Simon Kjaer Hero Yang Menyelamatkan Christian Eriksen

Pemain kebangsaan dan ketua pasukan Denmark, Simon Kjaer telah diangkat sebagai hero apabila tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan nyawa Christian Eriksen yang rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

Tindakan pantas Simon Kjaer yang membetulkan leher Christian Eriksen bagi memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, ketua pasukan Denmark itu juga memastikan Christian Eriksen tidak tertelan lidah sendiri.

Rawatan kecemasan awal yang dilakukan oleh Simon Kjaer ini telah menyelamatkan nyawa Christian Eriksen sementara menantikan pasukan perubatan tiba di padang.

Hanya perbezaan beberapa saat sahaja kebangkalian yang buruk lagi teruk boleh dihadapi oleh Eriksen. Namun situasi Eriksen berjaya distabilkan oleh Simon Kjaer.

Selepas itu, Simon Kjaer telah dirakam sedang menenangkan isteri Christian Eriksen, Sabrina bersama Kasper Schmeichel di tepi padang ketika rakan sepasukannya sedang membuat benteng.

Pemain Denmark berdiri mengelilingi Eriksen bagi menghalang sebarang cubaan rakaman pihak media dan penyokong ketika Eriksen menerima rawatan.

Para pemain Finland pula pula duduk berlutut memerhatikan situasi yang sangat menakutkan dan menyedihkan itu.

Ketika perlawanan berlangsung melepasi minit ke-40 perlawanan, pemain perancang pasukan Denmark, Cristian Eriksen rebah di Stadium Parken.

Kemudian UEFA selaku pengelola Euro 2020 telah mengeluarkan kenyataan bahawa perlawanan yang berlangsung di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark itu telah ditangguhkan disebabkan kecemasan perubatan.

“Perlawanan UEFA EURO 2020 di Copenhagen telah ditangguhkan kerana kecemasan perubatan.”

Union of European Football Associations (UEFA) telah membuat satu pengumuman rasmi mengenai situasi Cristian Eriksen dan mengesahkan pemain Denmark itu berada dalam keadaan stabil.

Cristian Eriksen juga telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan susulan selepas diberikan rawatan kecemasan selepas jatuh di padang.

“Ekoran kecemasan perubatan yang melibatkan pemain Denmark, Christian Eriksen, mesyuarat krisis telah diadakan dengan kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan dan maklumat lebih lanjut akan disampaikan pada pukul 19:45 CET.

.
Pemain telah dipindahkan ke hospital dan telah stabil.”

UEFA juga melalui pengumuman rasmi melalui laman Twitternya memaklum satu mesyuarat tergempar diadakan bersama kedua-dua pasukan dan pegawai perlawanan ekoran penangguhan perlawanan.

Persatuan bola sepak Denmark juga mengeluarkan kenyataan bahawa rasmi menyatakan Cristian Eriksen telah sedar.

“Cristian Eriksen telah sedar dan akan menjalani pemeriksaan lanjut di Rigshospitalet. Perlawanan telah ditangguhkan sementara.”

Ternyata berita ini memberi satu kelegaan buat dunia bola sepak dari satu insiden yang mengerikan apabila melihat seorang pemain tumbang di padang.

Kemudia UEFA telah mengumumkan keputusan mesyuarat tergempar antara pasukan bertanding dan pegawai perlawanan yang mencapai kata sepakat untuk meneruskan perlawanan.

“Berikutan permintaan yang dibuat oleh pemain dari kedua pasukan, UEFA telah bersetuju untuk memulakan semula perlawanan antara Denmark dan Finland malam ini pada pukul 20:30 CET (TBC).
.
Empat minit terakhir babak pertama akan dimainkan, kemudian akan ada rehat separuh masa 5 minit diikuti dengan babak kedua.”

Selepas Christian Eriksen rebah tidak sedarkan diri, perlawanan telah ditangguhkan sehingga persetujuan dicapai, penangguhan itu dianggap sebagai rehat separuh masa pertama.

Apabila permainan kembali disambung baki empat minit dimainkan dan hanya lima minit rehat separuh masa pertama sebelum permainan terus memasuki separuh masa kedua.

Pada minit ke-60 Finland mencipta kejutan apabila berada dihadapan.

Hantaran silang Jere Uronen telah ditanduk masuk Joel Pohjanpalo dengan satu sundulan terbang yang menghasilkan hantukan deras kepada bola.

Kasper Schmeichel hanya mampu menepis namun bola yang tajam tetap masuk ke dalam.

Pemain Finland, Paulus Arajuuri menghadiahkan sepakan penalti untuk Denmark selepas menjatuhkan Yussuf Poulsen.

Pierre-Emile Hoejbjerg gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila membuat satu sepakan yang sangat lemah dan mudah diselamatkan oleh Lukas Hradecky.

Denmark menguasai perlawanan dengan enam percubaan tepat namun gagal menghadirkan sebarang gol malah penalti pula gagal dijaringkan.

Denmark: Schmeichel, Kjaer, Maehle, Christensen, Delaney, Braithwaite, Eriksen, Wass, Wind, Poulsen, Hojbjerg

Subs: Lossl, Rannow, Andersen, Vestegaard, Skov Olsen, Dolberg, Damsgaard, Norgaard, Stryger, Cornelius, Jensen, Boilesen

Finland: Hradecky, Arajuuri, O’Shaughnessy, Toivio, Kamara, Lod, Pukki, Sparv, Uronen, Pohjanpalo, Raitala

Subs: Joronen, Jaakkola, Vaisanen, Taylor, Jensen, Schuller, Soiri, Hamalainen, Kauko, Lappalainen, Ivanov, Forss

BACA:  EURO 2020: Belgium 3-0 Rusia