Senarai Pengganti Ole Gunnar Solskjaer

Kenyataan daripada Danny Murphy menyatakan bahawa Ole Gunnar Solskjaer yang sentiasa ceria bakal dipecat oleh Manchester United telah mencetuskan kehangatan di media bola sepak seluruh dunia.

Danny Murphy yang merupakan bekas pemain Fulham dan Tottenham Hotspurs berpendapat kedudukan Ole selaku pengurus tidak akan selamat jika gagal menjuarai Europa League.

Kejohanan aras kedua Eropah itu menjadi satu-satunya harapan Ole untuk memenangi gelaran musim ini selepas ditendang keluar oleh Leicester City disaingan FA Cup.

Jika dilihat kepada garis masa berita pemecatan Ole bakal dipecat hadir ketika liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Bulan November lalu situasi sama terjadi dan sebelum itu juga pernah berlaku namun Ole melakukan comeback dengan penuh bergaya.

November lalu selepas ura-ura mahu dipecat oleh kembali dengan kemenangan demi kemenangan lalu terus menjadi juara untuk tempoh dua minggu.

Adakah sejarah mungkin berulang? Walau engkau kumaafkan, oh kekasih. Tapi mungkin hanya sementara. Keinsafan di hatimu.

Jika benar Ole dipecat perkara ini akan terjadi di penghujung musim dan siapakah calon yang layak menggantikan Ole?

1. Mauricio Pochettino

Pada masa lalu Gary Neville menganggap Pochettino orang yang paling tepat sebagai pengganti Jose Mourinho. Tapi pada ketika itu tampak sukar kerana sudah pasti mahu terlibat dalam projek baru Spurs di stadium baru.

Namun sebaliknya yang terjadi apabila Pochettino telah dipecat dan lebih menarik lagi, Jose Mourinho terus menjadi pengganti beliau selepas beberapa jam dipecat.

Pochettino cemerlang membimbing Spurs sehingga ke perlawanan akhir UEFA Champions League. Momen terbaik Spurs bersama Pochetino semestinya adalah ketika comeback menentang Ajax.

Setelah tampil konsisten di Southampton dan juga Spurs dalam tujuh musim terakhir sebelum ini, Poch layak mendapatkan pekerjaan di kelan-kelab besar Eropa.

Walaupun layak, Pochettino kini bersama PSG dan jika mahu mendapatkan pengurus ini juga akan melibatkan wang yang agak besar. Saja je letak Pochettino, buat modal borak.

Falsafah: High pressing football. Tegas dalam mengendalikan pemain.

Kelemahan: Setakat ini Pochettino melakukan kerja yang bagus.

2. Massimiliano Allegri

Massimiliano Allegri sempat dikaitkan dengan Manchester United pada ketika Ole Gunnar Solksjaer bergelut dengan prestasi di Old Trafford pada musim lalu dan Ole terselamat pada ketika itu.

Kini khabar angin mula bertiup bahawa kedudukan Ole tidak lagi terjamin dan sekali lagi nama Massimiliano Allegri naik sebagai antara calon pengganti.

Massimiliano Allegri kini kuat dikaitkan kembali dengan Juventus di mana Andrea Pirlo terlalu sendu membawa Juventus walaupun misi dan visi selari dengan pihak pengurusan..

Dua kali muncul naib juara bersama Juventus. Sayang seribu kali sayang

Allegri adalah nama yang dihormati di Serie A. Sepanjang bersama Juventus, Allegri meraih lima gelaran Scudetto. Sebelum ini Allegri dikatakan mengikuti kursus Bahasa Inggeris.

Adakah beliau mensasarkan Liga Perdana Inggeris selepas ini?

3. Ryan Giggs

Pernah menjadi pengurus Interim di Manchester United suatu ketika dahulu. Ratio kemenangan kira not bad dan tidak jahat serta kini agak cemerlang membawa pasukan kebangsaan Wales.

Pilihan yang agak berisiko jika Giggs dilantik mungkin situasi yang sama akan terjadi seperti mana terjadi pada Ole walaupun Giggs mungkin mempunyai pengalaman sedikit lebih berbanding Ole.

Giggs ketika menjadi pengurus sementara dua tahun lalu.

Falsafah: Pewaris jiwa United daripada Sir Alex Ferguson. Di Wales beliau membentuk pasukan berasaskan balance football kerana kualiti pasukan beliau yang ada.

Kelemahan: Tak tau sangat sebab tak follow Wales, di United dulu dia ok je. Pilihan berisiko.

4. Leonardo Jardim

Tempoh terbaik Jardim bersama Monaco adalah apabila berjaya muncul juara Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Champions League pada musim 2016/17. Musim berikutnya pengurusan Monaco bertindak menjual ramai pemain-pemain utama pasukan itu.

Jardim gagal membina pasukan yang baru dan gagal mencabar PSG selepas itu.

