Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-Min disenaraikan sebagai salah seorang daripada lima rekrut terbaik dalam unitnya selepas menamatkan sesi latihan asas ketenteraan wajib selama tiga minggu di Korea Selatan.
Son melaporkan diri untul latihan ketenteraan di negaranya pada 20 April lalu selepas memutuskan untuk menggunakan tempoh penanghuhan saingan Lieg Perdana Inggeris (EPL) untuk melengkapkan latihan mandatori sebagai rakyat Korea Selatan.
Pegawai yang memantau latihan ketenteraan tersebut dikatakan kagum dengan keupayaan Son apabila beliau menamatkan latihan sebagai lima peserta terbaik dari kalanga 157 pelatih pada Jumaat lalu.
“Beliau menerima anugerah Pilsung, salah sati dari lima anugerah yang diberikan untuk pelatih terbaik,” kata pegawai tersebut kepada Korea Herald.
Son Heung-min has completed his three-week mandatory military service in South Korea – and won an award for the best performance.
Full story: https://t.co/TVFcXx68F2 pic.twitter.com/4Ezgt4QaLc
— BBC Sport (@BBCSport) May 8, 2020
“Semua kursus dilakukan secara adil dan tegas, dan pegawai bertanggungjawab berkata beliau menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.”
Pemain berusia 27 tahun itu membantu negaranya memenangi pingat emas Sukan Asia pada 2018, untuk mengurangkan tempoh latihan hanya kepada latihan asas.
Son Heung-Min has completed his military training in South Korea. pic.twitter.com/FGMDaDvIz2
— ESPN FC (@ESPNFC) May 8, 2020
Selepas melengkapkan latihan asas ini, Son masih perlu melengkapkan 544 jam khidmat komuniti dalam tempoh beberapa tahun berikutnya dan boleh dilakukan sambil bermain bola sepak profesional bersama kelabnya.
Son Heung-min completed a three-week military training program. pic.twitter.com/jRgdcpGe9n
— Korea Football News (@KORFootballNews) May 8, 2020
Perlawanan terakhir di mana SOn beraksi ialah ketika membantu SPurs menewaskan Aston Vila 3-2 pada Februari.
Beliau menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan tersebut namun turut mengalami kecederaan.
Beliau kemudiannya terlepas enam perlawanan dalam semua pertandingan, menyaksikan pasukan kendalian Jose Mourinho itu tersingkir dari pertandingan Champions League dan FA Cup pada musim ini.
Spurs kini menduduki tangga kelapan liga empat mata di belakang Manchester United yang berada di kedudukan ke-5.