Kelab Serie A selepas ini tidak akan dibenarkan untuk memakai jersi berwarna hijau bermula daripada kempen liga pada musim 2022-23 dan berikutknya, selepas satu penggubahan peraturan dilakukan oleh pengedali liga.
Menurut Football Itali, peraturan ini akan mula digunapakai pada tahun depan selepas menerima keluhan daripada syarikat televisyen yang mengatakan bahawa jersi hijau sangat mirip dengan warna rumput dan menjadi adunan sebati.
Ini bermakna pasukan Sassuolo berkemungkinan besar akan terpaksa menukar warna tradisional mereka memandangkan mereka sering memakai jersi berwarna hijau belang hitam sebagai jersi utama.
OFFICIAL: Serie A have banned green jerseys from the 2022/23 season onwards..
🤷🏻♂️🤷🏻♂️🤷🏻♂️ pic.twitter.com/2mbTuDoZyW
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 15, 2021
Sassuolo bukanlah satu-satunya pasukan yang memakai jersi berwarna hijau pada musim lalu. Atalanta telah mengenakan jersi di tempat lawan yang berwarna kelabu-hijau pokok krismas, manakala Lazio pula mempunyai jersi di tempat lawan yang berwarna hijau neon.
No more Christmas kit for Atalanta pic.twitter.com/AbKzmWW7dd
— Patrick Kendrick (@patrickendrick) July 15, 2021
Perubahan peraturan ini bukan sekadar ke atas baju sahaja, malah turut memberi impak kepada warna stokin dan seluar pendek juga di mana jika tiga warna digunakan, satu warna dominan perlu diletakkan di baju, seluar pendek dan juga stokin.
Entah kenapa lemah sangat stesen televisyen Itali ni tak boleh nak beza pemain bola dengan rumput.
Juara bertahan, Inter Milan, bakal tampil dengan jersi tanpa penaja Pirelli di bahagian depan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak menyambung kontrak sebagai penaja utama pasukan. Dalam satu gambar yang tersebar, jersi baharu Inter Milan dilihat menggunakan rekaan batik ular sawa dan mengekalkan elemen biru hitam mereka.
Pasti agak janggal tengok jersi Inter tanpa Pirelli selepas 26 tahun mereka bersama.
Jersi AS Roma pula menampilkan penaja baharu di bahagian depan, dengan Digitalbits menjadi pilihan pengurusan pasukan. AC Milan pula masih mengekalkan elemen tradisional hitam merah pada jersi utama mereka, dengan jersi penjaga gol berwara hijau neon.
Bekas juara, Juventus, masih kekal bersama Adidas dan Jeep sebagai penaja utama di depan jersi, manakala Lazio tampil bergaya tanpa sebarang penaja utama di bahagian depan.
Udinese pula menerbitkan jersi di tempat lawan yang berwarna hijau – kali terakhir sebelum warna ini diharamkan di dalam Serie A.
Pada musim lalu, Inter Milan muncul juara dan memecahkan dominasi Juventus di persada liga dalam tempoh 10 tahun di mana Antonio Conte berjaya memacu pasukan Nerazzuri tersebut mengenepikan cabaran jiran tetangga, AC Milan di tangga kedua dengan jarak mata yang sangat selesa – 12 mata.
Atalanta terus mencipta sejarah di mana mereka menamatkan liga di tangga ketiga dan layak ke Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut. Bekas juara, Juventus, sekadar meraih tempat keempat di dalam liga, hanya satu mata di atas Napoli di tangga kelima.
Tindakan pengurusan tertinggi pasukan yang menukar jurulatih daripada Maurizio Sarri kepada Andrea Pirlo ternyata menjadi langkah yang buruk dengan pasukan Juventus sangat terkial-kial untuk mendapatkan gol, dan terlalu bergantung kepada pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo.
Pasukan yang baru dikendalikan oleh pengurus sensasi, Jose Mourinho, sekadar menamatkan saingan di tangga ketujuh sekaligus layak untuk menyertai pusingan kelayakan kejohanan Europa Conference League – kejohanan divisyen ketiga Eropah yang diadakan buat pertama kalinya pada musim depan.
Tiga pasukan yang tersingkir daripada saingan Serie A musim untuk musim baharu nanti adalah Benevento, Crotone dan Parma, dan digantikan dengan pasukan Empoli, Salernitana dan Monza.
Sumber : SB