Merokok bukanlah satu perbuatan yang sihat kepada semua termasuklah pemain dan pengurus bola sepak yang sepatutnya menunjukkan gaya hidup sihat agar menjadi tauladan buat semua terutamanya peminat mereka.
Namun pemain dan pengurus bola sepak adalah insan biasa seperti kau, aku dan dia.
Seperti yang semua tahu merokok merbahayakan kesihatan tetapi terdapat beberapa orang pemain bolasepak yang merupakan penghisap rokok tegar dan diketahui umum.
Walaupun merokok bukanlah satu perkara yang baik tetapi kalau dah hisap susah nak berenti kerana ketagihan. Tak Percaya? Jangan gatal nak cuba.
Rokok merupakan objek yang berbentuk silinder yang diisi dengan tembakau yang telah dicampur lebih 4000 bahan kimia. Rokok dihisap mampu memberi kesan tertentu kepada penggunanya. Ukuran dan diameter rokok bergantung kepada jenis dan juga negara di mana rokok dihasilkan.
Kebiasaannya rokok berukuran panjang sekitar 10cm hingga 12cm dengan diameter sekitar 0.7cm sehingga 1cm. Mengikut amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, merokok merbahayakan kesihatan!
Rokok berdaging bukanlah untuk lelaki normal macam kau. Berikut merupakan antara pemain yang merokok.
Maurizio Sarri
Maurizio Sarri merupakan bekas pegawai bank ini bukan hanya dikenali dengan cara permainan ‘Sarriball’nya sahaja tetapi tabiat merokoknya bukan lagi rahsia kepada umum dan sering ditanya oleh wartawan.
Sarri telah mengakui bahawa beliau menghisap rokok sebanyak 4 kotak sehari dan sukar untuk dikawal ketagihannya itu. Dah takda kerja sekarang mungkin makin aktif.
“Aku hisap rokok 60 batang sehari, mungkin lebih atau kurang.” Dedah Sarri kepada La Nuova Riviera.”
“Aku tak rasa nak merokok semasa perlawanan tetapi sejurus selepas perlawanan memang aku kena hisap rokok. Tidak sangap cuk!.”
Agak power sebenarnya jumlah batang rokok yang disedut Sarri dalam sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Jack Wilshere
Berita mengenai Wilshere selalu keluar didada akhbar jika bukan kerana kecederaan yang serius, isu disiplin dan gaya hidup beliau menjadi sebutan.
Selain menghisap rokok, Wilshere juga menghisap Shisha (perisa Apple+Sugus+Mint).
Walaupun bekali-kali ditegur oleh bekas pemain dan pengurus, Wilshere dengan tabahnya memekakkan telinga sambil menghisap rokok.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Mesut Ozil
Pemain tengah Arsenal ini antara pemain yang kisah peribadi jarang didendang apabila diluar padang tetapi tabiat merokok Ozil tidak dapat disembunyikan apabila gambarnya sedang merokok berjaya diambil oleh Paparazzi.
Ozil kini sudah tidak ada dalam perancangan Mikel Arteta yang percaya kepada ‘proses’ yang beliau terapkan ke dalam pasukan dan menghasilkan keputusan yang semakin teruk.
Mungkin sebab inilah Ozil selalu kelihatan tercungap-cungap tak cukup nafas ketika beraksi tetapi sentuhan Ozil di padang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kemungkinan rokok dihisap : John Hitam
Radja Nainggolan
Tidak dapat dipastikan jenama rokok yang digemari Radja, yang berdarah Indonesia, mungkin Surya merah 12. Bukan rahsia lagi Pak Radja perokok tegar malah suatu ketika dulu ketika bersama Belgium, Pak Radja meminta bilik yang berbalkoni bagi memudahkan beliau merokok.
Bekas ketua jurulatih Belgiumm, Marc Wilmots mengetahui tabiat buruk Pak Radja namun tidak menghalang kerana kesan buruk akan dirasai oleh Pak Radja.
“Saya tak akan menghalangnya (dari merokok) jika itu adalah keperluannya. Saya fleksibel dalam hal ini, kerana itu ialah badannya” Jelas Wilmots
Ketika dikemuncak karier dan diperlukan oleh pasukan sudah pasti kemahuan dan kehendak Pak Radja akan dipenuhi, sekarang tak tahu la akan dipenuhi ke tidak.
