Satu kajian yang sungguh menakjubkan telah didedahkan, tentang siapa penjaga gol terbaik saingan Premier League dari kalangan pasukan ‘Big Six’ musim ini.
Pakar pengkaji data penjaga gol, @Jhdharrison1 telah mengeluarkan data lengkap tentang persembahan para penjaga gol dari pasukan ‘Big Six’.
Enam penjaga gol yang dinilai adalah Alisson Becker (Liverpool), Ederson (Manchester City), Edouard Mendy (Chelsea), Hugo LIoris (Tottenham Hotspur), Aaron Ramsdale (Arsenal) dan David De Gea (Manchester United).
First Goal Keeper to win the Premier League POTM award in 6 years and our player of the year.
My keeper pic.twitter.com/dq9BrMVC50
— Trey (@UTDTrey) June 3, 2022
John menilai dari segi aksi penyelamatan umum, situasi satu lawan satu, berdepan percubaan, berdepan hantaran silang, memintas hantaran terus, hantaran umum dan berdepan tekanan.
Beliau mengkaji berapa sebenarnya jumlah gol yang berjaya diselamatkan oleh penjaga gol dari pasukan ‘Big Six’ berbanding penjaga gol pasukan lain.
My 1st @goalkeeper_com piece:
How many goals were the big 6 GKs worth vs the avg #PL GK?#Alisson was worth ~19 goals! What more does a GK have to do to get #POTY!#DeGea was the best shot stopper but his weak shot prevention & distribution meant he was only worth ~3 goals! pic.twitter.com/RTt7EvagJT
— John Harrison (@Jhdharrison1) June 7, 2022
6. David De Gea – 3 goal saved.
“Walaupun kemampuan shot stopping beliau sememangnya terbaik, purata menyelamatkan 9.86 gol di atas apa yang memang dijangkakan akan mampu dilakukan oleh penjaga gol average.”
“Untuk perbandingan, penjaga gol seterusnya yang mencatatkan purata terbaik adalah +4.59. Cara dia berdepan hantaran silang, berdepan hantaran terus dan distribution jelas sekali yang paling teruk.”
Premier League goalkeepers 1v1 performance:
Alisson Becker is the best in the league during 1v1s, saving 7 goals more than an average PL keeper would be expected. [@Jhdharrison1] 🔥 pic.twitter.com/rUbc43O9dO
— Watch LFC (@Watch_LFC) February 26, 2022
“Ia bermaksud sumbangan beliau secara keseluruhannya untuk Manchester United hanyalah +2.96 sahaja.”
5. Ederson – 4 goals saved.
“Profile Ederson boleh dikatakan sangat bertentangan dengan David De Gea. Distribution Ederson jelas sekali antara yang terbaik dan turut menyumbang dua dua gol untuk Manchester City sepanjang musim ini.”
“Sebagai tambahan, sweeping dia top class dan berjaya menyelamatkan 2.5 gol untuk Manchester City dan hal itu membantu Man City untuk bermain high defensive line dengan lebih selesa.”
“Alasan mengapa beliau tidak berada di kedudukan lebih tinggi adalah kerana shot stopping beliau. Tak sama seperti semua penjaga gol ‘Big Six’, Ederson mempersembahkan standard yang lebih rendah ketika melibatkan shot stopping.”
4. Edouard Mendy – 6 goals saved.
“Alasan mengapa Mendy tidak berada di atas dalam senarai ini adalah kerana kekurangan kemampuan beliau dari segi shot stopping musim ini.”
“Mendy dengan selesa berada di kedudukan kedua untuk kebanyakan musim, namun ada beberapa minggu beliau melepaskan gol mudah terutama di hujung-hujung musim.”
How do people not find this worrying. 1 keeper has a value of 19 goals to his team, the other 3. 1 keeper has prevented 6 goals, the other -6. Think about how crazy that is.
As John concludes, we’d concede far less chances if we had an average PL goalkeeper. It’s embarrassing. pic.twitter.com/4kmYKtuXge
— Pau Torres Enjoyer 🇾🇪 (@TenSlag) June 8, 2022
“Dek kerana itu kedudukan beliau semakin merosot padang hujung musim, namun purata +5.74 merupakan satu rekod yang baik juga untuk dicatatkan.”
3. Aaron Ramsdale – 7 goals saved
“Sama seperti Mendy, Ramsdale juga turut mencatatkan statistik yang baik dari kesemua tiga aspek utama itu. Seperti Mendy juga, Ramsdale memulakan kempen musim ini dengan sangat baik, namun persembahan beliau sedikit merosot pada hujung-hujung musim.”
“Kekuatan utama Ramsdale pada awal musim adalah kesedaran beliau ketika berdepan situasi 1 lawan 1, shot stopping dan cara beliau berdepan hantaran silang.”
“Menjelang Christmas, beliau boleh dikatakan antara yang terbaik dalam saingan liga, namun selepas suku kedua musim ini, persembahan beliau tak sehebat seperti apa beliau persembahkan pada awal musim.”
2. Hugo Lloris – 7 goals saved.
“LIoris merupakan antara pemain Tottenham Hotspur yang paling underrated dan undervalued sepanjang musim ini.”
“Profile LIoris juga sangat berbeza berbanding penjaga gol lain di kedudukan teratas dengan kemampuan kaki beliau tidak begitu membanggakan dan aksi 1 lawan 1 beliau sekadar average.”
Every goal keeper that plays regularly eventually makes an error that leads to a goal.
It's what they do on a consistent basis that matters and you have someone, with no skin in the game, that watched him 46 times telling you he's "destined for the top" https://t.co/V4KBvWtLn5— Andrew (@BrenHoop) June 7, 2022
1. Alisson – 19 goal saved
“Mengikut statistik, Alisson merupakan penjaga gol terhebat dalam saingan Premier League musim ini. Dan beliau turut mendominasi dari segala aspek utama yang ada.”
“Beliau merupakan penjaga gol terbaik dari segala segi mengikut aspek individu.”
Sumber: SPORTbible