Sangat setan dan keji cara pemain penyerang Palmeiras, Deyverson membazirkan masa permainan dan ada yang menganggap teknik terbaru dari Deyverson ini merupakan cara paling hebat membazirkan masa dalam sejarah bola sepak.
Palmeiras mengekalkan gelaran mereka selaku juara Copa Libertadores selepas Deyverson memanfaatkan kesilapan Andreas Pereira di masa tambahan dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Estadio Centenario.
Deyverson Brum Silva Acosta yang dikenali sebagai Deyverson telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa 90 minit permainan sebenar.
π’π§π·π The moment Deyverson won @Palmeiras their third #Libertadores title! pic.twitter.com/XAmsS6OTlH
β CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) November 27, 2021
Apabila pemain berusia 30 tahun itu menyedari hanya tinggal beberapa saat sahaja masa permainan, Deyverson memutuskan melakukan apa saja untuk Palmeiras menjulang trofi.
Apa yang dia lakukan?
Pengadil telah datang kepada Deyverson dan menepuk bahagian belakangnya supaya mempercepatkan permainan dan tidak terus membazirkan masa permainan yang berbaki 15 saat.
Tanpa disangka-sangka dan penuh genius Deyverson telah mengambil kesempatan dengan sentuhan dari pengadi dan menjatuhkan diri ke tanah dan mengerang kesakitan.
Incredible time-wasting effort from Deyverson in the last minute of the Copa Libertadores final π pic.twitter.com/bnd0QejpvV
β Matthew Stanger (@MatthewStanger) November 27, 2021
Setan bukan perangai dan bijak bukan cara Deyverson membazirkan masa? Tindakan Deyverson membazirkan masa ini mengundang pelbagai reaksi dari media sosial.
Buat mereka yang berpegang kepada semangat kesukanan, perlakuan Deyverson sangatlah tahi kerana ini bukan caranya Palmeiras menjulang kejuaraan back-to-back.
Bagi yang mementingkan hiburan dalam bola sepak menganggap ini antara detik terbaik dalam bola sepak musim 2021 dan malah ada yang mahu pengadil dilayangkan kad merah.
βπ₯π§π· A joyous scene as #Palmeiras received their champions medals tonight in Montevideo! pic.twitter.com/vd19Vpd9wH
β CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) November 28, 2021
Palmeiras telah menewaskan Atletico Meneiro dengan kelebihan gol tempat lawan selepas terikat 1-1 secara agregat dan mara ke final Copa Libertadores buat kali kedua berturut-turut.
Flamengo mara ke perlawanan akhir dengan penuh meyakinkan apabila menewaskan Barcelona SC (bukan Barca Sepanyol) 2-0 disetiap separuh akhir dan menang dengan agregat 4-0.
Ini merupakan final Copa Libertadores yang keenam dalam sejarah Palmeiras dan yang ketiga buat Flamengo yang sudah bergelar juara sebanyak dua kali pada 1981 dan 2019.
Untuk rekod Flamengo tidak pernah tewas dalam perlawanan dua perlawanan akhir mereka mara. Namun semua itu dileburkan Palmeiras dalam final 2021.
π·ππ The road to the CONMEBOL #Libertadores title for @Palmeiras! #Palmeiras | #GloriaEterna pic.twitter.com/5YJlTMiVAv
β CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) November 27, 2021
Palmeiras bermula langkah kanan apabila telah mendahlui seawal minit ke-5 perlawanan lagi hasil jaringan Raphael Veiga dalam permainan yang dikuasai oleh Flamengo ini.
Gabriel Barbosa telah menyamakan kedudukan pada minit ke-72 dan kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan memaksa pemenang ditentukan di masa tambahan.
Deyverson menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 kerana kesilapan budak sekolah dari Andreas Pereira.
Sepanjang perlawanan ini Flamengo melakukan 15 percubaan dengan hanya 3 percubaan tepat berbanding Palmeiras melakukan 9 percubaan dengan 5 percubaan tepat.
Deyverson telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana menjadi wira Palmeiras meraih gelaran secara back-to-back dan gelaran ketiga dalam sejarah kelab.
Deyverson memulakan karier profesionalnya bersama bersama kelab tempatan Gremio Mangaratibense dan pada ketika itu dikenali sebagai Acosta dan telah menjaringkan 18 gol dalam 31 penampilan.
ππ It's #GloriaEterna, Deyvinho! All the love from a CONMEBOL #Libertadores hero and the trophy.
π· Deyverson will go down forever in @Palmeiras' history after his Copa-winning goal! pic.twitter.com/77mFjCmdsh
β CONMEBOL Libertadores (@TheLibertadores) November 28, 2021
Kehebatan Deyverson telah menarik minat Benfica dan telah menyertai pasukan dari Portugal itu pada september 2012 dengan kontrak tiga tahun.
Pada awalnya Deyverson diletakkan dalam skuad simpanan sebelum membuat debut dalam skuad utama. Deyverson telah beraksi 29 perlawanan dan bermula dari kesebelasan utama dalam 12 perlawanan dan menjaringkan 8 gol.
Selepas setahun di Benfica, Deyverson menyertai Belenenses sebelun di pinjamkan ke FC Koln. Pada 2015 Deyverson menyertai Levante dan dipinjamkan ke Alaves.
π΄ It wasnβt a dream βοΈ
π’ @Palmeiras are waking up having won back-to-back Libertadores crowns and earned a trip to the #ClubWC π#Palmeiras #Libertadores pic.twitter.com/rKgPCPSXgq
β FIFA.com (@FIFAcom) November 28, 2021
Tidak berpada gemilang karier di Eropah, Deyverson kembali ke tanah air menyertai Palmeiras pada Julai 2017 dengan kontrak selama lima tahun.
Deyverson telah membantu Palmeiras menjulang trofi Campeonato Brasileiro SΓ©rie A 2018 dengan menjaringkan 9 gol dan telah kehilangan tempat selepas ketibaan Luiz Adriano.
Pada tahun 2020, Deyverson telah dipinjamkan ke Getafe dan Alaves sebelum kembali semula ke Palmeiras dan menjulang kelab dengan gol kemenangan di final Copa Libertadores.