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Lights
Mario Balotelli
Pemain yang penuh karakter samada di dalam atau diluar padang. Merokok melengkapkan status Balotelli sebagai budak nakal. Kalau google bersepah gambar Balotelli merokok dengan penuh gaya, nikmat dan gurih.
Balotelli dilaporkan bukanlah perokok tegar apabila ada sumber menyatakan bahawa Balotelli hanya mengisap 3 sehingga 4 batang rokok je sehari.
Balotelli pernah didenda oleh AC Milan kerana merokok di dalam tandas keretapi. Jenis tak menyabar ni macam tak percaya je hisap 3-5 batang je sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Canyon
Dimitar Berbatov
Berbatov terkenal sebagai penghisap tegar Curut dan jugak rokok selain terkenal dengan sentuhan pertamanya yang kemas. Gaya Berbatov hisap curut persis Vito Andolini Corleone a.k.a Don Corleone dalam filem The Godfather.
Berbatov berkata ketika kariernya bersama Tottenham Hotspur, Manchester United, Bayer Leverkusen dan Monaco beliau bukanlah seorang perokok.
Namun gambar dengan rokok di mulut berjaya dirakam namun Berbatov menafikan dan berkata satu gambar sahaja tidak cukup membuktikan bahawa beliau seorang perokok.
“Aku pura-pura untuk merokok sebab aku nampak stail bro pegang rokok tapi itu jela. Aku tak tahu apa orang pikir bahawa aku merokok hanya melalui satu gambar.”
Kemungkinan rokok dihisap : Nusantara Merah
Roberto Carlos dan Ronaldo Original
Tidak dapat dipastikan bahawa kedua pemain lagenda dari Brazil, Roberto Carlos dan Ronaldo Original merupakan dua orang perokok tegar atau sekadar perokok sosial sahaja.
Perkokok sosial biasa akan merokok sekadar untuk suka-suka dan melayan member-member damnn tidak ketagihan kepada kandungan rokok. Pau sebatang dua je rokok member.
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Samsu
Fabian Barthez
Bekas penjaga gol Perancis dan Setan merah ini hobinya selain mengumpul setem adalah menghisap rokok tegar dan perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Sir Alex Ferguson.
Ferguson tanpa berselindung mendedahkan Barthez antara ahli sukan di Britain yang mempunyai tabiat buruk dengan menjadikan merokok sebagai amalan hidup.
Barthez menyangka Ferguson tidak mengetahui tabiat buruknya itu dan menjadi pemain ketiga Manchester United kantoi merokok dengan Ferguson selepas Jesper Olsen dan Les Sealey.
Menurut Ferguson lagi di England sangat jarang untuk melihat pemain bola sepak merokok tapi bagi Ferguson merokok lebih okay berbanding kaki botol.
Kemungkinan rokok dihisap : Rokok Daun Tembakau Bang Leh
Zinedine Zidane
Zinedine Zidane bukanlah perokok tegar dan tidak penagih rokok malah Zidane juga pernah menjadi sebahagian kempen anti-merokok pada tahun 2002. Mungkin perokok sosial
Namun Zidane pernah kantoi merokok. Gambar ini diambil ketika Zidane sedang merokok sebelum perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2006 menentang Portugal.
Jika Zidane merokok sekaligus, itu tidak pernah mempengaruhi prestasi di padang ketika bergelar pemain sebagai salah seorang pemain terbaik dunia sepanjang zaman.
Selain gambar di atas tiada lagi gambar yang membuktikan Zidane merokok.
Kemungkinan rokok dihisap : U2
Johan Cruyff
Mendiang Johan Cruyff merupakan legenda bola sepak dunia pernah mendedahkan bahawa semasa zaman kemuncaknya di arena bola sepak sebagai pemain beliau menghisap 40 batang rokok sehari.
Tabiat merokok Cryuff ini telah bermula sejak zaman remaja lagi sebelum bergelar pemain profesional dan berterusan sehingga bergelar pengurus.
Kemungkinan rokok dihisap : D-Blend
Ashley Cole
Ashley Cole pesara bola sepak Inggeris sememangnya dikenali sebagai pemain yang mempunyai tabiat merokok kerana sentiasa dilihat merokok disekitar Kelab Malam di kota London.
