Speedy Tigers berjaya menewaskan New Zealand 3-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan untuk menamatkan saingan di Pool C di tempat kedua dan akan bertemu pasukan tempat ketiga di pool D untuk perlawanan Cross over atau play off untuk ke suku akhir.
Pertemuan antara New Zealand dan Malaysia merupakan perlawanan terakhir Pool C untuk merebut tempat kedua selepas Belanda layak ke suku akhir sebagai juara kumpulan Pool C.
Perlawanan New Zealand dan Malaysia ini adalah untuk menentukan siapa lawan di perlawanan cross over atau play-off untuk ke suku akhir di mana hanya juara kumpulan layak secara automatik.
Lawan yang menanti di perlawanan cross over adalah dari pasukan tempat kedua dan ketiga dari Pool D.
Dari segi ranking New Zealand berada di ranking 9 dunia dan Malaysia di tangga ke-11, dalam 25 pertemuan lalu Speedy Tigers hanya menang 6 kali ke atas New Zealand dan tewas 13 kali serta seri juga 6.
Faizal Saari menjaringkan gol pertama di suku pertama pada minit ke-8 selepas membuat sedikit sentuhan ke atas bola di dalam kotak D selepas Shello Silverius melakukan tolakan deras dari luar kotak D.
Challenge dilakukan untuk melihat samada Faizal Saari melakukan sentuhan atau tidak dan selepas empire merujuk kepada video (Video Referral) maka terdapat sentuhan dan gol itu disahkan.
Dalam sukan hoki padang, jaringan hanya dikira jika percubaan itu dilakukan di dalam kotak D dan jika dilakukan dari luar memerlukan sentuhan pemain dalam kotak D untuk itu dikira dan disahkan.
Gol pertama Malaysia hasil sentuhan Faizal Saari! Gol ini sah ye, yeay!#HWC2023 #FIHMensHockeyWorldCup pic.twitter.com/9pt0L06D5M
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 19, 2023
Separuh masa pertama Malaysia mendahului 1-0 disebalik penguasaan New Zealand namun Speedy Tigers mampu hadirkan cabaran. Bersambung permainan, pukulan kilas Muhammad Marhan Mohd Jalil cuba disambar Shello Silverius namun percubaannnya sedikit tersasar.
Gol itu berjaya dipertahankan Malaysia ke suku kedua sehinggalah tamat separuh masa pertama. New Zealand terus menekan namun Speedy Tigers juga mengancam.
Malaysia meminta Video Referral buat kali kedua di separuh masa kedua atau suku ketiga dan berjaya mendapat pukulan sudut penalti atau penalty corner dan penajga gol New Zealand, Dominic Dixon berjaya menghadang.
Kesilapan dilakukan pemain New Zealand apabila menolak bola ke kaki rakan sendiri, penalty corner ke-19 Malaysia di Piala Dunia 2023 yang masih gagal menghasilkan gol.
Inspektor Razie score gol kedua Speedy Tigers! Come on Malaysia!#HWC2023 #FIHMensHockeyWorldCup pic.twitter.com/EqWfzo3jzG
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 19, 2023
Dan penalty corner yang ke-20 akhirnya berjaya membuahkan gol melalui Muhammad Razie Abd Rahim dengan tolakan ke sudut kiri dan Malaysia mendahului 2-0 pada minit ke-42.
Hayden Phillips merapatkan jurang dengan satu pukulan deras selepas melakukan satu skil penuh berseni dari tepi garisan dan masuk ke tengah untuk merembat.
Malaysia bermain 10 orang selepas ada pemain yang mendapat kad hijau dan New Zealand berjaya menyamakan kedudukan melalui Sam Lane dari pukulan sudut penalti.
Power play New Zealand ketika Malaysia kekurangan pemain nyata membuahkan hasil dengan dua jaringan pantas pada minit ke-51 dan 52.
Gol kemenangan Speedy Tigers oleh Faizal Saari!#HWC2023 #FIHMensHockeyWorldCup pic.twitter.com/7xh5dYebEY
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 19, 2023
Berbaki 4 minit permainan Faizal Saari meletakkan Malaysia kembali di depan melalui gol padang apabila memperdayakan penjaga gol New Zealand, Dominic Dixon dalam situasi satu lawan satu.
Masa tamat, tapi New Zealand meminta video referral untuk talian hayat terakhir namun tiada sebab kukuh untuk penalty corner atau apa-apa kesalahan. Malaysia menang 3-2.
Kemenangan berharga buat Speedy Tigers yang bukan sahaja menamatkan kedudukan di tempat kedua dalam Pool C malah berpeluang naik ranking untuk berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.
Malaysia defeats the Black Sticks in an exciting first match to start off the day 🤩
🇲🇾 MAS 3:2 NZL 🇳🇿#IndiaKaGame #HockeyIndia #HWC2023 #StarsBecomeLegends #MASvsNZL @CMO_Odisha @sports_odisha @IndiaSports @Media_SAI @malaysiahockey @BlackSticks pic.twitter.com/XSpVyiSOmg
— Hockey India (@TheHockeyIndia) January 19, 2023
Kesebelasan Utama Malaysia: Muhammad Hafizuddin Othman (GK), Muhammad Marhan Mohd Jalil (C), Muhamad Ramadan Rosli, Faizal Saari, Muhammad Aminuddin Mohd Zain, Muhammad Firhan Ashaari, Shello Silverius, Muhammad Razie Abd Rahim, Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Muhammad Najmi Farizal Jazlan.
Pemain simpanan: Adrian Andy Albert, Muhammad Amirul Hamizan Azahar, Mohamad Ashran Hamsani, Najib Abu Hassan, Muhammad Muhammad Shahril Saabah, Norsyafiq Sumantri, Zulpidaus Mizun, Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim, Shahmie Irfan Suhaimi.
Kesebelasan Utama New Zealand: Nic Woods (C), Dominic Dixon (GK), Simon Child, Nick Ross, Kim Kingstone, Sam Lane, Simon Yorston, Kane Russell, Blair Tarrant, Sean Findlay, Hayden Phillips.