Ronaldo Nazario mengetuai senarai penjaring terbanyak dalam sejarah bola sepak dunia untuk pemain berusia dibawah 21 tahun.
Legenda Brazil itu sudah mempamerkan aksi cukup mantap ketika bersama Cruzeiro pada tahun 1994 sebelum memulakan kerjaya di Eropah.
Di Eropah, Ronaldo Nazario awalnya beraksi bersama pasukan PSV dan disitulah beliau mula menjadi tumpuan dan menjadi antara pemain yang paling sensasi di benua Eropah.
See the list below
1. Ronaldo Delima with 167 goals in 185 games
2. Neymar with 140 goals in 227 games
3. Mbappe with 116 goals in 199 games
4. Sergio Aguero with 84 goals after 213 games
5. Michael Owen with 76 goals in 156 games
6. Wayne Rooney with 66 goals in 212 games
— Bettabet.Ng (@BettaBetNg) May 24, 2020
Dari 185 penampilan, beliau berjaya untuk menjaringkan 167 gol untuk pasukan kelab dan pasukan kebangsaannya Brazil.
Pemain yang dianggap sebagai penggantinya, Neymar pula berada dikedudukan kedua dengan catatan rekod menjaringkan 140 gol dari 227 perlawanan.
Berikut merupakan senarai penjaring terbanyak dalam sejarah untuk kategori pemain berusia dibawah 21 tahun.
Ronaldo Delima is topping the list of highest goalscorers for club and country before the age of 21 after recording 167 goals in 185 games.
Despite dominating the game of football for the past 10 years, Cristiano Ronaldo and Lionel Messi failed to make the top five on the list.
— Bettabet.Ng (@BettaBetNg) May 24, 2020
Senarai penjaring terbanyak diumur bawah 21 tahun:
10.) Thierry Henry – 31 gol dari 134 penampilan
9.) Cristiano Ronaldo – 36 gol dari 182 penampilan
8.) Lionel Messi – 51 gol dari 140 penampilan
7.) Karim Benzema – 62 gol dari 143 penampilan
6.) Wayne Rooney – 66 gol dari 212 penampilan
5.) Michael Owen – 76 gol dari 156 penampilan
4.) Sergio Aguero – 84 gol dari 213 penampilan
3.) Kylian Mbappe – 116 gol dari 199 penampilan
2.) Neymar – 140 gol dari 227 penampilan
1.) Ronaldo Nazario – 167 gol dari 185 penampilan
Top 10 goalscorers at 21
🇧🇷 Ronaldo 167 goals in 185 games
🇧🇷 Neymar 140 in 227
🇫🇷 Mbappe 116 in 199
🇦🇷 Aguero 84 in 213
🏴 Owen 76 in 156
🏴 Rooney 66 in 212
🇫🇷 Benzema 62 in 143
🇦🇷 Messi 51 in 140
🇵🇹 Ronaldo 36 in 182
🇫🇷 Henry 31 in 134 pic.twitter.com/cOoR4yYSO7— NetBet (@netbet) May 22, 2020
Kedudukan Ronaldo Nazario sebagai pendahulu senarai bukanlah perkara yang mengejutkan. Hal ini memandangkan bagaimana hebatnya beliau diawal kariernya dahulu sungguh luar biasa hebat.
Ronaldo Nazario dikatakan antara yang terbaik didunia ketika itu sebelum beberapa siri kecederaan yang memusnahkan kariernya.
Disamping mengalami kecederaan yang sedikit merosakkan kariernya, Ronaldo Nazario tetap menjadi salah seorang penyerang terbaik di dunia dan memenangi pelbagai jenis kejuaraan sepanjang kariernya.
Goals at the age of 21 for clubs and country
1. Ronaldo R9 – 167 (185 games)
2.Neymar – 140 ( 227 games )
3. Mbappe- 116(199 games)if Ronaldo Nazario didnt get injured at the age of 23 he will be a better player than CR7 and messi. Also he is the youngest to win Ballon D'or pic.twitter.com/GAW2KFgQ2l
— Alfrezy (@utdAlfred) May 18, 2020
Kylian Mbappe antara pemain lain yang masih beraksi dan belum mencapai umur 21 tahun berada dalam senarai ini dengan mencatatkan rekod lebih dari 100 gol setakat ini.
Satu pencapaian yang luar biasa mantal dan pemain muda itu mempunyai perjalanan karier yang masih panjang untuk beliau menjadi lebih baik.
Bintang sensasi England, Wayne Rooney dan Michael Owen turut berada dalam senarai selepas masing-masing menggegarkan dunia bola sepak dengan jaringan yang banyak ketika awal karier mereka.
Apa yang mengejutkan dalam senarai ini adalah melihat kedudukan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo yang berada jauh di belakang.
Kedua-dua pemain terbaik dunia itu berada dikedudukan kelapan dan sembilan dalam senarai ini menunjukkan mereka tidak begitu menjadi ketika diperingkat awal karier masing-masing.
🤩 | No player in history has scored more @ChampionsLeague goals than @Cristiano #Ronaldo.
⚽ Goals: 129
👕 Appearances: 167
📈 Goals per game: 0.77#YouAreTheManager #UCL #Juventus #CR7 #Cristiano #Juve #UCLfantasy #UEFA #ChampionsLeague #CL pic.twitter.com/VtttZF2yXN— FootballCoin (@xfcfootballcoin) December 12, 2019
Messi membina karier awal di Barcelona ketika pasukan itu didominasi oleh Ronaldinho manakala Cristiano Ronaldo pula mula menyertai Manchester United ketika beliau berusia 18 tahun.
Beliau hanya memerlukan sedikit masa untuk menstabilkan diri di Old Trafford dan setelah dari itu beliau hingga kini telah menjadi antara pemain terbaik dan terhandal di dunia.