Sterling Tinggalkan Skuad England Selepas Rumahnya Ceroboh Perompak Bersenjata

Raheem Sterling telah meninggalkan skuad Piala Dunia England dengan kadar segera atas urusan keluarga selepas rumahnya telah dicerobohi oleh sekumpulan perompak bersenjata.

Pemain genit lincah itu bergegas pulang ke London selepas mengetahui berita tersebut dan lebih memburukkan keadaan apabila keluarganya berada di dalam kediaman ketika kejadian.

Pengurus England, Gareth Southgate mengesahkan berita ini selepas berjaya menewaskan Senegal 3-0 dalam perlawanan pusingan 16 terakhir.

Bagi Southgate dalam situasi melibatkan keluarga bola sepak tidak lagi menjadi perkara utama:

“Kadang kala bola sepak bukanlah perkara paling penting dan keluarga seharusnya diutamakan.”

“Kami mahu memberinya ruang itu dan kami akan melihat dalam beberapa hari akan datang bagaimana ia berkembang.”

Menurut Southgate lagi, dia akan memantau perkembangan Sterling dan memberikan masa secukupnya untuk pemain itu, jika tiada apa yang serius terjadi mungkin pemain itu akan dapat beraksi kembali.

“Saya benar-benar tidak tahu kerana pada masa ini ia adalah situasi yang dia perlu bersama keluarga untuk menanganinya. Saya tidak mahu meletakkan dia di bawah sebarang tekanan dengan situasi ini.”

Gareth Southgate mengakui situasi itu tidak membantu persiapannya menentang Senegal tetapi dia berkata ia tidak memaksanya untuk menukar kesebelasan utamanya dan perkara ini tidak menjejaskan pemilihan pasukan.

Menurut jurucakap pemain itu, Sterling “terkejut” dengan berita itu dan bimbangkan keselamatan cinta hatinya:

“Sebaik sahaja dia dimaklumkan dia mahu pulang, prihatin dengan kesejahteraan anak-anaknya.”

Selain Southgate, rakan sepasukan Sterling di skuad Tiga Singa menzahirkan rasa simpati dan berharap Raheem Sterling dan keluarganya selamat-selamat sahaja.

Kapten England, Harry Kane pula menjelaskan dengan berkata:

“Fikiran kami adalah dengan dia dan keluarganya. Ini adalah perkara peribadi tetapi tidak mudah untuk melihat salah seorang rakan sepasukan dan rakan anda berurusan dengan perkara seperti itu.”

“Kami perlu mengambil tahu situasi hari demi hari. Saya pasti Raheem akan bercakap dengan pengurus dan mengambil keputusan terbaik untuk dia dan keluarganya.”

“Itu perkara yang paling penting. Kami menyampaikan ucapan selamat kepada beliau dan berharap dapat berjumpa dengannya secepat mungkin.”

Bercakap selepas perlawanan Senegal, rakan sepasukan Sterling, Declan Rice berkata:

“Saya melihatnya semasa sarapan pagi tadi kemudian pengurus berkata dia menghadapi masalah di rumah jadi kami semua telah menghantar mesej kepadanya.”

Perlawanan seterusnya England di Piala Dunia adalah menentang Perancis pada suku akhir pada hari Sabtu menentang Perancis.

Sterling adalah pemain kedua meninggalkan skuad England selepas pertahanan Arsenal Ben White, yang kembali ke UK pada 30 November atas sebab peribadi.

Rumah mewah pemain bola sepak profesional di Liga Inggeris terutamanya menjadi sasaran penjahat. Dua tahun lalu, tiga perompak yang menyasarkan beberapa rumah di barat laut England.

Ini bukanlah kali pertama kejadian ini terjadi kepada Sterling, pada November 2018 telah terjadi cubaan menceroboh rumah Sterling ketika itu di Cheshire perompak itu berjaya ditangkap dan dipenjarakan.

Penyerang Chelsea berusia 27 tahun itu, bermula dan menjaringkan gol dalam kemenangan 6-2 England ke atas Iran dalam perlawanan pembukaan kumpulan mereka sebelum turut beraksi ketika seri 0-0 dengan Amerika Syarikat.

Gareth Southgate sebaliknya memilih untuk menurunkan Marcus Rashford dan Phil Foden bersama Harry Kane untuk kemenangan 3-0 England ke atas Wales.

Bos England itu sering bergantung kepada Sterling semasa kejohanan utama; dia memulakan Sterling di kesemua tujuh perlawanan Euro 2020 England.

BACA:  Roberto Carlo : Corak Permainan Dele Alli Seperti Pemain Brazil