Stanley Bernard Senaraikan Kesebelasan Terbaik Malaysia Untuk Bertemu Indonesia

CEO Kuala Lumpur City FC yang juga merupakan individu terpenting sebalik kejayaan mereka menjuarai saingan Piala Malaysia, Stanley Bernard tampil mendedahkan senarai kesebelasan utama Malaysia pilihan beliau.

Beliau bukan hanya memilih kesebelasan terbaik, dengan Stanley Bernard turut memberikan penjelasan secara terperinci tentang keputusan yang beliau cadangkan.

Bermain dengan sistem 3-4-3, Stanley Bernard memperkenalkan kesebelasan yang agak menarik dengan beliau memilih Safawi Rasid sebagai penyerang utama skuad.

Menarik bukan? Bahkan beliau turut menjelaskan tentang mengapa beliau memilih kesebelasan ini untuk bertemu dengan Indonesia nanti.

“Khairul Fahmi, saya akan mainkan Dion Cools, apabila anda tidak mempunyai boleh katakan first choice centre-back, saya rasa, you can always play with the spare man.”

“So bagi saya spare man sekarang, adalah back three, ok Quentin Cheng akan masuk belah kiri, Syahmi Safari akan masuk, sorry back five lah, 3-4-3 kita akan main, its my line up, Syahmi, Dions Cools dan juga Dominic.”

“Quentin Cheng kiri, ok Rizal kanan.”

Jelas Stanley Bernard.

Kesebelasan utama pilihan Stanley Bernard

“Tak ada choice, kita akan of course have to go with Baddrol experience, Syafiq Ahmad, Arif Aiman di bahagian kiri, and selepas itu saya akan main Luqman di bahagian kanan, dan i will play Safawi upfront.”

Beliau kemudiannya diminta untuk jelaskan mengapa beliau memilih untuk memainkan Safawi di posisi No.9 sedangkan posisi tersebut kebiasaannya menjadi milik Luqman Hakim.

“Ok kita melihat ea, kesukaran Luqman, just go back to the game di mana menentang Laos, and you nampak Luqman bila dia masuk, he’s squared the ball, yang mana Kogi score, Luqman start since NFDP, AMD days, dia masuk channel.”

“Dia masih tidak mempunyai, mungkin seniority untuk play with the back, saya pernah main nombor sembilan, saya tak cukup bagus nak main nombor sembilan, saya 9.5 atau 10 boleh, sebab tak selalu.”

“Its not easy to play with the back, to your goal, dia ada satu kebolehan yang ada tak ada, at the moment i dont think Luqman has it, he’s more running into the channel.”

“Safawi manakala, why Safawi, one characteristic, fastest decision maker on the pitch, when it comes to taking a shot, half chance, slide view, ada sikit je penglihatan towards goal, beliau akan mengambil satu a shot, ledakan, so for me, berbanding Shahril Fikri, De Paula dan Luqman sendiri di sini, i think i will play Safawi upfront just to try, in the sense that he can actually be the person that stays back, Luqman go in front Arif go in front to find him on his left foot, and maybe be the person yang paling pantas untuk buat ledakan.”

Jelas Stanley Bernard dalam memperincikan tentang mengapa beliau memilih Safawi Rasid sebagai pemain penyerang utama.

“At the moment, kalau kita lihat kita dah try semua, De Paula tak cukup bagus, Luqman mengalami sedikit masalah, walaupun larian-larian dia bagus, malam menentang Indonesia ialah malam efficiency, dapat peluang kena habis.”

“Mereka nampak lebih baik daripada kita atas performance yang kita lihat sepanjang last three games berbanding Malaysia.”

“This is my call, i dont think I’m Tan Cheng Hoe, im in no way in Tan Cheng Hoe position.”

Tidak dinafikan lagi yang perancangan Stanley Bernard sebenarnya sangat bagus dan diakui taktikal dan kesebelasan utama yang beliau pilih sungguh menakjubkan.

Ia lebih meyakinkan berbanding kesebelasan utama negara ketika aksi bertemu Vietnam, Laos dan Kemboja sebelum ini.

Sangat-sangat meyakinkan selepas mendengar penjelasan beliau, dan melihat ketumpulan jentera serangan menjadikan cadangan beliau semakin masuk akal.

Indonesia jelas sekali akan bermain secara ultra defensive bertemu Malaysia kerana mereka hanya mahu mencatatkan keputusan seri sahaja untuk layak ke peringkat separuh akhir.

Ketika aksi bertemu Vietnam, di atas kertas Indonesia hanya menggunakan empat pertahanan, namun di atas padang suasana jauh berbeza.

Mereka bermain dengan seolah-olah menggunakan enam pertahanan selepas dua pemain midfield dilihat berada betul-betul di hadapan centre-back.

Mereka bahkan hanya berani naik melakukan percubaan pada aksi babak kedua permainan, dengan aksi babak pertama mereka sekadar bertahan di kawasan sendiri.

Malaysia jelas sekali akan berdepan masalah besar jika skuad Garuda bermain corak permainan yang sama, dengan pemain mereka juga sangat berdisiplin dalam mengikuti perancangan pengurus.

Mungkin kesebelasan yang dicadangkan oleh Stanley Bernard ini boleh membantu Malaysia untuk melepasi barisan pertahanan Indonesia, seterusnya merobek gawang gol mereka.

Malaysia wajib menang dalam perlawanan ini untuk melayakkan diri mereka beraksi di pusingan seterusnya.

Seandainya skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu mencatatkan keputusan seri atau tewas, mereka jelas sekali bakal tersingkir dari pertandingan pada tahun ini.

Sumber: Nadi Arena

BACA:  Kejohanan AFF Bawah 19 Tahun : Malaysia 2-1 Timor Leste (video)