Pemain pertahanan tengah Malaysia, Shahrul Saad telah mempamerkan aksi penyudah yang tengan seperti seorang penyeran berkelas dunia apabila menyempurnakan hantaran ‘membunuh’ dari Baddrol Bakhtiar.
Segalanya lengkap dan sempurna apa yang dilakukan oleh Shahrul Saad dengan gerakannya yang datang dari bawah melepasi perangkap offside kawalan bola cun melecun dan penyudah yang tenang.
Jika kita tidak mengenali Shahrul Saad itu siapa, mungkin kita akan beranggapan beliau adalah seorang pemain penyerang.
Lantaran itu Shahrul Saad mungkin baru sahaja melakukan gol tercantik kariernya untuk pasukan kebangsaan atau mungkin juga gol tercantik dalam kariernya selaku pemain bola sepak.
🗣️ "Why should the forwards have all the fun?" – Shahrul Saad 😅#AFFSuzukiCup2020 | #MASvLAO pic.twitter.com/Kks4QZfTl1
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Pada separuh masa kedua dengan kelebihan dua gol hasil jaringan Safawi Rasid, Malaysia terus mahu berada dalam zon selepas dan terus menyerang tanpa belas ke kubu Laos.
Shahrel Fikri memiliki banyak sekali peluang namun gagal disudahkan dan ada yang dinafikan oleh tiang. Buat macam mana pun kalau bola tak nak masuk takkan masuk jua.
Mungkin kerana geram melihat Shahrel dan beberapa rakannya yang tidak dapat menembusi penjaga gol Laos untuk terus menjarakkan kedudukan, Shahrul Saad tanpa berfikir panjang telah berlari.
Shahrul Saad dengan bijak dan penuh yakin melakukan larian enforcer yang menyelit di antara pertahanan.
Baddrol Bakhtiar yang beberapa kali melakukan banyak hantaran laser akhirnya berjaya mencipta peluang dan ia disempurnakan.
Shahrul Saad berlari ke atas dan Baddrol Bakhtiar mengira detik yang tepat supaya seiring kelajuan hantarannya dengan larian Shahrul lalu menghantar ke ruang kosong. Dua elemen bertemu di titik yang tepat.
Shahrul Saad melakukan sentuhan pertama yang berkualiti serta cantik dan mencipta situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol Laos.
Penjaga gol Laos tidak mampu berbuat apa-apa lantaran sentuhan pertama Shahrul Saat yang kemas dan memacakkan diri untuk menutup ruang seluas mungkin.
Namun sentuhan penyudah Sharul Saad tiada ubat. Setenang air dikali sedar-sedar bola sudah di dalam gawang.
Gol tersebut mendapat pujian daripada ramai kerana kesemuanya serba sempurna. Daripada larian, hantaran genius sehinggalah ke kawalan dan kemudian penyudah.
Mana lagi baik – lorongan bola Baddrol atau larian Shahrul Saad utk gol ketiga Malaysia lwn Laos. #PialaAFFSuzuki2020 #AFFSuzukiCup2020 pic.twitter.com/RPap93F9Ma
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 9, 2021
Sudah pasti gol ini menjadi istimewa kerana Shahrul Saad adalah pemain pertahanan tengah. Ikatan kimia yang kuat jelas wujud antara Shahrul dan Baddrol.
Shahrul Saad memang dikenali dengan sikapnya yang suka naik ke atas membantu penyerang. Dan beliau dapat mengekspresikan diri beliau pada hari ini.
Baddrol Bakhtiar membuktikan bahawa beliau sememangnya relevan untuk menjadi perancang dalam pasukan yang banyak melakukan off ball movement.
Ini kerana Baddrol sudah tak macam dulu, atas faktor umur kelajuannya sudah berkurang dan tidak mampu berlari ke setiap penjuru padang setiap masa namun hantaran membunuhnya masih ada.