Jardim dipecat kali kedua selepas AS Monaco hanya merekodkan satu kemenangan dari sembilan perlawanan pada Oktober beberapa tahun lalu.

Falsafah: Attacking football dengan quick breakaway attack di wing. Mampu membangunkan pemain muda sampai harga Yahudi. Malangnya pemilik Monaco pun jual harga Yahudi sampai habis barang.

Kelemahan: Terlalu toleran dengan board sampai team kena jual.

5. Arsene Wenger

Sudah pasti Arsene Wenger bukan calon kegemaran peminat Setan Merah lantaran perseteruan beliau dan Sir Alex Ferguson suatu ketika dahulu. Namun wenger masih single dan available.

Kredibiliti Wenger tidak dapat dipertikaikan dan sudah pasti jika Wenger datang akan menjadi kesayangan pemilik kelab jika beliau menerapkan pengurusan secara ekonomi.

Mungkin Manchester United akan mempunyai stadium baru di setiap pelusuk England.

Wenger gagal membawa Arsenal menduduki Top 4 dalam musim terahirnya di Emirates.

Falsafah: Dikenali dengan Wengerball yang fluid berasaskan total football. Pada fasa akhir karier di Arsenal beliau sempat try sistem back 3. Nampak sangat dah cari bekap nak kerja lain. Dia ni mungkin kegemaran Woodward sebab economist dan tak suka Sporting Director.

Kau tau tak Manchester United salah satu 4 kelab EPL masih tak ada Sporting Director. Mereka kelab paling kaya di EPL sebenarnya based on pendapatan.

Kelemahan: Ego dan tak suka dikawal.

6. Laurent Blanc

Seorang lagi bekas pemain Manchester United antara calon yang dikatakan akan dihubungi oleh kelab. Beliau ada pengalaman menguruskan PSG dan pernah bermain dengan kelab-kelab besar ketika menjadi pemain.

Ini antara calon paling sesuai untuk mengendalikan Manchester United dan sudah pasti seorang peminat Manchester United bernama Hafizul Hakim gembira jika Blanc dilantik.

Falsafah: Attacking football dengan disiplin secara berpasukan.

Kelemahan: Beliau memiliki sikap yang sama dengan Jose Mourinho. Pada masa sama dah lama sangat cuti.

7. Luciano Spalletti

Spalletti masih lagi belum terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Inter Milan perrtengahan 2019. Tetapi khidmatnya sudah giat diintai beberapa kelab utama di Itali.

Menurut laporan Corriere dello Sport, Spalletti kini merupakan calon utama untuk mengendalikan AC Milan pada musim hadapan.

8. Eddie Howe

Nama Eddie Howe bolehlah dianggap kerdil jika dibandingkan dengan enam calon yang lain di atas. Namun jika corak permainan, dan taktikal menarik yang Barcelona inginkan, Howe adalah pengurus yang dianggap sebagai calon dengan kriteria serba lengkap.

Sebelum ini Eddie Howe telah bertindak meninggalkan Bournemouth selepas mencapai persetujuan bersama ekoran penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengurus warga England dan baru berusia 42 tahun, Howe telah membimbing The Cherries sejak lebih sedekad lalu telah mengendalikan lebih 450 perlawanan.

Selama ini Howe mengendalikan Bournemouth yang sering bergelut dengan kewangan untuk melakukan pelaburan pemain baharu. Bayangkan jika Howe memiliki set pemain yang jauh lebih baik secara teknikal.

Antara pengurus yang membuatkan pemain bola sepak berani Walaupun mereka tidak memiliki bintang di dalam pasukan.

Falsafah: Gemarkan permainan bola sepak yang cantik walaupun memiliki sumber teknikal yang terhad ketika di Bournemouth.

Kelemahan: Tidak ada pengalaman menguruskan kelab besar. Manchester United kelab yang terlalu besar untuk nama seperti beliau. Memerlukan sokongan yang kuat daripada lembaga pengarah serta penyokong sekiranya beliau dilantik.

9. Maurizio Sarri

Maurizio Sarri telah dipecat sebagai pengurus Juventus walaupun berjaya mengekalkan kejuaraan Serie A berturut-turut pada musim lalu dan digantikan dengan Andrea Pirlo.

Berita pemecatan Sarri tiba sebaik sahaja Juventus disingkirkan oleh Lyon di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA Champions League.

Jika pengalaman yang dicari, Sarri mungkin salah seorang pengurus aktif yang boleh dipertimbangkan.

10. Nelo Vingada

Nelo Vingada merupakan mentor dan Tuan Guru yang membimbing Mourinho hingga menjadi pengurus terbilang yang akhirnya senantiasa dipecat.

Tok Guru Mourinho.

Menggunakan falsafah yang sangat misteri dan hampir tiada kelemahan. Sangat sempurna.

BACA:  Senarai 10 Pemain Bola Sepak Yang Pernah Jatuh Miskin