Senarai Pemain Yang Mengalami Susut Nilai Tertinggi

Setiap kali jendela perpindahan pemain musim panad dibuka, nilai para pemain akan sentiasa berubah, naik turun harga pemain tidak semestinya sentiasa naik.

Kadang kala pihak pengurusan pasukan juga memainkan peranan yang mana mereka mahu atau tidak mengeluarkan dana yang besar untuk dilaburkan.

Pihak pengurusan juga sering mempunyai masalah kekurangan dana atau mengalami masalah ekonomi yang menyebabkan mereka tidak boleh berbelanja besar.

Mungkin disebabkan ketiadaan dana dari penyiaran atau kekurangan hasil dari kutipan tiket jadi pasukan tidak mempunyai duit yang cukup untuk dilaburkan.

Seperti yang berlaku musim ini, Kesemua saingan bola sepak terpaksa ditangguh dan ada yang sudah dibatalkan ekoran dari penularan wabak Covid-19.

Jadi kebanyakkan pasukan mengalami masalah kekurangan dana dan ekonomi kelab sangat terkesan dengan keadaan dunia ketika ini.

Hal ini juga menyebabkan nilai harga pasaran pemain jatuh dan ada pemain yang nilai mereka turun dengan mendadak.

Menurut pemerhatian dari CIES, nilai pasaran pemain susut sehingga 28% untuk para pemain yang beraksi di lima
Liga utama Eropah.

Hasil kajian yang dilakukan, Transfermarkt telah mendedahkan senarai pemain yang mengalami kejatuhan nilai sempena jendela perpindahan musim panas nanti.

Senarai Pemain Mengalami Kejatuhan Harga:

1. Kylian Mbappe / PSG

Nilai awal = £180 juta
Nilai terkini = £162 juta

2. Neymar / PSG

Nilai awal = £144 juta
Nilai terkini = £115.2 juta

3. Raheem Sterling /Manchester City

Nilai awal = £144 juta

Nilai terkini = £115.2 juta

4. Mo Salah / Liverpool

Nilai awal = £135 juta
Nilai terkini = £108 juta

5. Sadio Mane / Liverpool

Nilai awal = £135 juta
Nilai terkini = £108 juta

6. Harry Kane / Spurs

Nilai awal = £135 juta
Nilai terkini = £108 juta

7. Kevin de Bruyne / Manchester City

Nilai awal = £135 juta
Nilai terkini = £108 juta

8. Jadon Sancho / Borussia Dortmund

Nilai awal = £117 juta
Nilai terkini = £105.3 juta

9. Lionel Messi / Barcelona

Nilai awal = £126 juta
Nilai terkini = £100.8 juta

10. Trent Alexander-Arnold / Liverpool

Nilai awal = £99 juta
Nilai terkini = £89.1 juta

11. Antoine Griezmann / Barcelona

Nilai awal = £108 juta
Nilai terkini = £86.4 juta

12. Joao Felix / Atletico Madrid

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = £72.9 juta

13. Kai Havertz / Bayer Leverkusen

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = £72.9 juta

14. Paul Pogba / Manchester United

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £72 juta

15. Virgil van Dijk / Liverpool

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £72 juta

16. Leroy Sane / Manchester City

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £72 juta

17. Bernardo Silva / Manchester City

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £ 72 juta

18. N’Golo Kante / Chelsea

Nilai awal = £ 90 juta
Nilai terkini = £72 juta

19. Jan Oblak / Atletico Madrid

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £72 juta

20. Eden Hazard / Real Madrid

Nilai awal = £90 juta
Nilai terkini = £72 juta

21. Marc-Andre ter Stegen / Barcelona

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = £64.8 juta

22. Paulo Dybala / Juventus

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = 64.8 juta

23. Alisson / Liverpool

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = £64.8 juta

24. Frenkie de Jong / Barcelona

Nilai awal = £81 juta
Nilai terkini = £64.8 juta

25. Erling Haaland / Borussia Dortmund

Nilai awal = £72 juta
Nilai terkini = £64.8 juta

Kebanyakkan pemain mengalami susut nilai sehingga 20% mengikut dari data Transfermarkt namun untuk pemain muda nilai mereka tidak jatuh lebih dari 10% kerana mereka masih muda dan bernilai dalam pasaran.

Namun pihak pengurusan pasukan masih berhak untuk menentukan nilai pemain yang mereka mahu lepaskan, seperti Harry Kane yang dilaporkan mahu dijual dengan nilai £200 juta.

BACA:  Senarai Perlawanan Terpower Premier League Musim 2020/21