9. Paolo Maldini

8. Andres Iniesta

7. Xavi

6. Thierry Henry

5. Ronaldinho

4. Ronaldo

3. Zinedine Zidane

2. Cristiano Ronaldo

1. Lionel Messi

Senarai diatas merupakan senarai pilihan dari FourFourTwo. Mungkin ada pemain lain yang patut berada dalam senarai tetapi tidak disenaraikan oleh mereka dan ada yang tidak patut berada dalam senarai tetapi disenaraikan oleh mereka.

FourFourTwo turut mendakwa bahawa mereka ada alasan sendiri yang kukuh untuk menguatkan bukti bahawa pemain mereka pilih memang layak untuk berada dalam senarai ini.

Andrea Pirlo, Philip Lahm, Frank Ribery dan beberapa pemain hebat yang beraksi di Bundesliga tidak tersenarai dalam pilihan dari mereka.

Namun seperti yang dikatakan pada awal tadi, FourFourTwo mempunyai alasan sendiri untuk memilih pemain ini.

Korang setuju ke dengan senarai ni?

BACA:  Senarai 10 Pemain Terbaik Sepanjang Zaman EPL Pilihan The Mirror