Staf Kejurulatihan Ghana Dikutuk Kerana Berselfie Ketika Son Heung Min Sedang Menangis

Staf Kejurulatihan Ghana telah dikutuk keras kerana telah melakukan sesuatu yang gila apabila dengan steady telah berselfie ketika bintang Korea Selatan, Son Heung Min sedang menangis kerana kecewa.

Korea Selatan turun menentang Ghana untuk perlawanan kedua kumpulan H yang berlangsung di Education City Stadium.

Ghana muncul pemenang dalam perlawanan yang amat menarik sarat dengan aksi kejar mengejar yang menyaksikan Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan kepada 2-2 selepas ketinggalan 2-0.

Mohammed Salisu dan Mohammed Kudus menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama untuk memberikan Ghana pendahuluan cemerlang menjelang rehat.

Korea Selatan tampil penuh bersemangat di separuh masa kedua dengan dua tandukan dalam masa tiga minit daripada Cho Gue-sung (minit ke-58, 61) yang memukau tealah membuatkan hadirin di Stadium Education City tergamam.

Tujuh minit selepas itu, bintang Ajax, Mohammed Kudus muncul dengan jaringan kedua peribadi dan gol ketiga Ghana untuk memastikan mata untuk pasukan Otto Addo yang kadangkala kelihatan seperti Snoop Dogg.

Seperti perlawanan menentang Portugal, Mohamed Kudus merupakan arkitek, nadi serta enjin buat Ghana untuk mengeluarkan semangat melawan dan membolehkannya telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Korea Selatan sedaya upaya melancarkan serangan demi serangan bagi sekurang-kurangnya dapat meraih satu mata namun tidak kunjung tiba.

Gol dicari, kad merah yang datang, jurulatih Korea Selatan, Paulo Bento telah diarahkan keluar padang di saat akhir perlawanan selepas membantah keputusan dan mendera pengadil secara lisan.

Anthony Taylor enggan memberi peluang kepada anak buah Bento untuk mengambil bola mati dalam pada saat akhir selepas 10 minit masa tambahan.

Satu kemenangan yang penting buat pasukan Black Stars, yang kini mempunyai tiga mata menjelang perlawanan terakhir menentang Uruguay.

Sementara itu, Korea Selatan mempunyai tugas yang sukar untuk mengatasi pasukan Portugal yang jauh lebih kuat.

Kekalahan kepada Ghana amat merugikan buat Korea Selatan dan emosi yang tidak terbendung semakin menguasai dan mengganggu Son Heung Min selepas tamat perlawanan.

Son Heung Min cuba ditenangkan oleh kakitangan kejurulatihan Ghana namun terdapat seorang staf memutuskan untuk mengeluarkan telefonnya dan dengan cepat mengambil gambar atau berslefie di sebelah Son Heung Min.

Son Heung Min juga seakan sedar dengan tindakan tidak berapa berakal staf pasukan Ghana itu berslefie siap pegang bahu dan terus berlalu pergi meneruskan kesedihan.

Pembantu jurulatih Ghana, George Boateng telah menegur staf terbabit dan sepertinya tidak gemar dan suka dengan kelakuan yang telah ditunjukkan oleh stafnya itu.

Satu tindakan yang tidak kena pada tempatnya dan kelihatan bodoh ketika Son Heung Min memerlukan ruang dan rasa hormat untuk meratap sedih akan keputusan perlawanan .

Rata-rata menganggap tindakan berselfie itu sebagai sesuatu yang memalukan tanpa ada rasa hormat dan bodoh semata-mata mahu menghantar gambar dalam kumpulan berbual WhatsApp.

Sepertinya langsung tiada sifat kemanusiaan dalam diri dan sanggup melakukan perkara seperti itu.

Pada perlawanan pertama Korea Selatan hanya sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu Uruguay dan tiada pilihan lain dalam perlawanan terakhir selain menang.

Ghana pula tewas kepada Portugal dalam perlawanan separuh masa kedua yang penuh kesedapan dan juga aksi kejar mengejar, Ghana seperti sudah terbunuh dengan tiga gol melawan sebelum tewas 3-2.

Walaupun kurang diberikan tumpuan namun dua perlawanan membabitkan Ghana setakat ini sangat menghiburkan dan berbaloi untuk ditonton.

BACA:  Kejayaan Lion City Kejutkan Jeonbuk Di ACL Adalah Amaran Singapura Untuk Korea Selatan- Klinsmann