Aksi tanpa penat lelah Ashley Cole tidak menampakkan seperti beliau seorang perokok. Ada yang berpendapat Ashley Cole kalau tak merokok mesti lagi lain macam perginya.
Kemungkinan rokok dihisap : Malboro Light
Carlo Ancelotti
Gambar pengurus Bayern Munich ini diambil ketika masih menjadi pengurus Real Madrid semasa perlawanan berlangsung tetapi beliau tidak berada di tepi padang.
Kemungkinan rokok dihisap : Pau rokok member
Wojciech Szczesny
Penjaga gol Poland ini pernah didenda oleh Arsenal sebanyak £20,000 kerana merokok di bilik mandi selepas tewas kepada Southampton 2-0.
Boleh tahan dia punya tegar ni.
Kemungkinan rokok dihisap : Saat
Wayne Rooney
Bukan rahsia lagi bahawa Rooney merupakan seorang perokok di kalangan peminat bola sepak. Ferguson membenarkan Rooney merokok selagi tidak mengganggu permainannya di padang. Sekarang prestasi Rooney agak teruk mungkin kesan dari merokok?
Rooney mula merokok ketika berumur awal 20-an, umur yang dibenarkan untuk merokok. Namun ada menyatakan bahawa Rooney bukanlah seorang perokok tegar.
Tegar atau tidak Rooney merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester United dan masih tidak ada sinar untuk pemain lain memintas Rooney setakat ini.
Joey Barton berkata Rooney tidak mampu untuk berjaya seperti Ronaldo kerana kurang disiplin dan rokok antara penghalang beliau untuk berjaya dengan cemerlang.
Kata-kata yang datang dari budak nakal yang penuh dengan masalah disiplin.
Kemungkinan rokok dihisap : Luffman Hitam
Wesley Sneijder
Pernah dikaitkan dengan Manchester United dan perpindahan tersebut tidak menjadi kenyataan beberapa tahun lepas kisah peribadi Sneijder menjadi perbualan.
Selepas beberapa siri kecederaan dan kemudian berhijrah ke Turki, bekas pemain kebangsaan Belanda ini sering dilihat merokok tanpa berselindung lagi.
Walaupun menjadi seorang perokok tegar, Sneijder sebolehnya tidak melibatkan tabiat buruk ini dalam karier profesionalnya di mana dia tidak akan merokok di bilik persalinan atau ketika terlibat dengan aktiviti berpasukan.
Kemungkinan rokok dihisap : John Putih
Arsene Wenger
Wenger pernah berkata merokok tidak menjejaskan prestasi pemain selagi pemain itu membuat hantaran yang bagus kerana itulah yang mahu dilihat oleh penonton walaupun merokok bukanlah satu contoh yang baik.
Walaupun Wenger pernah mengeluarkan kata-kata berbau politik, beliau pernah dilihat merokok di bangku simpanan semasa zaman pensabunan.
Pada zaman rokok tidak diharamkan dari bola sepak, beberapa kali juga gambar Arsene Wenger sedang nikmat nyaman gurih menikmati asap yang menjadi makanan jin di bangku simpanan.
Sekarang dah berenti kot.
Ketika zaman remajanya, Arsene Wenger pernah menjual rokok di pub untuk mendapatkan duit poket.
Kemungkinan rokok dihisap : Pine Hijau
Slaven Bilic
Bekas Pengurus West Ham dan bekas pemain pertahanan Everton ini merupakan perokok tegar. Tabiat merokok Bilic ini telah diketahui sejak bergelar seorang pemain lagi.
Bilic pernah kantoi menghisap rokok di belakang bas pasukan dan perkara ini telah disahkan oleh bekas rakan pasukannya John Moncur.
Ketika bergelar pengurus, Bilic telah diberi amaran oleh Turkish Football Federation(TTF) kerana merokok di dalam stadium.
Bilic dikatakan menghisap rokok dua kotak sehari.
Kemungkinan rokok dihisap : Rotthmans
Cik Man
Pengurus Rimba Bara Che Man ini merupakan perokok tegar yang penuh bergaya yang tidak dapat dilawan sesiapa.