Southgate Mungkin Akan Menurunkan Sterling Sebagai Kesebelasan Utamanya Bertemu Croatia

Laporan terbaru dari skuad England kuat menyatakan yang Gareth Southgate bakal menurunkan Raheem Sterling sebagai kesebelasan utama ketika aksi bertemu Croatia nanti.

Kesebelasan utama skuad kendalian Gareth Southgate sangat menarik untuk dibincangkan memandangkan England tahun ini dibarisi oleh para pemain yang hebat dan berbakat.

Bahkan ketika sesi pemanas badan sebelum ini, Southgate mampu untuk mengetepikan kesemua pemain dari Manchester United, Manchester City dan Chelsea, dan skuadnya masih mampu mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan.

Oleh yang demikian, peminat masih belum jelas kesebelasan utama sebenar yang akan diturunkan oleh Gareth Southgate untuk Euro 2020 ini.

Walau bagaimanapun, laporan awal dari Mail Sport telah menyatakan yang Sterling ketika ini paling berpotensi untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama bersama Harry Kane dan Mason Mount.

Ia bermaksud, Phil Foden, Jack Grealish atau Marcus Rashford berkemungkinan akan direhatkan untuk beri ruang kepada gandingan Kane, Sterling dan Mount.

Sterling merupakan pemain utama untuk skuad England dan Manchester City dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini, namun musim lalu beliau sepertinya telah diketepikan dari pilihan utama skuad kendalian Pep Guardiola.

Beliau sempat diturunkan dalam aksi perlawanan akhir Champions League bertemu Chelsea, dan keputusan Pep itu mendapat kritikan yang teruk dari kalangan peminat.

Ramai yang mempertikaikan kemampuan Sterling dan menganggap beliau sudah tidak berada di tahap persembahan terbaiknya lagi.

Disamping kualiti Sterling yang diragui, para peminat sangat berharap untuk melihat Southgate menurunkan Foden dan Grealish sebagai pemain utama untuk skuad The Three Lions.

Bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho juga sedang berada dalam rentak persembahan terbaiknya dan tempat beliau di posisi sayap kanan sudah terjamin.

Namun laporan terbaru menyatakan yang Southgate mahu terus menggunakan khidmat Sterling yang mana beliau masih meletakkan sepenuh kepercayaan pada bekas bintang Liverpool itu.

Beliau mahu Sterling diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika aksi bertemu finalis Piala Dunia 2018, Croatia dalam aksi perlawanan pembukaan Euro mereka tahun ini.

Tidak banyak perubahan dari segi taktikal yang mahu beliau lakukan, dengan Southgate berkemungkinan mahu mengekalkan sistem back four seperti yang digunakan ketika bertemu Austria sebelum ini.

Southgate juga berkemungkinan akan bermain dengan sistem back five seperti yang beliau gunakan ketika aksi bertemu Romania.

Walau bagaimanapun, jika Southgate masih kekal mahu gunakan empat pertahanan, beliau perlu menurunkan seorang lagi pemain midfield yang berperanan sebagai defensive midfielder untuk membantu Declan Rice.

Oleh yang demikian, salah seorang pemain di posisi serangan terpaksa direhatkan dan jelas, andai Sterling diturunkan, peluang untuk Grealish, Foden dan Rashford untuk beraksi sangat tipis.

Grealish sepertinya tidak akan diberi kepercayaan untuk beraksi sebagai kesebelasan utama walau beliau sudah mempamerkan rentak persembahan yang mengagumkan ketika aksi pemanas badan sebelum ini.

Bintang Aston Villa yang ketika ini berusia 25 tahun itu banyak menghabiskan masa dengan duduk di bangku simpanan musim ini kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Harry Maguire juga berkemungkinan tidak akan diturunkan dalam aksi pertemuan bertemu Croatia nanti, walaupun Southgate menganggap beliau sudah pulih sepenuhnya.

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson sepertinya akan turut diketepikan dek kerana beliau juga baru pulih dari kecederaan.

BACA:  Neville: Kritikan Terhadap Sterling 'Menjijikan', Berhak Dapat Lebih Kredit