Juventus terus dirundung malang dalam usaha mereka untuk mengecilkan jurang mata dengan pendahulu Serie A Inter Milan dan AC Milan selepas tewas kepada pasukan ditangga ke-16, Benevento.
Cristiano Ronaldo yang menjadi serangan pelbagai pihak selepas Juventus tersingkir dari saingan Champions League mungkin akan kembali diserang.
Sebelum ini, Ronaldo menutup tutup mulut pengkritik dengan jaringan hatrik. Juventus mengalami kekalahan buat kali pertama dalam sejarah kepada Benevento di Serie A.
Juventus have lost a Serie A game to Benevento for the first time in their history.
What a result for Filippo Inzaghi’s men. pic.twitter.com/5TI9vW9DdJ
— Squawka Football (@Squawka) March 21, 2021
Benevento merupakan pasukan yang dikendalikan oleh legenda Itali yang dilahirkan dalam perangkap offside, Filippo Inzaghi atau “Superpippo”, “Pippo mio” dan “Alta tensione”.
Juventus seawal wisel permulaan ditiup telah menyerang bagi mencari gol sebanyak yang mungkin dan itulah yang dilakukan pasukan kuat ketika menentang pasukan bawahan.
Namun gol yang dicari tidak kunjung tiba dan Juventus pula terkena dalam keghaiharan mencari gol hasil kesilapan dan kealpaan sendiri.
Juventus 0-1 Benevento FT:
Shots: 21-7
Shots inside the box: 15-3
Shots on target: 7-1
Passing accuracy: 86%-65%
Possession: 73%-27% https://t.co/7dq74K40iL— Squawka Football (@Squawka) March 21, 2021
Bermula dari lontaran ke dalam Federico Bernardeschi kepada Arthur tiada bahaya yang wujud dikiri padang, Arthur memilih menukar arah dengan menhantar bola kepada Danilo.
Danilo ketika itu berada di kawasan kanan padang namun hantaran Arthur telalu lemah untuk merentasi kawasan gol dan dipintas Adolfo Gaich yang membuat satu rembatan.
Wojciech Szczesny tertewas dan gol pembukaan hadir begitu mudah buat Beneveto yang diserang bertubi-tubi oleh Juventus.
Juventus 0-1 Benevento FT:
⚽️ Gaich
Juventus are now 10 points behind leaders Inter. pic.twitter.com/7Yaf7uodGj
— Squawka News (@SquawkaNews) March 21, 2021
Gol kemenangan Beneveto dari Adolfo Gaich merupakan satu-satunya percubaan tepat dari tiga percubaan sepanjang 90 minit.
Legenda Itali, Filippo Inzaghi telah mengajar Andrea Pirlo cara menjaringkan gol untuk mendapatkan kemenangan dengan hanya satu percubaan tepat.
Juventus melakukan 21 percubaan dalam perlawanan ini dengan lapan percubaan tepat dan tiada yang mampu diterjemah sebagai jaringan.
Juventus lose 1-0 at home to 16th-placed Benevento.
They miss the chance to go second in Serie A and are 10 points behind Inter with 11 games to go 👀 pic.twitter.com/2EZFkhrTgd
— B/R Football (@brfootball) March 21, 2021
Kekalahan ini terus mengekalkan jarak 10 mata, Juventus kepada pendahulu Serie A ketika ini Inter Milan dan gagal mengurangkan jurang mata kepada AC Milan.
Atalanta ditangga keempat berkongsi mata dengan Juventus dan Napoli pula dua mata dibelakang ditempat kelima.
Tewas lagi bukan sahaja Juventus akan terus gagal mengejar Inter Milan malah mungkin akan kehilangan tempat ke Champions League.