Baddrol Bakhtiar masih lagi memiliki aset hantaran killer dengan early pass berserta dengan rembatan jarak jauh.
Apabila pasukan yang rajin berlari dengan adanya pemain seperti Arif Aiman, Safawi Rasid, Luqman Hakim dan juga Syafiq Ahmad, Baddrol dapat mengoptimakan hantaran berbahaya beliau.
Malaysia 4-0 Laos
Malaysia meneruskan momentum kemenangan dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2020, selepas berjaya menewaskan Laos 4-0.
Untuk perlawanan ini, ketua jurulatih Harimau Malaysia telah melakukan beberapa pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika menentang Kemboja di mana tiada kelibat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula.
Khairul Fahmi Che Mat masih mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang, dengan dibantu oleh empat pertahan, Rizal Ghazali di sebelah kanan, Syahmi Safari di sebelah kiri serta juga Aidil Zafuan dan Shahrul Saad di bahagian tengah.
Bermain di posisi pemain tengah bertahan adalah bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Pemain muda Mukhairi Ajmal bergandingan dengan Syafiq Ahmad sebagai sumber kreatif pasukan.
Safawi Rasid kekal di bahagian sayap kanan manakala Ariff Aiman pula bermain di bahagian sayap kiri, bagi memberikan sokongan kepada penyrang utama negara, Luqman Hakim.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Khamis, 9 Disember 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS
🕣 5.30 petang ini
🏟 Stadium Bishan, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/MWjfJ7HbA5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Malaysia memulakan perlawanan dengan baik dan mengawal permainan dengan baik, serta mampu melancarkan serangan yang berbahaya terutamanya menerusi kepantasan Safawi Rasid dan Arif Aiman.
Walaubagaimanapun, pemain Malaysia agak alpa di mana pada minit kelima, pemain Laos mendapat peluang untuk menjaringkan gol di mana tanpa dikawal, pemain Laos yang berbaju putih (maaflah tak ingat nama) berjaya melakukan drive cross ke depan gol Malaysia. Namun Khairul Fahmi Che Mat dengan tangkas merebahkan badan dan menampan bola tersebut ke luar padang.
Hasilnya pada minit ketujuh, Safawi Rasid berjaya meletakkan Harimau Malaya di depan. Gol bermula daripada gerakan dari sebelah kiri daripada Arif Aiman yang melakukan pressing awal ke atas pemain pertahanan Laos.
Arif Aiman kemudiannya melakukan umpanan ke dalam kotak penalti, dengan Luqman Hakim dan Safawi Rasid sedia menunggu. Tanpa dicabar mana-mana pemain Laos, Safawi Rasid dengan tenang menolak bola menewaskan penjaga gol Laos.
🌟 @safawi37 taps home after a quick counter for his 2️⃣nd goal of #AFFSuzukiCup2020!#AFFSuzukiCup | #MASvLAO pic.twitter.com/Ta05pJWnj4
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Pada minit kesepuluh, Malaysia nyaris menambah gol apabila sepakan penjuru daripada Arif Aiman ditanduk padu oleh kapten, Aidil Zafuan.
Tetapi sayang seribu kali sayang, tandukan tersebut singgah di palang pasukan lawan.
Pada minit ke-34, Malaysia akhirnya berjaya menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Safawi Rasid. Gol berpunca daripada tendangan sudut daripada pemain muda, Arif Aiman ke arah far post pasukan Laos.
Dengan cabaran daripada pemain Laos, Safawi Rasid berjaya melonjak dan melakukan tandukan yang perlahan tetapi mengelirukan sehinggakan pemain lawan yang berada di atas garisan gol tidak dapat menendang bola, dan bola lolos ke celah kangkangnya.
🐯 Twice as nice for @safawi37!#AFFSuzukiCup2020 | #MASvLAO pic.twitter.com/pXgIc7nU60
— AFF Suzuki Cup (@affsuzukicup) December 9, 2021
Kedudukan dua gol tanpa balas yang berpihak kepada Malaysia kekal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.
Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai 54 peratus permainan dan berjaya melakukan dua cubaan tepat dan tiga cubaan melilau.
Akan tetapi, Malaysia merekodkan sembilan kekasaran – agak tinggi untuk satu separuh masa.
Berikut adalah statistik penuh untuk separuh masa pertama.
Malaysia memulakan separuh masa kedua dengan agak berhati-hati dan jarang melakukan hantaran membelah barisan pertahanan lawan.
Pada minit ke-51, larian pantas bersama bola daripada Arif Aiman hampir pasti dapat menambah jaringan buat Malaysia, di mana dia telah melakukan hantaran lintang ke depan gol Laos. Namun hantaran tersebut hanya beberapa inci sahaja jauh daripada kaki Luqman Hakim.
Minit ke-56 menyaksikan Baddrol Bakhtiar mendapat ruang di luar kotak penalti lawan di mana dia tanpa dikawal telah melepaskan satu rembatan padu ke arah pintu gol Laos. Namun bola rembatannya hanya sedikit tersasar daripada menembusi gol lawan.
Pada minit ke-58, Luqman Hakim telah dikasari oleh pemain bernombor 24, Aphixay di luar kotak penalti Laos. Safawi Rasid mengambil sepakan tersebut dan berjaya melepaskan satu tendangan padu tepat ke arah gol lawan, tetapi dapat ditampan oleh Keo-Dudone.
Shahrel Fikri terlepas peluang keemasan pada minit ke-71 selepas dia menerima satu lorongan yang mantap daripada Baddrol Bakhtiar di dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun rembatannya sekadar lalu di depan gol Laos, meskipun penjaga gol sudah pun tertewas.
Tidak lama kemudian, Shahrel Fikri dua kali terlepas peluang untuk menggandakan jaringan buat Malaysia. Pertama rembatannya ketika berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol, namun sepakannya terkena kaki penjaga gol lawan. Seminit kemudian, rembatan dari jarak dekatnya pula terkena tiang gol Laos.
Gol yang ditunggu pasukan Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-78. Shahrul Saad yang menerima bola through di depan kotak penalti Laos, dengan tenang melakukan menyepak leret bola ke sebelah kiri penjaga gol lawan.
Dua minit kemudian, Safawi Rasid melengkapkan hatriknya apabila dia menolak mudah bola ke dalam gol selepas menerima hantaran daripada Kogileswaran, mesikpun dicabar dua pemain lawan.
Selepas selesai tugasnya, Tan Cheng Hoe bertindak mengeluarkan Safawi Rasid dan menggantikannya dengan Guilherme De Paula, atau lebih mesra disapa sebagai Zul, di kalangan penyokong bola sepak Malaysia.
Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan kekal sehingga ke wisel penamat dan Safawi Rasid dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.
Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai perlawanan sebanyak 62 peratus dan berjaya melakukan 14 cubaan ke arah gol lawan, termasuk tujuh tepat ke sasaran.
Hari ini boleh dikatakan hari yang tenang bagi Khairul Fahmi Che Mat di mana dia tidak banyak menerima bola untuk ditepis. Sepanjang perlawanan, dia telah melakukan dua penyelamatan.
Kesebelasan utama Malaysia vs Kemboja
Penjaga Gol
Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)
Pertahanan
Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)
Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)
Tengah
Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19 Tahun)
Penyerang
Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Piala Suzuki AFF 2020 | Khamis, 9 Disember 2021
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚 🇱🇦 LAOS
🕣 5.30 petang ini
🏟 Stadium Bishan, Singapura#FAM #HarimauMalaya #AFFSuzukiCup2020 #MASvLAO #RivalriesNeverDie #EmergingStrongerTogether pic.twitter.com/MWjfJ7HbA5— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) December 9, 2021
Pemain Simpanan
Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)
Tidak disenaraikan
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)
Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)