Statistik Penuh Elitis Eropah Di UCL Musim Ini

Saingan peringkat kumpulan kejohanan paling agung bagi kelab Eropah, Champions League telah berakhir dan pasukan yang mara ke pusingan kalah mati selaku 16 pasukan terbaik telah pun diketahui.

Tiada kejutan besar yang terjadi di mana hampir kesemua pasukan pilihan telah pun menepati ramalan awal dan menjadi kejutan adalah kegagalan teruk Inter Milan.

Inter Milan menjadi pilihan hati yang dijangka mudah layak bersama Real Madrid namun telah tersingkir terus dari kempen Eropah dan tidak layak ke Europa League.

Manchester United berada dalam kumpulan maut bersama finalis, PSG dan semi finalis, RB Leipzig hampir mencipta kejutan namun terciduk di pengakhiran saingan.

Setan Merah telah kembali ke saingan Europa League seperti musim lalu.

Isu kata-kata berbaur rasis pengadil keempat daripada Romania ke atas Pierre Webo telah menutup segala aksi pada minggu terakhir peringkat kumpulan.

Dengan berakhirnya saingan peringkat kumpulan maka UEFA selaku penganjur kejohanan telah mengeluarkan statistik Elitis Eropah di Champions League setakat ini.

Penjaring Terbanyak

Selepas tamatnya peringkat kumpulan dengan 96 perlawanan telah dilangsungkan daripada 125 perlawanan menyaksikan 289 gol telah dijaringkan oleh kesemua pasukan bertanding.

Purata bagi setiap perlawanan adalah 3.01 dengan satu gol dijaringkan bagi setiap 31 minit.

Tempoh 15 minit terakhir perlawanan dari minit ke-75 sehingga minit ke-90 merupakan fasa paling banyak gol dijaringkan iaitu 55 gol.

Pasukan paling banyak menjaringkan gol setakat ini adalah Bayern Munich dengan 18 gol, diikuti oleh Barcelona 16 gol yang berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan Borussia Moenchengladbach.

Manchester United berada ditempat ke-4 dengan 15 gol namun gol yang banyak tidak cukup untuk mara disusuli dengan Juventus 14 gol.

Penjaring terbanyak diperingkat kumpulan telah menjaringkan 6 gol dan telah dikongsi oleh 4 pemain iaitu Alvaro Morata, Neymar, Marcus Rashford dan Erling Braut Haaland.

Pemaian Borussia Moenchengladbach, Alassane Plea ditangga kelima dengan 5 gol berkongsi jumlah jaringan yang sama dengan Ciro Immobile dan Olivier Giroud.

Jaringan daripada Rashford masih gagal membawa Manchester United mara.

Assist dan Percubaan

Pemain berambut kembang tidak subur Juventus, Juan Cuadrado menjadi pemain paling banyak melakukan assist atau bantuan gol dengan jumlah 5 assist mengatasi pemain handalan yang lain.

Kevin De Bruyne di tempat kedua dengan 4 assist diikuti oleh Thomas Muller, Dusan Tadic dan Alassane Plea masing-masing 3 assist.

Sangat menarik buat Alassane Plea yang berada dalam kedudukan lima teratas bagi jaringan terbanyak dan assist.

Pasukan Barcelona telah menjadi pasukan paling banyak melakukan percubaan dengan 108 percubaan dan hanya 48 daripanya menjadi percubaan tepat dan 16 sahaja bertukar menjadi jaringan.

Secara individu Lionel Messi merupakan makhluh tuhan paling seksi paling banyak mencuba dengan percubaan tepat dengan 16 kali cubaan tepat dengan 3 gol terhasil.

Setakat itu sahaja statistik utama setakat peringkat kumpulan. Manuel Neuer penjaga gol paling banyak melakukan saves dengan 27 penjimatan hebat.

Lionel Messi masih lagi menjadi nadi pasukan Barcelona walaupun diselubungi pelbagai kontroversi.

BACA:  Carta 10 Pengurus Yang Paling Banyak Berbelanja Sejak Tahun 2000