Steven Gerrard Calon Paling Sempurna Sebagai Pengurus Newcastle United

Seorang wartawan bernama Stuart Hodge telah menyatakan bahawa pemain legenda Liverpool, Steven Gerrard merupakan calon paling sempurna dilantik sebagai pengurus baru Newcastle United.

Steven Gerrard yang kini memegang jawatan selaku pengurus Rangers merupakan salah satu nama yang disebut-sebut sebagai calon kegemaran untuk memulakan revolusi baru di Newcastle United.

Era pemilikan Mike Ashley telah tamat selepas konsortium dari Arab Saudi diketuai oleh Public Investment Fund (PIF) PCP Capital Partners dan RB Sports & Media telah membeli pegangan saham 100 peratus.

Pihak Liga Perdana Inggeris juga telah memberikan semua kelulusan yang diperlukan dan pemilikan ini selepai pada 7 Oktober 2021.

Persetujuan yang telah dicapai ini menandakan bahawa Newcastle United yang sebelum ini dipegang Mike Ashley kini telah bertukar milikan kepada pemilik baharu.

Sehingga kini, Steve Bruce masih lagi pengurus Newcastle United yang sah walaupun akan dibakul sampahkan dalam masa terdekat ini selepas masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas tujuh perlawanan.

Dalam satu temuramah bersama The Telegraph, Steve Bruce masih lagi berharapa diberikan peluang untuk membuktikan kehebatan dan kemampuan diri kepada pemilik kelab yang baru.

Steve Bruce sedar kebarangkalian bahawa beliau akan kehilangan kerjanya sebelum The Magpies bertemu Tottenham Hotspur pada hari ahad apabila Premier League kembali bersambung.

Beberapa nama besar yang tidak berjawatan menjadi sebutan seperti Antonio Conte, Frank Lampard dan Zinedine Zidane selain nama Jose Mourinho, Rafael Benited dan Brendan Rodgers juga naik.

Namun menurut pandangan dan pendapat Stuart Hodge, Steven Gerrard yang merupakan pengurus termuda diantara nama diatas merupakan calon paling sempurna.

β€œTugas di Newcastle merupakan satu tugasan yang besar dan bagi aku ini merupakan satu laluan yang terbaik untuk Gerrard kembali ke Premier League. Newcastle adalah tempatnya.”

Kini Newcastle United memerlukan seseorang yang bermentalitikan sang juara dan Steven Gerrard adalah seorang yang tepat, ketika zamannya bergelar pemain dan kini selaku pengurus mentaliti juara Gerrard tidak pernah padam malah semakin membara.

β€œNewcastle merupakan kelab yang besar yang memerlukan mentaliti sang juara. Mereka tidak menang banyak kejuaraan tetapi mereka kelab yang besar dengan sokongan yang padu.”

Faktor Georgrafi dengan kedudukan yang strategik menjadikan Newcastle United mendapat sokongan penuh dari penduduk setempat kerana Newcastle United kelab terbesar di North East.

Kelab yang terdekat dengan Newcastle adalah Sunderland dan Middlesbrough yang sudah menghilang dalam aksi tertinggi bola sepak Inggeris.

Newcastle dijangkan akan berbelanja besar dalam setiap jendela perpindahan sudah pasti menyasarkan aksi bola sepak Eropah dan Gerrard telah mempunyai pengalaman tersebut ketika bersama Rangers.

Tugasan di Newcastle United juga boleh menjadi batu loncatan buat Gerrard untuk kembali ke Merseyside jika Jurgen Klopp meninggalkan Liverpool suatu hari nanti.

Steven Gerrard kini mula membina reputasi sebagai seorang pengurus yang berkaliber dengan potensi yang besar untuk masa depan bola sepak dunia selepas mengharungi karier sebagai pemain bola sepak yang gemilang.

Bekas ketua pasukan England itu telah memacu Rangers menjadi juara liga Scotland musim lalu dengan penuh bergaya apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan sepanjang musim.

Karier Pengurusan Steven Gerrard

Karier pengurusan Steven Gerrard bermula sejurus selepas beliau pencen sebagai pemain bola sepak profesional bersama LA Galaxy dan bukan Liverpool yang dicintai.

Pada bulan November 2016, sebelum mengumumkan persaraan, Gerrad telah ditemuduga untuk mengisi jawatan kosong sebagai pengurus pasukan League One Milton Keynes Dons atau MK Dons.

Gerrard lulus dengan cemerlang namun menolak jawatan itu kerana masih belum bersedia dan itu satu tindakan bijak daripada Gerrard.

Pada Januari 2017, Gerrard telah dilantik sebagai jurulatih pasukan remaja Liverpool yang berkuatkuasa pada bulan Februari.

Gerrard dilaporkan akan mengambil alih pasukan Liverpool bawah 18 tahun untuk musim 2017/18 selepas Jurgen Klopp dan Alex Inglethorpe kagum dengan etika kerja Gerrard.

Pada 7 September 2017, Liverpool telah mengumumkan Gerrard sebagai pengurus pasukan Liverpool bawah 19 tahun untuk kejohanan UEFA Youth League 2017/18.

Pada April 2018, Gerrard telah berbincang untuk menjadi pengurus baru Rangers yang beraksi di Scottish Premiership dan pada 1 Mei Graeme Murty telah dipecat.

Tiga hari kemudian, Rangers mengumumkan Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka bermula 1 jun 2018.

https://twitter.com/55_rangers/status/1374625201229533185

Musim ketiga menyaksikan Gerrard mencipta sejarah apabila membawa Rangers memenangi Scottish Premier League buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun.

Kejayaan Gerrard ini telah menamatkan dominasi Celtic untuk sedekad dan memberi gelaran juara utama ke-55 secara keseluruhan.

BACA:Β  Reaksi Steven Gerrard Selepas Liverpool Menjuarai Saingan Liga Musim Ini