Steven Gerrard Dilayangkan Kad Merah Kerana Maki Pengadil Tak Bagi Penalti

Pengurus pasukan Rnagers, Steven Gerrard telah dilayangkan kad merah selepas telah melemparkan kata-kata kesat yang berbentuk makian ke atas pengadil perlawanan kerana tidak memberikan sepakan penalti.

Bekas pemain Liverpool itu itu mempersoalkan keputusan pengadil, John Beaten selepas tamat separuh masa pertama dalam perjalanan menuju ke bilik persalinan.

Dalam perlawanan Rangers menentang Livingston di Tony Macaroni Arena, menyaksikan penyerang Rangers, Alfredo Morelos telah jatuh ke tanah selepas dicabar Max Stryjek .

Apa yang menjadi kontroversi, pengadil melayangkan kad kuning kepada Alfredo Morelos kerana diving walaupun mereka percaya ada sentuhan.

Gerrard yang berdarah Liverpool sejati dan pekat sudah pasti pantang melihat keputusan pengadil yang berat sebelah di mata beliau.

Lalu Gerrard mendatangi pengadil, John Beaten selepas wisel ditiup dan mikrofon telah berjaya menangkap dengan jelas suara Gerrard yang tidak puas hati.

“Aku tahu kenapa kau tak nak cakap dengan aku, sebab kau [kau isi la sendiri kata-kata tak manis didengar] kau buat keputsan salah.”

“Kau silap buat keputusan.”

Kerana kata-kata yang tidak enak didengan maka Gerrard telah dilayangkan kad merah dan berada ditempat penonton yang tidak ada penonton.

Dalam perlawanan ini Rangers menang 1-0 dengan jaringan lewat Alfredo Morelos dan memberi Rangers jarak yang besar untuk terus gayat di Scottish Premiership dalam perebutan gelaran.

Dalam temuramah selepas perlawanan, Gerrrard telah meluahkan rasa tida puas hati beliau dengan keputusan yang dibuat oleh John Beaten dan pemabntunya kerana membuat kesilapan yang sama.

“100 peratus itu adalah penalti. Aku adalah individu yang mahu memberi sokongan kepada pengadil semampu yang boleh kerana aku sedar betapa sukar tugas pengadil.”

“Aku boleh terima jika seorang pengadil yang melakukan kesalah, satu kesilapan yang asli. Tapi aku tak boleh terima jika 3 pengadil yang lain membuat kesilapan yang sama.”

“John Beaten melihat dengan jelas, penjaga garisan juga dengan jelas melihat kejadian itu dan pegawai keempat jelas pandangannya.”

“Pada ketika itu pandangan aku paling teruk berbanding orang lain dan aku boleh lihat insiden itu dengan jelas.”

“Aku boleh terima satu kesipakan dan mencuba saya upaya untuk memberi sokongan kepad pengadil tapi bila 3 pengadil buat kesilapan sama aku tak leh terima.”

Gerrard terus berkeras bahawa pengadil melakukan kesilapan dan jika seorang pemain melakukan kesilapan masih dapat diterima akal dan jika tiga lagi buat keputusan salah yang sama, maka itu bala.

“Itu satu keputusan yang silap.”

Selepas 31 perlawanan kini Rangers mengemudi Scottish Premiership dengan 85 mata perbezaan 18 mata di depan Celtic dengan 27 kemenangan dan tanpa kalah.

BACA:  Assist Padu Henderson Persis Gerrard Lakukan Pada 2014