Serie A 2020/21: Udinese 1-2 Juventus

Dua jaringan lewat permainan daripada Cristiano Ronaldo menyaksikan satu kebangkitan sensasi telah ditunjukkan oleh Juventus untuk menewaskan Udinese 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Dacia Arena – Stadio Friuli.

Udinese terlebih dahulu di depan pada minit ke-10 hasil rembatan deras Nahuel Molina yang masuk dari sebelah kanan kotak penalti menyaksikan badan Wojciech Szczesny kebocoran.

Walaupun membuat satu hadangan namun bola terlalu laju buat Wojciech Szczesny. Gol ini berpunca dari sepakan percuma pantas ketika mana pemain Juventus tertidur.

Juventus sangat bergelut dalam perlawanan ini dan berhempas pulas melakukan serangan demi serangan namun tidak berbahaya.

Dengan gol pendahuluan itu membuatkan Udinese bermain dengan penuh yakin serta tidak gentar dan memberi lebih kesukaran kepada Juventus.

Ketika permainan berbaki 10 minit, Juventus masih kebuntuan untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Sepakan percuma deras Cristiano Ronaldo telah terkena tangan Rodrigo De Paul ketika masih permainan sebenar tinggal tujuh minit.

Tanpa teragak-agak sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil perlawanan Daniele Chiffi dan kad kuning dilayangkan kepada Rodrigo De Paul .

Cristiano Ronaldo tiada masalah untuk menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti mudah menewaskan penjaga gol Udinese, Simone Scuffet.

Ketika perlawanan hampir tamat, Cristiano Ronaldo muncul wira Juventus dengan gol yang sangat heroic melalui satu sundulan tajam sambil berlari.

Adrien Rabiot tepat dan selari dengan larian Cristiano Ronaldo yang menanduk dari sudut agak sukar dan sempit.

Tiga mata berharga dipungut Juventus membolehkan Juventus memanjat ke tangga ketiga dengan 69 mata sama mata dengan Atalanta dan AC Milan.

Kemenangan ini meletakkan Juventus dua mata dihadapan Napoli yang berpotensi untuk merebut slot Champions League.

Harapan ke Champions League kembali segar buat Juventus yang gagal mempertahankan kejuaraan selepas muncul juara sembilan musim berturut-turut.

Dengan baki empat perlawanan, Inter Milan telah dinobatkan sebagai juara Serie A secara rasmi dengan mengumpul 82, 13 mata di depan Atalanta, Juventus dan AC Milan.

Udinese (3-5-1-1): Scuffet; Becao, Bonifazi (Santos 84), Nuytinck (Ouwejan 90+2); Molina, de Paul, Walace, Arslan (Forestieri 72), Larsen; Pereyra; Okaka

Subs not used: Zeegelaar, Makengo, Micin, Gasparini, Llorente, Palumbo, De Maio

Juventus (4-4-2): Szczesny; Sandro, Bonucci, de Ligt, Danilo; Bernardeschi (Kulusevski 59), McKennie (Rabiot 84), Bentacur, Cuadrado (Correia 84); Ronaldo, Dybala (Morata 66)

Subs not used: Buffon, Chiellini, Melo, Ramsey, Pinsoglio, Dragusin, Vrioni

Inter Milan Sah Juara Serie A

Inter Milah telah mengesahkan kejuaraan Serie A bagi musim 2020/21 sekaligus menamatkan penguasaan Juventus yang telah menjuarai Scudetto selama 9 musim secara berturut-turut.

Skuad bimbingan Antonio Conte ini secara rasmi bergelar juara dengan 4 perlawanan berInter Milan Sah Juara Serie Abaki selepas Atalanta seri 1-1 menentang Sassuolo.

Dalam perlawanan berlangsung lebih awal, Inter Milan berjaya menewaskan Crotone dua gol tanpa balas dan Atalanta satu-satunya pencabar yang tinggal seri.

Inter Milan mengumpul 82 mata, 13 mata di depan Atalanta telah menamatkan kemarau Scudetto mereka selama 11 tahun.

Kejuaraan sembilan kali Juventus bergelar juara secara berturutan dimulakan oleh Antonio Conte sendiri pada tahun 2012 sebelum disambung Max Allegri dan Maurizio Sarri.

Adakah Antonio Conte akan membawa penguasaan yang sama untuk Inter Milan?

Inter Milan hanya tewas dua kali sahaja musim ini, kalah kepada AC Milan di Milan Derby 2-1 pada Oktober dan tewas kepada Sampdoria pada Januari lalu.

Musim ini jugak menyaksikan Inter Milan telah merekodkan 18 perlawanan tanpa kalah di Serie A dengan 14 kemenangan serta 4 seri di mana 11 kemenangan dicatat secara berturut-turut.

Inter Milan telah memintas AC Milan pada 14 Februari dengan kemenangan di Milan Derby dan sejak itu Inter Milan tidak menoleh lagi dengan terus gayat sehingga bergelar juara.

Juventus bukan sahaja gagal mengekalkan kejuaraan malah gagal untuk memberi saingan dan kini bergelut untuk mencari tempat ke Champions League.

Kali terakhir Juventus bergelar juara pada tahun 2010 di mana Jose Mourinho bersama Samuel Eto’o, Wesley Sneijder dan Patrick Vieira mencatatkan kejuaraan treble.

Pada musim treble Inter Milan telah menjulang trofi Serie A, Champions League dan Coppa Italia dan selepas itu terus sendu.

Seramai 12 orang pengurus termasuklah Claudio Ranieri, Walter Mazzarri dan Roberto Mancini cuba membawa kegemilangan kepada Inter Milan tetapi gagal sehinggalah Conte tiba.

Dalam tempoh sedekad ini Inter Milan pernah menamatkan Serie A ditangga kesembilan, gagal ke perlawanan akhir kejohanan utama dan enam musim terlepas saingan Champions League.

Luciano Spalletti merupakan insan membawa kembali Inter Milan ke pentas Eropah dan Antonio Conte meneruskan penglibatan Inter Milan di Eropah.

Antonio Conte telah membawa Inter Milan muncul naib juara Europa League musim lalu dan itu merupakan perlawanan akhir di Eropah pertama dalam tempoh 10 tahun.

Kempen Champions League Inter Milan musim ini sangat teruk apabila menamatkan saingan kumpulan ditempat tercorot di berlakang Real Madrid, Borussia Monchengladbach dan Shakhtar Donetsk.

Kegagalan memalukan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh Inter Milan dengan fokus kepada Serie A dan kini mereka telah bergelar juara.

Mungkin skuad Conte masih mentah dengan penagalaman untuk saingan Champions League musim ini namun mereka masih melalui musim yang cemerlang.

Bekas pemain penyerang Manchester United Romelu Lukaku cemerlang bersama Hakimi, Nicolo Barella dan Cristian Eriksen pada musim ini.

Selepas 34 perlawanan, Romelu Lukaku yang kembali ke prestasi asal telah menjaringkan 21 gol menjadi nadi utama Inter dan pemain kunci menamatkan penguasaan Juventus.

BACA:  Media Arab Saudi Lapor UEFA Sedang Pertimbang Al Nassr Untuk Sertai Champions League Musim Hadapan