Senarai Pemain Terbaik Setiap Pasukan Premier League Musim Ini

Ketua pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai untuk kelab masing-masing musim ini.

Saingan liga perdana musim ini memperlihatkan ramai bintang mula meningkat naik dan mempamerkan aksi yang cukup mantap.

Liverpool menguasai saingan musim ini dengan mendahului Juara bertahan Manchester City dengan kelebihan 25 mata.

Premier League kini sedang digantung sejak awal bulan lalu ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Terbaru, Sky Sports telah mengumpul data musim ini untuk menamakan pemain-pemain terbaik untuk setiap pasukan.

Penyerang berusia 30 tahun Arsenal, Aubameyang telah berjaya menjaringkan 20 gol dalam semua pertandingan untuk Arsenal musim ini.

Beliau adalah pemenang kasut emas musim lalu dan kini menduduki tempat kedua dalam perebutan kasut emas musim ini.

Bintang the Gunners itu telah menjaringkan 11 dari 17 golnya dari bahagian sayap, selain beliau, Sadio Mane juga antara pemain yang banyak menjaringkan gol dari bahagian yang sama.

Maguire pula kini merupakan pemain pertahanan termahal dunia selepas menandatangani perjanjian bersama setan merah dari Leicester City musim panas lalu.

Beliau telah menggalas tugas sebagai ketua pasukan United musim ini menggantikan Ashley Young.

Pertahanan berusia 27 tahun England itu telah membantu setan merah mencatatkan 11 clean sheets dari 15 perlawanan terkahir mereka.

Walau Bruno Fernandes membawa sinar baru untuk skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer, namun jasa Maguire dari awal musim tidak harus dilupakan dan kerana itulah beliau dipilih pemain terbaik setan merah musim ini.

Senarai berikut merupakan pemain terbaik untuk setiap 20 pasukan dalam saingan premier league menurut Sky Sports.

Senarai Pemain Terbaik Setiap Pasukan Premier League Musim Ini:

Arsenal: Pierre-Emerick Aubameyang

Aston Villa: Jack Grealish

Bournemouth: Harry Wilson

Brighton and Hove Albion: Aaron Mooy

Burnley: James Tarkowski

Chelsea: Willian

Crystal Palace: Wilfried Zaha

Everton: Richarlison

Leicester City: Wilfred Ndidi

Liverpool: Virgil van Dijk

Manchester City: Kevin de Bruyne

Manchester United: Harry Maguire

Newcastle United: Martin Dubravka

Norwich City: Teemu Pukki

Sheffield United: Dean Henderson

Southampton: Danny Ings

Tottenham Hotspur: Son Heung-Min

Watford: Etienne Capoue

West Ham United: Declan Rice

Wolverhampton Wanderers: Adama Traore

Premier League dijangka akan kembali bersambung pada 8 Jun nanti dan baki musim 2019/20 dirancang bakal berakhir dalam tempoh lima minggu dari aksi sepak mula pertama.

BACA:  Senarai Pemilik Paling Kaya Dalam Saingan Premier League